Perkembangan Terbaru & Selamat Hari Raya 2014





Assalamualaikum





Lama betul bersawang dalam blog ni. Dan lamaaaaa juga aku tak update blog panjang berjela. So tengoklah apa jadi dengan entri kali ni. Panjang atau tak. hihi.





Aku masih setia di office. besok juga. Tahun ni memang tak balik kampung beraya. Raya dekat-dekat sini sahaja. So masih berpeluang untuk shopping last minit. Cari apa-apa yang patut. Tapi walaupun tak balik kampung, cuti tetap 1 minggu. Office kosong. Malas nak buat-buat rajin.





Apa nak cerita perkembangan terbaru? off cause lah semakin kembang seiring usia. Alhamdulilah, usia adik amjad dalam kandungan dah 7 bulan. dah masuk 3rd trimester. Cepat sungguh! Insyallah bulan 10, keluar la dia. Makin ligat juga dalam perut. Geli tok sah cerita. Gender adik dah tahu. Senang ibu abah nak prepare barang-barang dia. Cuma rasanya tak semeriah macam amjad sebab kebanyakkan masih boleh digunapakai. Cuma pertambahan beli baby coat untuk adik. Sempat rembat baby coat masa mydear sales kat puchong. Abam amjad macam tak boleh tidur sendiri. Nak juga berkepit. Manja lelebih. Tak apalah, sementara adik belum keluar, manja dulu sebab lepas ni adik yang menang. Stroller amjad scr tu kitorang dah jual. Amjad stay dengan stroller halford yang tak bulky. Maybe nak cari stroller baru untuk adik. 





Dalam ligat, luar pun makin ligat dan lasak. Amjad dah pun berganjak 1 tahun 2 bulan (eh nak masuk 3 bulan dah) Makin besar buah hati ibu. Makin banyak akai. Makin bijak. Tahu bila kena marah. Mulut makin bising. pot pet pot pet dalam bahasa dia. Berat dah makin-makin bertambah. Sebelum ini berkurang sebab 3 minggu dia tak sihat. Susah hati tengok. Sekarang alhamdulilah, dah mula makan nasi dengan lauk (sedangkan dulu kemain payah). walaupun 3-4 suap, tapi syukur sangat. Tapi tang lasak dia memang aku tak mampu nak handle seorang-seorang. Lagi-lagi dah makin sarat ni, memang tak mampu aku nak dukung lama-lama.





Persiapan nak raya ni kebanyakkan nya dah settle. Tapi mood aku lebih kepada nak deco-deco rumah. oh, masih belum ada rezeki nak membeli. hold dulu. Cuma kami dah berpindah dari istana kayangan ke istana atas tanah. Pindah rumah pun agenda terkejut juga. Suddenly. Bulan 2 tahun ni dikala aku masa tu baru mengandung. Pasrah sangat. Sebab tak tahu. So bincang dengan asben, proceed untuk pindah sebelum perut aku membesar. Lagipun anak nak masuk 2, memang tak boleh aku nak handle anak-anak kecik balik kerja untuk naik lift berhimpit-himpit dengan ramai orang. Pindah masih di dalam kawasan shah alam juga. Tapi memang lega rumah bawah, masuk garage terus masuk rumah. Nanti next year balik kerja dah kena mengangkut 2 pertama hati masuk rumah. Alhamdulilah la dengan morning sickness terlampau, aku berjaya unpack barang dalam masa 2 bulan. haha. buat pelan-pelan. So sekarang mood nak deco-deco tapi tahun ni tak buat open house. Tak larat. Tak mampu la nak layan orang dan masak-masak. Siapa nak datang silakan, sentiasa open house.





Alhamdulilah, usia perkahwinan kitorang pun dah masuk 2 tahun. haritu berkesempatan juga untuk celebrate anniversary cum birthday aku di grand lexis PD. Paling seronok si kecik tu sebab boleh mandi pool tanpa halangan. Siap minta mandi malam ok. tapi masuk pool menangis sebab sejuk. haha. Esok sambung mandi lagi. menjerit-jerit tepuk air. seronok tengok anak bahagia. boleh pergi lagi. kali ini dengan adik pulak. Asam garam rumahtangga, biasalah. Semoga ikatan kami sampai ke akhir hayat. amin. I love my family! Harta dunia akhirat aku!





Eh tertanggung cerita persiapan raya, tahun ni beli baju raya aku dan amjad. abah amjad repeat je. sebab dah banyak katanya. aku? sebab perut dah buncit, agak payah nak cari. so prefer kepada jubah dan dress. Tapi dah settle last week. Cuma mungkin malam ni akan sambung shopping untuk cari seluar jalan amjad dan kasut abah amjad. Amjad punya baju melayu aku belum alter lengan dia. haii, sabtu ahad ni la kut. Last minit. Harap-harap sempat. Tapi persiapan lebih kepada anak la. budak-budak yang seronok time raya. walaupun amjad baru 1 tahun. Kuih raya pun aku beli 4 jenis dari kawan office. tengoklah nak tambah-tambah last minit.





So dikesempatan ini, aku dan famili nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin, yang balik kampung tu berhati-hati di jalan raya. Cewah!





Sekian.


Alhamdulilah. Rezeki.




Assalamualaikum




Doakan perjalanan kali ke 2 ni berjalan lancar tau. Amjad bakal jadi abang long! Nanti kita sambung cerita.

Lawatan Tapak. Tierra Shah Alam 2.




Assalamualaikum




Semalam kami buat lawatan tapak ke kawasan ni. Cantik kan? Jatuh cinta sungguh. Tapi malangnya semua gambar corrupt dalam camera. bengang betul. Jangan dah beli memory card kat pasar malam. tipu. Kalau en suami berjaya menyelamatkan gambar tersebut, kita publish semula.







Sekian. Selamat Tahun baru 2014.