Kronologi Pengalaman bersalin baby AA (ep1)

Assalamualaikum

Ehem. Tengah ambil mood nak bercerita pasal pengalaman sendiri bersalin. Almaklumlah, selama ni kerja google pengalaman orang untuk dijadikan panduan masa depan. Tapi harapan, masa nak beranak, hilang semua ilmu di dada. Tahu nak push-push tak sabar baby nak keluar. Bila diri sendiri dah alami, baru aku sedar bahawa setiap orang akan merasai sendiri pengalaman dan bahagian masing-masing. Ada yang sakitnya kejap, ada sakitnya lama. Ada yang diuji selepas bersalin dan ada yang diuji sebelum bersalin. Tapi bagi aku semuanya kenangan terindah dan tak akan aku lupa sampai bila-bila. Sebab tu nak buat coretan dalam blog sendiri.

Ahad 28 april 2013 - 37 weeks 4 days

Tak tau kenapa aku beriya nak ajak suami pergi ikea sambil hasut suruh beli almari kaca untuk dia simpan koleksi dia. Sambil tu nak try luck boleh makan ikea meatball tak. Huh, ramai gila orang. End up, dah bersalin pun tak dapat merasa. Nasib baik Amjad tak meleleh air liur. Boleh tahan banyak barang kami shopping. Singgah tesco mencari troley sebab suami sorang nak tolong angkat barang ke atas. Awok dengan perut besar susah sikit. Dalam pukul 11malam kami setel susah payah mengangkat barang-barang shopping. Dengan almari kaca seberat 40kg. Suami rajin pula sambung nak pasang barang-barang tu. Aku? Dah flat. Pengsan.

Isnin 29 april 2013 - 37 weeks 5 days

Mungkin kepenatan semalam tak habis, aku dah mula rasa semacam. Call suami cakap tak sedap badan. Perut pun sakit. Aku tidur kat surau sebab tak larat sangat. So assume braxton hick la kot. Abaikan sebab tak keluar tanda or apa-apa.

Selasa 30 april 2013 - 37 weeks 6 days

Still lagi merasai sakit perut dan kadang kala perut mengeras. Cuma tak kerap. Abaikan dan pergi kerja macam biasa.

Rabu 1 may 2013 - 38 weeks

Kami suami isteri dah bincang tak mahu keluar nak lepak kat rumah kemas rumah. Untuk sambut orang baru sekali. Cuti hari pekerja dimanfaatkan betul-betul. Suami susun atur perabot, aku tolong sapu dan adjust mana-mana patut. Rumah pun kemas. Time tu sakit still ada cuma aku still boleh control lagi. Buat relax. Malam pergi rumah MIL.MIL siap usap perut dan cucuk kaki aku cakap kaki aku dah bengkak. Sempat bagitahu dah start rasa sakit-sakit tapi mampu tahan lagi. On the way balik, singgah makan satay hj samuri. Lepas kempunan. Balik dengan senang hati.

Khamis 2 may 2013 - 38 weeks 1 day

Pergi kerja macam biasa. Alkisahnya, aku plan untuk start cuti 6hb nanti. Sebab kerja pun belum handover lagi. Plus kena siapkan report dulu. Mujur aku sent email report awal. So tak tertangguh kerja aku. So pagi tu, aku sempat gak la brief opismate aku yang take over kerja aku nanti. Setel tu turun bawah sebab dorang ada buat makan-makan sempena our CEO datang ampang. Sempat aku mentekedarah kambing. (Sambung balik, tadi anak merengek. Sekarang keutamaan anak saja lah) Dalam pada masa yang sama, akak-akak kat opis bagi petua nak senang bersalin. Lepas tu duduk opis sampai la balik.

Around pukul 4 petang, aku pergi toilet nak shi shi, sekali tengok ada brownish discharge plus blood. Alamak, nak bersalin dah ke? Bagitahu member opis, dorang lagi cuak dari aku. Sempat call suami dan mama. Mama cakap aku dah nak bersalin lah tu. Suami suruh pulang cepat. Member opis tanya aku boleh ke bawa kereta. Aku jawab, nak tak nak kena la bawa balik. Siapa pulak nak datang ambil kan? Lagipun anak first, mesti lambat. So jangan cuak dan take your time. Pukul 5 dah ajak member opis gerak balik. Takut sangkut kat jem pula kat area mrr2 tu. So gigihlah aku drive balik kereta dari ampang ke shah alam. Alhamdulilah nasib aku baik sangat-sangat sebab jalan clear. Lagipun mungkin ramai yang ambil cuti panjang sebab nak mengundi kan hujung minggu tu. Dalam kereta aku duk kira contraction which is every 5 min. Sent report kat suami. Suami pun risau gak sebab drive sorang diri.

Sampai rumah aku sempat mandi, makan, siapkan beg aku kalau-kalau rasa nak masuk hospital malam tu. Mama dah start cuak suruh kami tidur rumah dia. Sebab hospital dengan rumah dia dekat sahaja. Mula-mula aku plan esok pagi. Lepas tu suami tengok muka aku dah pucat sebab tahan sakit, dia ajak pergi rumah mama. Dalam pukul 9 lebih kami dah angkut beg letak dalam kereta untuk gerak pi rumah mama. Suami cakap kalau tak tahan sangat masuk je wad. Aku ni cuak nak tidur hospital. Sebab tu lengah-lengahkan masa. Bajet boleh tahan.

Sambil lepak rumah mama, aku pantau contraction aku still yang sama, every 5 min. Sakit dia pula makin bertambah. Dalam pukul 10.30malam aku cakap kat suami dan mama nak pergi check dengan hospital. Agak-agak kalau ok lagi, minta balik rumah dulu dah sakit teruk baru datang balik. Sampai hospital, terus pergi kaunter emergency 24 hours bagitahu dah keluar tanda. Tunggu sekejap sampai nurse labor room datang, terus check ctg. Ctg value pun kuat terus midwife seluk. Okay, 1st time kena seluk, boleh tahan sakit wo. Tapi petua dia, time nak seluk tu kena tarik dan lepas nafas dalam-dalam and it should be okay. Tanya midwife dah buka berapa, terus dijawab 1cm. So nampaknya memang kena admit terus. Midwife offer ubat pethidine dekat aku in case aku tak boleh tahan. Tapi aku refuse lagi sebab still boleh tahan. Bukan apa, midwife cakap contraction aku agak tinggi. Oh, pethidine termasuk dalam package bersalin kat situ. Once betul-betul dah kena admit, suami terus pergi bayar booking, then aku prepare untuk masuk wad.

Around pukul 11 aku terus ditempatkan di bilik single room. Then aku request kat nurse untuk tukar ke bilik double yang kosong sebab senang suami nak tidur kat katil kosong tu. Tak payah susah-susah nak bawa toto etc. Sementara untuk tukar bilik, dah call famili siap-siap bagitahu dah kena admit. Kemungkinan nurse jangka bersalin besok pagi pukul 10 or 11 pagi.

So malam tu, 1st time tidur di hospital. Tapi ada encik suami lah teman. Dengan sakit contraction yang aku still boleh tahan lagi. So far tidur masih nyenyak lagi la.

Alamak, anak dah jaga nak susu. Memandangkan aku rasa panjang lagi cerita ni. So sambung di episod ke 2 la....

Will be continued...

3 comments: