Jadual Harian Famili kami di bulan puasa.




Assalamualaikum semua





Fuh fuh, lama juga lah aku tak update blog. sekarang makin busy kat rumah bersama si kecik. tak ketinggalan abah budak tu pun nak kena dilayan. isk isk isk. Alhamdulilah diam tak diam dah hari ke 20 kita berpuasa. Selamat berpuasa dan selamat hari raya. Minggu depan raya dah oi! aku pasti semua orang malas nak buat kerja mood raya dah datang. Meh aku cerita pengalaman bersahur dan berbuka sepanjang menjadi isteri orang dan ibu kepada amjad.





Bulan puasa ni office time berubah. Masuk pukul 8pagi balik pukul 4.30. Rehat cuma 30 min sahaja (Isnin sampai Khamis. Jumaat 2jam) So kalau sebelum ni pukul 8.30 pagi balik pukul 5.30 petang, aku mula keluar rumah pukul 6.30pagi untuk hantar amjad pergi rumah mama (now amjad tok ma dia yang jaga. Jadi handbag tok ma dia lah) Sekarang time bulan puasa, pukul 6.15 pagi dah start keluar. Aku perlu bergerak dari rumah mama untuk ke office sebelum pukul 7. Nanti aku sangkut jem yang maha dasyat kat area MRR2 tu.





Bangun sahur pukul 4 pagi. Hari bekerja. Panaskan lauk pauk, masak air. Dalam 4.30 aku sahur dulu. Pukul 5, aku kejut suami. Lepas tu aku pam untuk buat stok bagi amjad. dalam 5.30 pagi aku mandi dan siap. Pukul 6 kejutkan amjad tukar pampers dan susu sebelum 6.15 keluar rumah. Sampai rumah tok ma dalam 6.45 pagi. Pindahkan car seat. Bawa keluar stok susu untuk hari tu. Cium-cium anak terus gerak pergi office.





Sampai office pukul 8, kadang-kadang lebih, terus buka pc check email, buat kerja sekejap. dalam pukul 9 aku pam. lebih kurang 20minit juga lah. Then sambung buat kerja semula. 12.30 dah gerak pergi surau tidur. Mengantuk giler! Bantai sampai 2.30petang. See? rehat cuma 30min sahaja. tapi terlajak. huhu. Dah alang-alang tu, pam sekejap. Solat. Pergi workstation. Then siap-siap untuk pulang.





Sampai rumah tok ma dalam 5.30 petang. Kalau ada lauk lebih aku tapau dari rumah mama. hihi. Kalau tak ada kena lah berperang kat rumah dengan amjad untuk masak. Dalam 6.30 petang baru sampai rumah sendiri sebab sebelum pulang, tok ma mandikan, susukan siap-siap supaya balik nanti aku tak terkejar-kejar sangat.





Serius, memang berperang. time nak masak, disuruh layan dia. Kalau tak membebel-bebel kat depan tu ha. Merengek. Letak kat playmat seronok bercakap dengan ikan yang tergantung. Kadang-kadang sempat masak 1 lauk sahaja. Jadilah sebab kami berdua sahaja. Suami pun balik lewat juga. Time berbuka pula kena tack turn untuk sembang dengan bos kecik tu. Kadang-kadang siap nak menyusu time berbuka. Terpaksalah minum air then makan kuih asal perut. Pandang muka amjad yang tersengih tu terus cair. hehe.





Huh, memang penat time bulan puasa. Nasib BP ku tak naik macam tahun lepas. hehe. Pukul 8 diajaknya berborak kami suami isteri. Pukul 9.30 nak suruh tidur kena berteman. Sudahnya dengan aku sekali hanyut tidur. Hari minggu lah hari yang sangat heaven. Boleh tidur lama sikit.





Kelengkapan raya kami sekeluarga kebanyakkan dah settle. Amjad punya dah settle. 2 pasang baju melayu siap sampin ok. Ibu kasut raya sahaja. Abah baru settle baju melayu semalam. rasanya macam banyak lagi dia nak shopping.





Yeah! Tak sabar nak raya bertiga! Tahun lepas berdua. Balik kedah nak tunjuk cucu baru.


Selamat Hari Raya semua! Dari Amir Amjad, Ibu & Abah


Sekian.