37weeks inside my womb.





Hari ini genap 37 weeks so dah boleh consider full term baby! Baby anytime boleh keluar! Alhamdulilah, tak sangka dapat juga harung proses hamil sampai ke saat ini. Kami suami isteri dah tak sabar nak jumpa si kecik dalam perut ni. Sekarang makin kerap mengeras. Nak suruh abah dia pujuk hari-hari. 






Nama? Sampai sekarang aku tak tahu nama apa yang encik suami fikir. Dia gunakan kuasa veto sebab nanti dia yang pergi register nama baby. Just yang kami decide nama baby should be AA. AA apakah? Jenuh tanya, tetap encik suami tak mahu bagitau, suruh tunggu je nanti. But aku sure baby dan aku mesti okay je dengan nama pilihan tu. Yang penting AA ok! Laki or perempuan sama je pangkal nama.






Nah, tengok perut aku masa minggu 35. Sekarang lagi besar. Baby udah 2.7kg last week checkup. Next week ada checkup pulak. Tengok berapa naik, sebab berat ibu tak naik dah. Ibu maintain.








Barang baby dah siap pack, cuma belum masuk dalam kereta. Barang ibu still hold. Hope baby nak keluar sila beri hint pada ibu abah, senang nak bersiap. Hospital dan rumah pun dekat. Tapi tempat kerja jauh. Tengok lah once kerja office siap, awal may aku cuti. 







Kawan-kawan doakan semuanya selamat ye? Kesempatan ni nak minta maaf la kalau ada buat kawan-kawan alam maya terguris hati ke dengan coretan aku selama ni. Rasanya mungkin next entri dah ubah jadi entri mak mak pulak kan? Doakan aku kuat dan tabah nak harung proses bersalin. Harap tak ada apa-apa masalah, insyallah. 






Jumpa nanti!
 

10 comments:

  1. moga dipermudahkan dear...
    xsbr tgk the AA baby ;)

    ReplyDelete
  2. amboi..guna kuasa veto nmpak?hehe..mana aci cmtu..kite pnt nak lahirkan baby tau.hehe..apa2 pon xkisahla..asalkan maknanya baik kan? AA? Meh kite teka?:)

    ReplyDelete
  3. maybe Aizat Amdan? Ainan tAsnem? haha semua nak artis je abahnya ni. ala, bg seprise la sikit

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. semoga diermudahkan semuanya epa:)

    ReplyDelete
  6. Salam..
    Sya tgh cari blog yg bole bantu sya yg baru pregnant 11 weeks. Then terjumpa blog awk. Interesting! Sya doakan awk slamat bersalin..dan dipermudahkan semuanya. Amin...

    ReplyDelete
  7. hai epa..selamat melahirkan..semoga semua selamat ye :)

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan urusan kelahiran baby AA epa! nanti dah bersalin, khabar2 kan la dekat kite..

    ReplyDelete
  9. semoga dipermudahkan epa!

    huuu good luck tau!
    tak sabar tunggu baby AA lahir hehe
    nnt pape inform tauuu
    tetmbh kite sama sepital ni
    hee

    ReplyDelete
  10. Hehe..anis hari tu cakap tak aci kalau hubby sorang yg bagi nama, sebab mama dia ada kuasa gak sebab bawa baby selama 9 bulan dalam perut :p

    Anyway semoga dipermudahkan semua perjalan epa untuk deliver baby AA nanti ya. Wish u all the best! =)

    ReplyDelete