Resepi Ayam Percik Kelantan




RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN

Crdit to Resepi sedap dan ENAK

Bahan-bahan:

1 ekor ayam – dipotong 4 bahagian

Bahan Perapan:

3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
garam secukup rasa

Bahan untuk kuah:

10 ulas bawang merah
4 tangkai cili kering
2 pek santan pekat
1 batang serai
1 inci halia
garam secukupnya
gula secukupnya
1/4 keping asam keping – letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara Memasak:

1. Kisar bahan perap tadi, kemudian perapkan ayam dengan bahan tersebut selama 30 minit.
2. Bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.
3. Sementara ayam dibakar, siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi.
4. Masak bahan tadi dengan api yang perlahan. Bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat.
6. Bila ayam sudah nampak garing, lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. Ini supaya bahan kuah meresap ke dalam daging ayam.
7. Terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.
8. Bila ayam sudah nampak garing dan masak bolehlah diangkat. Hidangkan dengan menambah sedikit kuah di atas ayam tadi.
9. Siap!

KALAU NAK SHARE, SILA KOMEN “SHARE”
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)


- Posted using BlogPress from my iPhone

[Product Review] Minyak Herba Asma

#ProductReview
Petua untuk parent yang ada anak kecik
.
.
Kalau budak-budak bawah 5 tahun ni, bila datang selesema batuk, memang risau sebab lambat baik. Sampai satu tahap, anak kena usung pi buat Neb. Tu belum lagi jenuh nak handle dorang kan? Kesian weh! Pengalaman aku sebab si adik pernah kena warded (age: 6 month) 1 bulan 2 kali berturut sampai kena duduk HDU ward. Monitor closely sebab osigen dia suddenly drop. Kena lung infection.
.
.
Hari-hari sedut kahak pagi petang. Dengar dia melalak, dengan mak dia pun melalak. Kahak campur darah. Hoi ngeri! Neb sejam sekali. 1 minggu kematu dalam ward.
.
.
Masa tu tak ada minyak ni. Tapi thanks giler kat Ain Deli sebab introduce aku minyak ni. Ni dah botol ke 4 aku repeat. Bila anak start selesema dan batuk, makin kerap aku sapu. Alhamdulilah cepat baik berbanding aku bagi ubat kat dorang. Sekarang si adik dah lama tak kena neb walaupun selesema. Amjad aritu kena sebab stok dah habis, tak sempat nak carik kat dealer.
.
.
So korang yang ada anak kecik, ni benda wajib hangpa bawa pergi mana2. Sekarang tiap kali lepas mandi mak sapu kat dorang. Mencegah. Orang tua pun ok. Tapi aku malas nak pakai sebab nak bagi kat anak. So mak rela kena neb. Mahai gak harga sebab botol dia kecik je. Hihi.
.
.
#iklantakberbayar


- Posted using BlogPress from my iPhone