#AlifAdli birthday treat holiday 2016

#AlifAdliturns2

Assalamualaikum

Dikesempatan cuti lama last week, kebetulan pula abah dorang aku paksa cuti on birthday adik, kitorang manfaatkan untuk pergi bawak anak-anak jalan. Rasa macam dah lama tak pergi roadtrip. Asyik flight flight flight. Next year kononnya nak buat roadtrip pun, plan dah ke laut sebab aku dah booking tiket murah giler pergi krabi.

Hari ahad balik isnin je. Isnin cuti peristiwa sebab Awal Muharam. Kitorang tak pergi jauh pun. Jalan-jalan melaka je. Hotel pun aku booked last minute. Bangun pagi ahad tu terus kejut asben ajak berjalan. Dapatkan lepak kat hotel yang betul-betul sebelah dataran pahlawan.

Pagi tu terus siap beg sebab kitorang nak pergi kenduri opismate kat zam zam restaurant, seksyen 9. Right after that terus shoot ke melaka terus. Janji anak-anak happy dah ler.




Nasib kitorang juga sebab highway tak jem sangat. Bertolak dari kenduri pukul 1.30petang. Tapi sangkut lama sebab jem kaw-kaw area dataran pahlawan. Ditambah pakai waze pun sesat. 😑😑 konon nak singgah sebelum check in, mencari coconut shake klebang dan kuih keria antarabangsa. Tapi orang beratur maha dahsyat. Panjang giler, kuih keria dah habis awal. So straight to hotel sebab dah lewat nak check in.

Pukul 4.30 petang, baru ler sampai hotel untuk check in.




Kitorang tidur kat Imperial Heritage Hotel. Betul-betul sebelah daratan pahlawan mall. So memang plan parking kereta kat hotel then jalan kaki pusing-pusing je. Dah ler barang semua, then terus mulakan misi jalan-jalan











Pukul 9 baru balik hotel. Penat toksah cerita lah. Kaki lenguh sampai besoknya.

Besok pagi bangun sarapan kat hotel, lepak-lepak then pukul 11 check out, kononnya nak repeat balik kuih keria antarabangsa. Tapi malangnya tak buka lagi. Yang dapat just coconut shake je. Bolehla janji dapat lepas tekak.




Pukul 11.30 pagi pun dah ramai. So berakhirlah short sweet birthday vacation kitorang sempena hari jadi adik!

Happy birthday adik. Moga jadi anak yang soleh. Dengar cakap abah ibu. Jadi adik yang baik untuk abang amjad. Kitorang semua sayang adik!

- Posted using BlogPress from my iPhone

#AlifAdliturns2





Happy birthday Anak ibuabah bernama Alif Adli. Yang ke 2 tahun. Cepat masa berlalu. Semoga adik membesar jadi orang berguna. Jadi orang baik-baik. Dengar kata. Jadi anak yang soleh.

#throwback



- Posted using BlogPress from my iPhone

Fibroid; pengalaman dan review

Assalamualaikum semua

Alhamdulilah, masih ada visitor walaupun blog makin lama makin sendu 😆






Kebetulan ada someone menjengah ke blog sendu ku (thanks!) minta untuk ceritakan pengalaman fibroid aku dulu. Maaflah lambat pulak ilham nak terjah. Almaklumlah, banyak sawang kena cuci. Huhu.

Aku cerita pengalaman yang masih lagi berbaki dalam kepala otak. Lama dah story ni, anak pun dah masuk usia 3 tahun pun. Dah ada adik pun.

Doktor detect fibroid aku kalau tak salah masa kandungan baru lagi. Dalam 8-9 weeks macam tu. So doktor suggest untuk monitor dalam every 2 weeks sekali. Memang parah lah sebab aku check kat private. Size dia pulak pada masa itu dalam 3cm.

Fibroid aku pun makin lama makin membesar seiring dengan perkembangan baby. Dan doktor banyak bagitahu cabaran yang mungkin aku hadapi kalau fibroid makin membesar. Masa tu pulak aku memang banyak google, baca dari pengalaman orang.

Then after 2 month doktor monitor closely sampai lah dalam 1 stage, fibroid aku dah stop membesar dan mula jadi bujur. Sebabnya dia ikut bentuk rahim aku. Aku besok syukur sangat sebab walaupun fibroid aku berada kat laluan baby keluar, tapi kepala baby dah melepasi fibroid. Meaning, fibroid tu terletak kat posisi leher baby.

Bila makin lama makin besar perut aku, aku sendiri boleh rasa benda bulat kat perut aku. Lebih kurang besar bola ping pong. Alhamdulilah fibroid tu tak mendatangkan masalah kat aku. Doktor siap pesan kalau ada rasa sakit, telan je paracetamol. Tapi aku still okay lagi, sampailah tiba hari bersalin. Even aku tumpah darah lepas bersalin, doktor cakap fibroid bukan punca terbesar pon. Sebab fibroid aku stop bila dah masuk 2nd trimester.

Lepas aku bersalin, doktor kemudian set appointment untuk aku lepas 6 bulan untuk follow up fibroid aku. Kalau makin membesar, kemungkinan kena buang. Doktor juga ada cakap, ada certain patient dia yang fibroid dia hilang tiba-tiba. Sebab fibroid ni berkait dengan hormon perempuan.

Yang bestnya, lepas 6 bulan. Aku tak pergi pun. Haha. Cuak weh! Dan kebetulan pulak aku mengandung anak no 2. Check balik dengan doktor yang sama untuk cari balik fibroid. Alhamdulilah dah hilang! Syukur sangat! Rezeki aku gamaknya.

So until now, aku tak ada apa progress untuk update keadaan terbaru fibroid aku. Harap dia dah nyah dari badan aku selamanya.

For your info, doktor pun tak ada bagi ubat untuk aku telan. Dia just monitor je. Sebab fibroid aku tak sakit. So banyakkan berdoa semoga dipermudahkan.

Thanks! Good luck!
- Posted using BlogPress from my iPhone

Review susu nutrisi lengkap


#PerihalAmjadAlif
.
Last month ada appointment dengan dietition. Dia ada suggest few diet untuk Amjad since dia memang tak makan nasi. Paksa masuk dalam mulut, boleh luah balik. Amjad hanya makan roti sebagai gantian karbohidrat dia. Dietition cakap ok sebab orang melayu memang makan nasi. So tak salah kalau dia tak makan
.
Since that dietition suggest untuk tukarkan susu dia. Sekarang dia minum isomil plus. Tapi sebab isomil plus kurang nutrisi yang lengkap untuk dia, so dietition suggest untuk cuba susu lain
.
Kat Malaysia ada 2 brand untuk susu nutrisi lengkap; nutren junior & pedisure.
.



Nutren junior payah sikit nak cari sebab aku jumpa hanya kat guardian. Price dia untuk 400g ~ rm42

.
Untuk pedisure pulak kat mana-mana ada. So senang cari. Price pulak dalam ~rm43 susu ni ada 2 perisa. Coklat & vanila. So aku try kan perisa vanila
.
Memandangkan Amjad sangat rigid dan payah untuk aku tukarkan susu dia dari isomil ke mana-mana susu baru. Sejarahnya dulu dia alergik susu lembu sampai bengkak muka dan admitted. That why dia hanya minum soya. Sekarang dia dah okay sebenarnya untuk tukar balik ke susu lembu. But dia yang sangat rigid
.
Nutren junior. Amjad tolak balik susu tu. Akhirnya aku campur dengan isomil. Dia minum. Badan dia nampak makin berisi. Nak membuang pun senang.
.
Pedisure pulak elok dia minum sampai habis. Aku try bagi perisa vanila. Kalau dia ngam susu ni. Kitorang tukarkan lah. Cuma dia mahal sedikit dari isomil.
.
So kalau parent mana yang risau anak tak makan nasi, boleh try 2 susu nutrisi lengkap tu
.


Luckly Alif anak yang simple. Dia minum lactogen 3 saja. Itu yang ngam dengan perut dia
.
Tepuk dada, tanya selera

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tips nak ajar anak duduk dalam carseat




[UPDATED] Agak2 kalau bagi tips nak ajar anak duduk carseat ada orang nak baca tak? 😊 sila scroll kat bawah.
.
.
.
Tips nak ajar anak duduk dalam carseat.
.
.
Aku ni seorang mak yang hari weekdays travel solo dengan anak-anak bujang ku yang 2 orang tu. Beza umur dorang pon setahun sorang. Si abg umur 3tahun. Adik umur 1tahun 7bulan. Dorang berdua taska kat bawah office aku je. So pagi-pagi lepas subuh dah jadi rutin wajib angkat dorang masuk dalam kereta. Jarak dari rumah ke tempat kerja (pergi balik) 60km. travel time campur harung jem sekali kebiasaannya dalam 1 jam 25 minit (sehala) kalau return darab jelah 2. +- jugaklah.
.
.
Diatas permintaan kawan-kawan yang tanya kat aku tips macam mana aku dan asben ajar anak-anak duduk dalam carseat (meaning berjaya la duduk samada menangis or tak) sepanjang tempoh perjalanan pergi balik dari tempat kerja ke rumah. Aku start travel jauh dengan anak-anak masa umur adik 6 bulan (masa tu still travel carpool dengan asben, now dah solo sebab asben dah based tempat lain pulak) sebelum tu, travel dekat dalam 15 minit dari rumah sendiri ke rumah mak selepas maternity leave (mak jaga anak-anak sekejap sebelum dorang masuk daycare)
.
.
Harap dapatlah korang hadam. Yang penting jangan patah semangat;
.
.
Tips #1: kalau boleh ajar dorang dari kecik. Biasakan dorang masuk dalam kereta kena duduk dalam carseat sebelum mulakan perjalanan. Biar dorang faham kereta tak akan bergerak selagi dorang tak duduk dalam carseat. Nampak pelik anak kecik nak faham pasal isu ni, tapi percayalah yang dorang akan faham akhirnya.
.
.
Tips #2: anak melalak/menangis/meraung dalam carseat tu biasa. Sebab si adik still macam tu kalau dia duduk terlalu lama dalam carseat. Dia akan cepat bosan. Biasalah umur macam dia, tengah nak naik. Tricknya aku pasang lah didi & friend ke, upin ipin ke, abc song ke? At least dapatlah mengurangkan mengamuk dia. Kalau dah habis movie tu, ko ulanglah balik sampai lah akhirnya korang sendiri dah hafal semua lagu didi & friend. Aku siap berjoget- joget menyanyi dengan dorang dalam kereta. Gamaknya orang sebelah pun heran tengok aku tepuk tangan bila rasa gembira. Hihi
.
.
Tips #3: dulu masa dorang baby, aku lambakkan mainan especially yg bunyi-bunyi tu. Bagi dia pegang. Dia boring, dia baling. Jenuh berhenti tepi jalan sebab nak ambil balik mainan yang dia campak.
.
.
Tips #4: kalau mainan/video tak boleh jalan, aku bagi dorang makan. Pastikan sebelum bergerak stok makanan/jajan feveret dorang tersedia dalam kereta. Tengah drive dengar bunyi mengamuk, toleh. Bagi lagi 1 keping biskut. Nanti diam lah. Tapi diam pun ada makna. Adik tengah buat kerja pecah-pecahkan biskut habis sepah carseat. Kereta sepah pun 1 hal juga. Pasrah jelah. Mak kenalah rajin cuci kereta nak elak lipas.
.
.
Tips #5: pastikan keadaan anak tu selesa sebelum mulakan perjalanan korang. Meaning, tak berak lah. Or dah kenyang makan/minum susu sebelum bergerak. Bila dorang selesa, kita pun selesa nak memandu.
.
.
Tips #6: rajin-rajin lah pasang cd zikir terapi hafiz hamidun. Aku pasang all the way sampai office. Especially pagi. Sebab alunan merdu suara zikir tu buat anak-anak syahdu confrim tidur. Tengah drive tiba-tiba senyap. Anak berdua tidur. Senang, tenang hati kau!
.
.
Tips #7: kalau boleh rajin lah layan bersembang dengan anak bila drive tu. Cerita lah yang dorang kena pakai carseat kalau tak nanti kena saman dengan polis. Eh?! Hihi tak pun create lah cerita sang kancil dengan dorang.
.
.
Tips #8: janganlah terlalu lama sangat masa perjalanan. Especially, long distance travel, berhentilah 1-2 jam berhenti sekejap. Ambil angin. Kita yang dewasa ni pun kadang-kadang kematu dalam kereta, ini kan pulak budak-budak. Dorang pun lenguh duduk lama-lama dalam tu.
.
.
Tips #9: tips untuk breastfeed mother. Masa dulu aku menyusukan abg/adik. Bila nak susu memang aku pangku. Then dah siap aku nak letak semula dalam carseat balik. Even sekarang ni anak-anak dah tak bf, tapi bila especially long distance, memang kitorang akan stop bagi dorang susu dulu then baru boleh gerak. Dorang payah nak menyusu dalam carseat.
.
.
Tips #10: tips paling penting sebenarnya parent kena banyakkkkkkannn bersabar nak ajar anak duduk dalam carseat. Sebab ianya bukan satu benda yang akan dapat result on the spot. Kena go with the flow. Hari-hari kena terap kat anak-anak. Kena keras hati juga kadang-kadang. Berkeras. Supaya anak dengar cakap. Even kalau asben aku yang drive pergi mana-mana, anak-anak tetap duduk dalam carseat masing-masing. Mak dapatlah main hp. Haha. Yang penting jangan mudah putus asa. Nanti bila dorang dah makin besar, makin cerdik mesti dorang akan behave duduk di carseat.
.
.
Practise makes perfect!!
.
.
Women Driver,
#IbuAmjadAlif


- Posted using BlogPress from my iPhone