Coretan Mak buyung yang macam penguin pada minggu ke 34





Assalamualaikum





Tajuk macam perli diri sendiri kan? Bukan itu sahaja, suami pun makin suka mengajuk cara aku jalan. Bos aku pun sama. Sabar jela. Hari ini hari Isnin. Confrim monday blues. So update lah blog. Mood makin malas bekerja dah ni. Aku dah mulai rasa penat dan malas nak pergi kerja. Sekarang pun dah masuk 8 bulan setengah. Tengah mengumpul kekuatan nak bersalin. Cuak pun ada. Beberapa hari lepas dengan mamai-mamai suami tanya dah prepare nak bersalin ke? Jawapan? aku dah bersedia 90% Rasanya bila dah habis bersalin kut baru rasa 100% cuak weh!




Last checkup haritu, alhamdulilah, progress baby ok. Ibu pun ok. Cuma doktor cakap baby Besar! Baru 8 bulan, baby dah 2 kg. Doktor tanya aku ada kencing manis ke? Aku cakap tak ada, sebab everytime checkup kat KK, normal. Alhamdulilah tak pernah kena minum air gula pun. Kalau 9 bulan mahu 3kg. Cuak gak nak lahir baby lebih 3kg. huahuahua. So doktor cakap kalau naik mendadak lagi, aku kena control makan la. Jangan makan nasi banyak sangat. Makan roti gandum, not white bread, etc.





Ops, this wednesday birthday bakal abah aka my suami yang tersayang! Tahun ni tak tahu la nak bagi suprise apa. Si isteri dah makin sarat. Tapi yang mampu hanya ambil annual leave untuk spend time dengan suami tercinta. Sambil tu checkup la. apa lagi. Ibu dan abah nak tengok gelagat budak yang selalu bikin onar dalam perut ibu ni. hehe.




oh, aktiviti di hujung minggu, sabtu lepas kami pergi wedding di seremban dan melaka. Jauh berjalan. lepas ni dah tak jalan jauh dah. Baby pun seronok bila bab jalan-jalan ni. Dalam kereta berjoget sakan. Bila sampai kenduri diam seribu bahasa. Rasa terbuai-buai kut. Dapat makan pulak tu. memang tidur la. Then balik terus shoot pergi jusco bukit tinggi. Sebab abahnya nak cari baju. Shopping. Bestnya tengok abah dia shopping, ibu geget jari sahaja lah. Tak sabar nak habis pantang, akan ku shopping sungguh-sungguh. Konon nak gagahkan diri juga, balik dari situ terus flat. Hambik ko! on sunday, whole day duduk lepak kat rumah sambil tengok tv, tidur dan masak-masak. Malas giler nak keluar. Penat tak hilang.




Barang baby dah selamat di cuci. Nak masuk dalam beg aje belum. Sebab confius nak isi apa. Tertangguh lagi la nampaknya. Barang baby kebanyakkan dah settle. Itupun ada hati nak tambah beli lagi. Awal-awal dah kena sound dengan suami.


4 comments:

  1. eh, sabtu kat jusco bukit tinggi?
    saya pun ada jln2 kat sana... xde rezeki kita nak jumpa lg kan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeee. hehehe itula xde rezeki nak jumpa. epa kat sana petang sampai kul 8 lebih kut. tapi tak merayau sgt pon. mak buyung kaki sakit. kejap2 duduk :)

      Delete
  2. epaa! cepat pack baju! heheh
    tau xpe rasa mcm nk je beli mcm2 brg baby kann


    hahah same! tggu abes pantang nk shopping abis-abisan! tak puas hati xdpt shopping nii wuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, aiyooo, malasnya nak pack baju. kalau dh pack should start panic kut...cuaknye nak beranakkkk!! tolonggg! ;)

      Delete