Fibroid; pengalaman dan review

Assalamualaikum semua

Alhamdulilah, masih ada visitor walaupun blog makin lama makin sendu 😆






Kebetulan ada someone menjengah ke blog sendu ku (thanks!) minta untuk ceritakan pengalaman fibroid aku dulu. Maaflah lambat pulak ilham nak terjah. Almaklumlah, banyak sawang kena cuci. Huhu.

Aku cerita pengalaman yang masih lagi berbaki dalam kepala otak. Lama dah story ni, anak pun dah masuk usia 3 tahun pun. Dah ada adik pun.

Doktor detect fibroid aku kalau tak salah masa kandungan baru lagi. Dalam 8-9 weeks macam tu. So doktor suggest untuk monitor dalam every 2 weeks sekali. Memang parah lah sebab aku check kat private. Size dia pulak pada masa itu dalam 3cm.

Fibroid aku pun makin lama makin membesar seiring dengan perkembangan baby. Dan doktor banyak bagitahu cabaran yang mungkin aku hadapi kalau fibroid makin membesar. Masa tu pulak aku memang banyak google, baca dari pengalaman orang.

Then after 2 month doktor monitor closely sampai lah dalam 1 stage, fibroid aku dah stop membesar dan mula jadi bujur. Sebabnya dia ikut bentuk rahim aku. Aku besok syukur sangat sebab walaupun fibroid aku berada kat laluan baby keluar, tapi kepala baby dah melepasi fibroid. Meaning, fibroid tu terletak kat posisi leher baby.

Bila makin lama makin besar perut aku, aku sendiri boleh rasa benda bulat kat perut aku. Lebih kurang besar bola ping pong. Alhamdulilah fibroid tu tak mendatangkan masalah kat aku. Doktor siap pesan kalau ada rasa sakit, telan je paracetamol. Tapi aku still okay lagi, sampailah tiba hari bersalin. Even aku tumpah darah lepas bersalin, doktor cakap fibroid bukan punca terbesar pon. Sebab fibroid aku stop bila dah masuk 2nd trimester.

Lepas aku bersalin, doktor kemudian set appointment untuk aku lepas 6 bulan untuk follow up fibroid aku. Kalau makin membesar, kemungkinan kena buang. Doktor juga ada cakap, ada certain patient dia yang fibroid dia hilang tiba-tiba. Sebab fibroid ni berkait dengan hormon perempuan.

Yang bestnya, lepas 6 bulan. Aku tak pergi pun. Haha. Cuak weh! Dan kebetulan pulak aku mengandung anak no 2. Check balik dengan doktor yang sama untuk cari balik fibroid. Alhamdulilah dah hilang! Syukur sangat! Rezeki aku gamaknya.

So until now, aku tak ada apa progress untuk update keadaan terbaru fibroid aku. Harap dia dah nyah dari badan aku selamanya.

For your info, doktor pun tak ada bagi ubat untuk aku telan. Dia just monitor je. Sebab fibroid aku tak sakit. So banyakkan berdoa semoga dipermudahkan.

Thanks! Good luck!
- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment