Kronologi pengalaman bersalin baby AA (ep2)

Assalamualaikum

Atas request kawan-kawan untuk update cepat-cepat episod seterusnya.


Macam yang aku cakap sebelum ni, setiap wanita yang nak bersalin, akan alami sendiri bahagian mereka masing-masing. So ini bahagian aku. Aku redha dan terima apa yang terjadi dengan hati terbuka. Tujuan nak bercerita bukan nak menyalahkan sesiapa, mungkin takdir dah tertulis sedemikian rupa.


Jumaat 3 may 2013 - 38 weeks 2 days

Sepatutnya hari ini aku ada checkup dengan doktor. Tak sangka lain yang jadinya. Pagi itu bermula tepat jam 4.30pagi yang mana aku dah mula tak boleh tidur tiap kali contraction datang. Cuma nak tahan tu tak adalah teruk sangat. Umpama macam sengugut aku tiap bulan sakitnya. Habis contraction aku boleh tidur semula. So tidur-tidur ayam sahajalah. Dalam pukul 6, nurse datang untuk check BP aku. Nurse siap tanya lagi aku boleh tahan ke sakit dan offer lagi untuk bagi ubat. Yet, aku cakap boleh tahan lagi tapi kalau tak tahan sangat baru aku minta. Nurse bagitahu nanti dorang akan masukkan ubat untuk keluarkan najis. Dalam pukul 7 sarapan datang then makan dengan harapan untuk kumpul tenaga untuk push-push. Lepas tu aku mandi dan tunggu nurse datang untuk bagi ubat tu. Ubat tu masuk ikut bontot. Tapi penangan ubat tu, terus membuang sampai perut terasa kosong. Kemudian aku tunggu nurse datang untuk bawa masuk ke dalam labor room. Sempat minta maaf kat suami sebelum masuk dalam. Masa ni suami belum dibenarkan masuk ke dalam labor room lagi.


Anggaran hampir pukul 9 pagi aku dah ditolak masuk ke labor room. Terus dorang pasang alat ctg untuk monitor contraction dan heart beat baby. Boring dan lama gila terbaring atas katil. Nurse berkali-kali tanya aku ada ambil air selusuh ke tak. Dorang larang ambil. Aku ni nak cari air zam zam pun tak sempat, inikan cari air selusuh. Sebab contraction aku tinggi. Cuma sempat makan kurma 3 biji sebelum admit. Then masuk midwife untuk check bukaan aku. Aktiviti seluk menyeluk bermula. Bukaan dah 3cm. Ala, dari malam tadi sampai pagi tu baru 3cm. So midwife bagi anggaran kemungkinan petang aku akan bersalin. Kemudian suami pun masuk tengok keadaan aku. Dia bagitahu parent aku dah sampai masa tu, cuma aku tak berkesempatan untuk jumpa dorang. Suami suruh dorang pulang dulu dan datang lepas solat jumaat. Anggaran masa kemungkinan yang aku akan bersalin.


Dalam pukul 10 lebih, nurse dah datang untuk pecahkan air ketuban aku. Tiba-tiba rasa panas dan rasa air mengalir. Cuma aku bayangkan air ketuban tu banyak tapi tak. Dalam pada itu, nurse bagitahu yang baby dah mula berak sebab masa pecahkan, najis baby dah keluar bersama. Aku dah cuak. Sambil tu doa nabi yunus aku baca berulang kali. Lepas dah pecahkan air ketuban, kali ni nurse yang cek bukaan aku dah 5cm. Masa tu aku dah minta ubat pethidine dekat nurse sebab rasanya macam tak mampu nak tahan sakit tiap kali contraction datang. Sambil tu aku dan suami sibuk monitor jantung baby dan contraction aku.


Lama juga menunggu sambil berbaring sebab wayar dah berselirat. Aku panggil nurse sebab nak terkucil sangat. Aku pun heran awat nurse tak suruh aku pergi toilet untuk kencing. Tiba-tiba nurse bawa keluar 1 tiub panjang. Tiub tu digunakan untuk keluarkan air kencing aku. Peh, sakit okay! Lagi-lagi bila nak tarik keluar tiub tu. 2 kali incident tu berlaku sebelum aku bersalin. Kali ke 3 aku nak terkucil, tengok nurse bawa keluar tiub, terus aku cakap tak apalah saya tahan. Sakitlah guna tiub tu. That time tunggu masa nak masuk wad balik lepas bersalin. Serik! Banyak kali nak terkucil sebab aku dihidrated sangat sampai kering bibir then suami request air untuk minum kat nurse. Memang aku dahaga sangat-sangat masa tu.


Dalam pukul 12 tengahari doktor datang check bukaan aku, tapi still yang sama which is 5cm. Terus aku dimasukkan drip untuk dicepatkan bukaan dan juga masukkan ubat pethidine yang aku minta. Sakit betul bila masukkan ubat dan drip tu. Tapi lepas tu tiap kali contraction, aku mampu bertahan. Sakitnya tetap ada cuma tak sekuat yang aku imagine. Sambil tu boleh lagi gelak-gelak dan sembang dengan suami. Dalam masa yang sama ada 1 pasangan yang tengah menanti juga baby dorang. Kebetulan aku ada kat situ, aku boleh dengar jeritan saat nak teran baby. Suami cepat-cepat tutup telinga aku tak bagi dengar. Katanya takut aku cuak dan tak ada semangat pula. Dengar tu memang cuak sebab tak tahu apa cerita aku pula nanti. Tiba-tiba aku terfikir macam mana aku nak teran kejap lagi. Ilmu di dada tak cukup. Risau kena marah sebab tak pandai teran.



Dalam pukul 2 selepas doktor selesaikan 1 pasangan tadi, doktor aku datang untuk check bukaan aku semula. Baru 8cm. Doktor aku dah bagi hint janganlah berlarutan sampai asar. Terus terdetik kat kepala aku, lepas asar tu maksudnya kena czer la. Masa tu dah cuak. Yelah, baby pun dah start berak dalam kandungan. Bacaan ctg pun kitorang tengok dah lain macam. Especially jantung baby. Cuma masa tu aku tak mahu fikir bukan-bukan. Berdoa harap aku dan baby selamat.



Once dah masuk 8cm tu, ubat tahan sakit tadi dah habis aku rasa sebab masa tu betul-betul dapat rasa contraction maha dasyat. Nurse suruh aku hidu gas tu, tapi tak jalan. Sampai 3 4 kali aku suruh suami panggil nurse sebab rasa nak macam terberak sangat-sangat. Bila nurse datang check, katanya belum lagi. Sampai suami pun malas nak layan sebab kejap-kejap cari nurse. Then ada 1 tahap yang memang aku tak tahan sangat sampai terjerit kat suami suruh panggil nurse juga.


Then midwife seluk dan suruh aku push sikit sebab dia dah rasa kepala baby. So that time, terus situasi berubah, doktor dan nurse masuk ramai-ramai. Suami aku dah ada kat belakang aku bagi kata-kata semangat. Serius aku katakan, aku tak tahu nak push macam mana time tu. Nasib baik dorang bagitahu dan ajar untuk push yang betul. Masa push kepala rapatkan kat dada, jangan angkat bontot, tarik nafas, push macam nak terberak, jangan keluarkan bunyi. Doktor siap pesan kat aku, bila kepala baby dah keluar, stop push. Suami cakap baby masa tu disedut. Lepas tu baru aku dengar bunyi baby nangis. Aku rasa kali ke 3 push baru baby keluar. Suami cakap aku push masa tak ada contraction. Masa tu tak ingat apa-apa, aku dapat rasa sikit contraction then push sebab doktor cakap baby dah berak lagi sekali. Masa bila kat bawah tu kena gunting pun aku tak rasa. Rasa Sakit bersalin lagi kuat. Masa tu ingat nak keluarkan baby cepat-cepat. Lagi 1, masa nak push tu mata aku terpandang cerita kat tv. Rasa nak suruh nurse tutup sebab menganggu konsentrasi aku. Last-last pejam mata baru boleh push dengan betul.



Alhamdulilah tepat jam 3.08petang, amir amjad pun selamat dilahirkan. Ya Allah, Tuhan saja yang tahu perasaan masa tu. Then doktor letakkan baby atas dada aku, perasaan masa tu tengok anak kita mata dah buka pandang direct pada kita menyebabkan aku terus menangis teresak-esak. Hehe. Kelakar bila fikir time tu. Masa tu nampak baby amjad biru badan dia. Doktor masa tu tengah jahit balik bahagian bawah boleh tegur aku kenapa aku menangis, patut cakaplah alhamdulilah. Huuuu alhamdulilah huuu. Menangis lagi time tu. Hihi. Then doktor keluarkan darah beku. Huh, masa doktor buat, aku dapat rasa tangan doktor seluk tarik keluarkan darah beku seketul-ketul. Masa jahit tu tadi dekat hujung-hujung nak habis baru rasa sakit macam kena gigit semua. Eh sakit beranak lagi sakit tau. Setakat jahit tu hujung jari je. Baby pun dibersihkan dan nurse bagi kat hubby untuk di azankan. Suami bawa baby untuk tunjuk kat aku. Suami senyum terus cium dahi. Macam tak caya wei ada anak dah.



Selalu aku baca pengalaman orang, lepas bersalin dorang anak biarkan dalam labor room untuk rehat dan tidur. Tapi kes aku tak. dah setel semua, terus duduk kat wheelchair dan ditolak masuk wad balik. Maybe sebab labor room dan wad sebelah saja. Nurse suruh aku rehat kat wad saja. Keluar dari labor room terus nampak mama. Hehe. Senyum saja. Perasaan rasa lain macam tengok perut dah kecik. Macam rasa babymoon. Baby yang dikandung 38minggu 2 hari dah keluar dan ada depan mata. Mula-mula masa teran rasa tak sanggup nak bersalin lagi. Tapi sebaliknya. Rasa macam orang baru. Suci dari dosa.



Alamak, rasa panjang lagi cerita aku ni. Sambung episod 3 lah. Nanti aku cerita kenapa aku mula susu kan amjad masa hari ke 2. Aku discharge pada hari ke 3. Selalu kalau bersalin normal, besoknya boleh discharge dah. Kesian amjad tak dapat jadi baby fully bf atas masalah yang tak dapat dielakkan. Tunggu.


To be continued......

1 comment:

  1. baca kisah epa teringat kisah sendiri. lebih kurang kita, baby dah berak dalam perut wuwuw sikit lg kena czer.syukur diberi rezeki bersalin normal.

    ReplyDelete