Kronologi Pengalaman bersalin baby AA (ep3) final

Assalamualaikum

Aku rasa ini episod terakhir mengenai pengalaman bersalin baby AA. Alhamdulilah, diam tak diam, dah hampir 1 bulan usia amjad dan tinggal 2 minggu sahaja untuk aku menghabiskan sisa-sisa berpantang ini. Meh kita sambung kembali cerita tertangguh.

Lepas sesi bertarung di labor room dan proses jahit menjahit, aku pun ditolak masuk semula ke dalam bilik. Menanti mama dan suamiku. Terus berehat di atas katil. Tapi aduhai, seksa juga nak bergerak dari wheelchair ke katil. Lemah 1 badan. Dengan diri sendiri yang berbau hanyir darah menusuk ke hidung sendiri. Mama suruh aku mandi sambil basahkan kepala. Dikatanya macam mandi sunat la sebab semuanya selamat.

Masa tu pun nurse ada pesan suruh aku tidur mungkin penangan dari ubat tahan sakit dengan gas yang aku hidu. Lalok tak hingat la. Tapi aku berupaya untuk ingat apa yang terjadi. Masa kat atas katil baru la aku dapat rehat dan tidur sekejap untuk hilangkan rasa mengantuk. Cuma tak lama sebab lepas tu dah start ramai datang ziarah. Parent in law pun datang. Cuma dorang tak dapat tengok baby in live. Rupa-rupanya baby kena kuarantin 24 hours. Baby pun dibaring secara meniarap dan mulutnya terbuka. Takut tertelan najis sendiri. Ini pun aku tahu based on gambar yang hubby tunjuk on 2nd day. Sebabnya lepas je bersalin tu aku rasa badan aku lemah sangat-sangat. Letih sampai mata pun tak boleh buka. Bila parent aku dan parent in law datang aku buka mata. Sampai suami kejutkan aku suruh buka mata ada orang datang. Mata masa ti jadi kabur sekejap. Nurse ada datang tanya aku nak bagi baby susu badan or tak. Aku dengan selamber jawab tak larat sangat. Nurse pun pergi. Sebab then aku rasa baby aku dorang beri formula milk sebab keadaan aku time tu memang flat dan lalok gila. Masa abang ipar dan biras aku datang pun aku boleh cakap kat biras aku yang aku memang tak larat gila even nak buka mata.

Mama suruh aku mandi. Aku pun turun dari katil perlahan-lahan. Memang sakit gila perut sampai aku rasa tak mampu untuk bangun. Pinggang pun sama. Tapi pergi gagahkan diri untuk ke toilet mandi. Sampai toilet, aku tengok darah keluar banyak sangat. Tapi aku tak expect apa-apa. Yelah, 1st time mommy. Mana ada pengalaman. So aku anggap benda biasa lepas bersalin. Tak yah cerita pad yang aku pakai sampai lencun walaupun baru 1 jam aku tukar. Lepas mandi bergerak slow-slow ke katil dengan tenaga yang tinggal.

Dalam pukul 6, makan malam datang pun aku tak jamah. Mama datang suapkan aku 3 4 sudu sahaja untuk alas perut aku. Sampaikan nak ikat rambut tinggi pun adik aku tolong buatkan. Sampai saat tu, aku tak tahu rupa-rupanya ada something wrong kat keadaan fizikal aku until la dalam pukul 9 malam, suami ada pesan bagitahu aku kena kencing dan bangun dari katil supaya aku boleh discharge besoknya. Tapi masalahnya kencing aku sikit sangat. So time tu aku nak pergi toilet terasa nak membuang. Panggil suami untuk pimpin masuk toilet. Aku duduk bertapa dalam toilet lama gila sampai suami datang untuk check keadaan aku. Aku boleh duduk di toilet duduk tu sambil fikiran melayang. Bila suami aku datang baru aku siap-siap untuk keluar. Tukar lagi pad yang dah lencun. Aku rasa baru sahaja melangkah keluar dari toilet tiba-tiba rasa dunia jadi gelap. Rupa-rupanya aku pitam. Nasib baik suami sambut dan aku dipimpin oleh suami dan abah menuju ke katil. Masa tu aku tersedar. Keadaan masa tu jadi kecoh sekejap. Terus midwife suruh famili aku beredar dari situ. Dengar kata-kata nurse yang lain cakap aku tak cukup rehat sebab ramai visitor datang.

Aku terus baring atas katil. Nurse suruh berehat. Tiba-tiba datang mesin apa ntah, then dorang klip kat hujung ibu jari untuk monitor aku. Pagi dalam pukul 1 or 2, doktor datang untuk check keadaan dan cari punca kenapa aku tiba-tiba pitam. Doktor datang seluk, check rupanya ada darah beku lagi yang tertinggal. Mula-mula doktor ingatkan bleeding sebab fibroid aku. Alhamdulilah fibroid tak kacau langsung. Ada ke doktor cakap maybe sebab bontot aku besar dan kr dalam sebab tu mungkin ada darah beku tertinggal. Doktor risau juga kalau-kalau rahim aku tak dapat mengecut dengan sepatutnya. Doktor pun mention kenapa nurse tak perasan yang aku bleeding. Bleeding aku sampai habis baju dan katil kena darah. Nurse yang datang tolong aku pakaikan maternity pad pun tak cakap apa-apa. Aku pun mana la tahu kata tu bleeding. Ingat benda biasa. Yelah 1st time beranak kut. Katanya sepatutnya lepas bersalin aku akan rasa diri selesa. Ini tak, memang tak selesa sungguh. Terus doktor cakap besok kena buka balik jahitan aku untuk keluarkan darah beku tu. Peh! Dh jahit pastu buka pastu jahit balik. Scary kan? Pasrah jela demi nak sihat. Then aku rehat sampai ke pagi.

Esoknya sarapan datang, makan then nurse pun datang untuk bagi ubat. Lepas makan ubat, suami balik rumah untuk mandi. Then aku rehat sekejap sebelum nurse datang bawa wheelchair untuk masuk balik dalam labor room. Doktor masuk bagitahu aku akan diberi ubat tidur masa proses buka jahitan tu. Aku okay sahaja. Lepas masuk drip dan ubat tidur, aku pun hanyut. Tidur tak sedar diri. Sedar-sedar 2 jam lepas tu. Tapi aku ingatkan dah setel sampai jahit semula tempat tu, rupanya tidak. Aku request untuk tidur masa jahit semula but doktor tak bagi. Lama juga aku tunggu untuk doktor jahit semula. Suami aku dah mengamuk-amuk kat luar sebab aku lama sangat dalam labor room. Itupun dapat tahu lepas doktor tiba-tiba mention suami aku risau pasal aku. Kesian suami. Setel jahit, aku pun ditolak semula ke bilik.

Lepas setel tu mula aku rasa diri semakin bertenaga. Tak macam sebelum tu. Darah nifas pun tak sebanyak macam semalam. Petang itu doktor datang semula untuk masukkan kapas untuk pastikan keadaan benar-benar kering dalam rahim aku. Besok paginya baru doktor keluarkan semula kapas tu.

Hari ke 2 tu barulah aku dapat jumpa baby. Pagi sebelum ke labor room aku bangun dari tidur terus cari hubby minta nak tengok gambar baby. Suami gelak sebab semalam tak ingat anak langsung. Huhu. Hari tu baru pertama kali aku dapat pegang baby dan susu kan baby. Cuma mama request suruh baby duduk dalam nursery supaya aku dapat rehat betul-betul malam tu.

Rupa-rupanya aku terkena hematoma atau bleeding selepas kelahiran. Atau lebih dikenali sebagai primary postpartum hemorrhage. Biasanya berlaku dalam jangkamasa 24 jam selepas kelahiran. Aku bernasib baik sebab tak kena masukkan darah. Doktor just suruh aku makan makanan untuk tambah darah semulajadi. Ubat obimin pun kena habiskan. Alhamdulilah, hari ke 3 aku dah boleh discharge dari hospital. Itupun lepas dah boleh dapat kencing yang lawas. Kalau tak memang tak boleh discharge. Sepatutnya hari ke 2 dah boleh discharge kalau normal delivery. Tapi mungkin ini bahagian aku. Nasib semuanya masih terkawal. Alhamdulilah. Aku redha.

Lepas 2 minggu dari bersalin, aku datang semula untuk postnatal checkup. Semuanya kembali seperti biasa. Jahitan pun dah cantum. Cuma baby sahaja yang kena kuning. Tapi doktor cakap kuning maybe dah semakin turun. Sebab berada di border line. Selalunya lepas checkup postnatal, mesti tak ada appointment lagi dengan doktor. Aku lepas 6 bulan ada checkup lagi dengan doktor untuk tengok progress fibroid. Kalau membesar kenalah operate wei. Aduh. Ni lemah ni. Minta-minta kecil la.

Alhamdulilah sekarang amir amjad pun dah masuk 1 bulan. Berpantang pun tinggal 2minggu sahaja lagi. Aku pun semakin sihat. Alhamdulilah berupaya nak bf amjad, ada rezeki untuk dia. Harap aku dapat teruskan niat untuk bf amjad walaupun amjad tak dapat full bf sebab kondisi aku selepas kelahiran dia.

Sekian.