Tips nak ajar anak duduk dalam carseat




[UPDATED] Agak2 kalau bagi tips nak ajar anak duduk carseat ada orang nak baca tak? 😊 sila scroll kat bawah.
.
.
.
Tips nak ajar anak duduk dalam carseat.
.
.
Aku ni seorang mak yang hari weekdays travel solo dengan anak-anak bujang ku yang 2 orang tu. Beza umur dorang pon setahun sorang. Si abg umur 3tahun. Adik umur 1tahun 7bulan. Dorang berdua taska kat bawah office aku je. So pagi-pagi lepas subuh dah jadi rutin wajib angkat dorang masuk dalam kereta. Jarak dari rumah ke tempat kerja (pergi balik) 60km. travel time campur harung jem sekali kebiasaannya dalam 1 jam 25 minit (sehala) kalau return darab jelah 2. +- jugaklah.
.
.
Diatas permintaan kawan-kawan yang tanya kat aku tips macam mana aku dan asben ajar anak-anak duduk dalam carseat (meaning berjaya la duduk samada menangis or tak) sepanjang tempoh perjalanan pergi balik dari tempat kerja ke rumah. Aku start travel jauh dengan anak-anak masa umur adik 6 bulan (masa tu still travel carpool dengan asben, now dah solo sebab asben dah based tempat lain pulak) sebelum tu, travel dekat dalam 15 minit dari rumah sendiri ke rumah mak selepas maternity leave (mak jaga anak-anak sekejap sebelum dorang masuk daycare)
.
.
Harap dapatlah korang hadam. Yang penting jangan patah semangat;
.
.
Tips #1: kalau boleh ajar dorang dari kecik. Biasakan dorang masuk dalam kereta kena duduk dalam carseat sebelum mulakan perjalanan. Biar dorang faham kereta tak akan bergerak selagi dorang tak duduk dalam carseat. Nampak pelik anak kecik nak faham pasal isu ni, tapi percayalah yang dorang akan faham akhirnya.
.
.
Tips #2: anak melalak/menangis/meraung dalam carseat tu biasa. Sebab si adik still macam tu kalau dia duduk terlalu lama dalam carseat. Dia akan cepat bosan. Biasalah umur macam dia, tengah nak naik. Tricknya aku pasang lah didi & friend ke, upin ipin ke, abc song ke? At least dapatlah mengurangkan mengamuk dia. Kalau dah habis movie tu, ko ulanglah balik sampai lah akhirnya korang sendiri dah hafal semua lagu didi & friend. Aku siap berjoget- joget menyanyi dengan dorang dalam kereta. Gamaknya orang sebelah pun heran tengok aku tepuk tangan bila rasa gembira. Hihi
.
.
Tips #3: dulu masa dorang baby, aku lambakkan mainan especially yg bunyi-bunyi tu. Bagi dia pegang. Dia boring, dia baling. Jenuh berhenti tepi jalan sebab nak ambil balik mainan yang dia campak.
.
.
Tips #4: kalau mainan/video tak boleh jalan, aku bagi dorang makan. Pastikan sebelum bergerak stok makanan/jajan feveret dorang tersedia dalam kereta. Tengah drive dengar bunyi mengamuk, toleh. Bagi lagi 1 keping biskut. Nanti diam lah. Tapi diam pun ada makna. Adik tengah buat kerja pecah-pecahkan biskut habis sepah carseat. Kereta sepah pun 1 hal juga. Pasrah jelah. Mak kenalah rajin cuci kereta nak elak lipas.
.
.
Tips #5: pastikan keadaan anak tu selesa sebelum mulakan perjalanan korang. Meaning, tak berak lah. Or dah kenyang makan/minum susu sebelum bergerak. Bila dorang selesa, kita pun selesa nak memandu.
.
.
Tips #6: rajin-rajin lah pasang cd zikir terapi hafiz hamidun. Aku pasang all the way sampai office. Especially pagi. Sebab alunan merdu suara zikir tu buat anak-anak syahdu confrim tidur. Tengah drive tiba-tiba senyap. Anak berdua tidur. Senang, tenang hati kau!
.
.
Tips #7: kalau boleh rajin lah layan bersembang dengan anak bila drive tu. Cerita lah yang dorang kena pakai carseat kalau tak nanti kena saman dengan polis. Eh?! Hihi tak pun create lah cerita sang kancil dengan dorang.
.
.
Tips #8: janganlah terlalu lama sangat masa perjalanan. Especially, long distance travel, berhentilah 1-2 jam berhenti sekejap. Ambil angin. Kita yang dewasa ni pun kadang-kadang kematu dalam kereta, ini kan pulak budak-budak. Dorang pun lenguh duduk lama-lama dalam tu.
.
.
Tips #9: tips untuk breastfeed mother. Masa dulu aku menyusukan abg/adik. Bila nak susu memang aku pangku. Then dah siap aku nak letak semula dalam carseat balik. Even sekarang ni anak-anak dah tak bf, tapi bila especially long distance, memang kitorang akan stop bagi dorang susu dulu then baru boleh gerak. Dorang payah nak menyusu dalam carseat.
.
.
Tips #10: tips paling penting sebenarnya parent kena banyakkkkkkannn bersabar nak ajar anak duduk dalam carseat. Sebab ianya bukan satu benda yang akan dapat result on the spot. Kena go with the flow. Hari-hari kena terap kat anak-anak. Kena keras hati juga kadang-kadang. Berkeras. Supaya anak dengar cakap. Even kalau asben aku yang drive pergi mana-mana, anak-anak tetap duduk dalam carseat masing-masing. Mak dapatlah main hp. Haha. Yang penting jangan mudah putus asa. Nanti bila dorang dah makin besar, makin cerdik mesti dorang akan behave duduk di carseat.
.
.
Practise makes perfect!!
.
.
Women Driver,
#IbuAmjadAlif


- Posted using BlogPress from my iPhone

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete