#AlifAdli birthday treat holiday 2016

#AlifAdliturns2

Assalamualaikum

Dikesempatan cuti lama last week, kebetulan pula abah dorang aku paksa cuti on birthday adik, kitorang manfaatkan untuk pergi bawak anak-anak jalan. Rasa macam dah lama tak pergi roadtrip. Asyik flight flight flight. Next year kononnya nak buat roadtrip pun, plan dah ke laut sebab aku dah booking tiket murah giler pergi krabi.

Hari ahad balik isnin je. Isnin cuti peristiwa sebab Awal Muharam. Kitorang tak pergi jauh pun. Jalan-jalan melaka je. Hotel pun aku booked last minute. Bangun pagi ahad tu terus kejut asben ajak berjalan. Dapatkan lepak kat hotel yang betul-betul sebelah dataran pahlawan.

Pagi tu terus siap beg sebab kitorang nak pergi kenduri opismate kat zam zam restaurant, seksyen 9. Right after that terus shoot ke melaka terus. Janji anak-anak happy dah ler.




Nasib kitorang juga sebab highway tak jem sangat. Bertolak dari kenduri pukul 1.30petang. Tapi sangkut lama sebab jem kaw-kaw area dataran pahlawan. Ditambah pakai waze pun sesat. 😑😑 konon nak singgah sebelum check in, mencari coconut shake klebang dan kuih keria antarabangsa. Tapi orang beratur maha dahsyat. Panjang giler, kuih keria dah habis awal. So straight to hotel sebab dah lewat nak check in.

Pukul 4.30 petang, baru ler sampai hotel untuk check in.




Kitorang tidur kat Imperial Heritage Hotel. Betul-betul sebelah daratan pahlawan mall. So memang plan parking kereta kat hotel then jalan kaki pusing-pusing je. Dah ler barang semua, then terus mulakan misi jalan-jalan











Pukul 9 baru balik hotel. Penat toksah cerita lah. Kaki lenguh sampai besoknya.

Besok pagi bangun sarapan kat hotel, lepak-lepak then pukul 11 check out, kononnya nak repeat balik kuih keria antarabangsa. Tapi malangnya tak buka lagi. Yang dapat just coconut shake je. Bolehla janji dapat lepas tekak.




Pukul 11.30 pagi pun dah ramai. So berakhirlah short sweet birthday vacation kitorang sempena hari jadi adik!

Happy birthday adik. Moga jadi anak yang soleh. Dengar cakap abah ibu. Jadi adik yang baik untuk abang amjad. Kitorang semua sayang adik!

- Posted using BlogPress from my iPhone

1 comment: