Perkembangan baby 35 weeks 0 days





Assalamualaikum






Dalam keadaan bermalas ini, aku paksakan diri untuk update blog. Kali ini nak cerita perkembangan dak kecik dalam perut ni. Sedia maklum, kami tak sempat nak buat scan 4D nak tengok budak ni. Sebab sejak dari scan biasa tu, bila doktor nak ambil gambar muka, mesti dia tutup muka dengan tangan. Paksa, tolak-tolak tangan tak mahu beralihnya. Plus sejak peristiwa bleeding pun, rasanya budget pun lari sikit. So kami pun assume la, kita tunggula sampai dia lahir. Dia pun macam malu-malu nak tunjuk mukanya. Agak-agak ikut muka ibu or abah ye?






Sejak nak masuk 35w ni, baby pun makin kerap mengeras. Jenuh pujuk baby jangan mengeras sangat sebab ibu sangat tak selesa. Lagi satu kalau tak dapat dengar suara abah dia or abah tak tegur dia bila balik dari kerja, memang protes mengeraskan diri juga. Mak aii, belum keluar dah geng dengan abah. hehe. dapat dengar suara abah, berombak perut seronok.






Lagi satu perangai baby ni, kalau masuk dalam kereta for sure akan dengar lagu kan? terus bergerak-gerak sampai berombak perut. itu yang rasa baby ni suka dengar lagu. haha.






Sekarang ni aku pun makin malas dan makin berat dan susah nak berjalan. Kaki sakit. Rasanya nak kembang-kembang jari kaki ni hah. Tapi ada time aku sanggup jalan nak pergi shopping. tengok mood juga. Kalau drive jauh, nak keluar kereta confrim bercinta. Sakit woo.






Starting 32w ke atas, bila malam je aku bising kat suami cakap panas. berpeluh-peluh woo tidur malam. Pagi bangun mesti nak cuci rambut. Padahal kipas buka sampai 5 speed pun aku still rasa panas. Cuma sekarang dah makin berkurangan la. Cuma berpeluh tu still ada. Pinggang sakit memang tak ingat. Terlentang jauh sekali. Cuma aku tak boleh mengiring kiri lama-lama. Nak ubah posisi mengiring dari kiri ke kanan sampai perlukan bantuan dari suami. 






Aku rasa lepas beranak for sure aku akan miss all this pregnancy moment. Kalau kadang-kadang sakit ni sampai aku tak tahan until menangis (suami cukup marah sebab katanya manjakan sangat diri tu) Tapi itula caranya untuk aku legakan kesakitan. Bukan merungut tapi aku enjoy every moment tu. Serius, tak pernah terlintas untuk merungut. Alhamdulilah sebab aku berpeluang untuk rasakan. Dengan ini aku sendiri dapat betul-betul hargai parent aku sendiri. Susah senang perit getir nak membesarkan anak-anak mereka. Aku rasa aku takkan serik untuk mengandung lagi.







Sekarang aku tengah kumpulkan kekuatan untuk melalui proses bersalin. Doakan kawan-kawan semoga semuanya selamat. 80% dah bersedia dari segi mental dan fizikal.Cuak takut mestilah ada. Harap aku dapat lalui dengan jayanya. Baby, please keluar normal ye? yeay!





Sekian.


8 comments:

  1. Good Luck Efa ! Sayu hati bile Epa cakap nnges time saket. Same with me. nnges time rs sakit. Suami selalu ckp kite mnja. Tpi, that is just nak kurngkan sakit.. Kite br 25weeks.. Berdebar2 pun ade..

    ReplyDelete
    Replies
    1. good luck juga untuk awak. skng ni rsnye nak kumpul kekuatan ni. tgk ramai kawan-kawan yg dah selamat, insyallah, byk2 zikir la nnt

      Delete
  2. sama, sekarang pun perut selalu mengeras gak.. kalau salah posisi rasa sakit.. kena gosok2 dan ubah posisi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau start mengeras, mmg xleh buat apa kan...

      Delete
  3. Good Luck Epa...
    baby dah ada ciri2 anak manja abah je... ahakz!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq diyana. hehe itula..anak manja abah ni.

      Delete
  4. anak abah ni. harap2 muka hensem cam abahnya juga

    ReplyDelete