Hasil Checkup 30 minggu di KK






Assalamualaikum 






Yeah, kita ketemu lagi dalam rancangan hasil checkup anda. ni hasil checkup masa minggu ke 30. Baru sampai ilham untuk update. Malas. Checkup kat KK. Macam biasa, checkup untuk ibu lah. Yang bestnya hb aku turun balik. Sebab stok ubat iron habis 1 minggu yang lepas. Kena marah dengan nurse. ditanya, awat tak datang je ambil. hehe. Mana aku tau. So nurse bagi stok untuk 1 bulan terus. Obimin aku dapat 1 botol lagi. Total 2 botol yang tak berusik. banyak. Nampaknya macam tak boleh stop until beranak. 






Sekarang dah masuk 8 bulan! Cuaknya! dah nak beranak ni. Perut dan jalan dah makin berat. Macam penguin dah! Memandangkan kandungan dah masuk 8 bulan, lepas ni checkup akan mulai 2 minggu sekali. So aku dah inform kat nurse KK untuk stop checkup kat sana. Nak continue ke private. Yes! final decision! bersalin kat private juga akhirnya. Doakan bersalin secara normal, amin! Yelah, sama je procedure, so better fokus pada 1. nanti dah masuk 9 months, kena 1 minggu sekali pulak. 







Kemungkinan aku nak ambil cuti awal. Memandangkan lokasi tempat kerja dan rumah serta hospital bersalin jauh, kenalah consider itu. Kalau tak mahu bersalin ku di dalam kereta. oh, tidak! 







Lagi nak cerita pasal apa ye? oh hujung minggu ni ada checkup dengan private. so tunggu jela next cerita. idea dah tak ada. 








oh, baju baby dah start dobi. eh baru separuh okay! dobi lampin dulu. Sebab ampaian pun kecil. Lampin pun dah 2 dozen. Baju baby 1 baldi. haha. beli sikit-sikit lama-lama jadi bukit. memang bukit dah pun. 






Sekian.