Cake in jar - Red Velvet




Bagi sesiapa yang berminta membuat tempahan cenderamata, doorgift atau chocolate booth untuk majlis perkahwinan, tunang atau hari jadi ada PROMOTION 'CAKE IN JAR - RED VELVET' dengan harga serendah RM7.50 sahaja per jar!!



Cepat cepat buat tempahan anda sebelum terlambat!!!


Minimum order 6 Jar (RM7.50 per jar)


Berminat? Boleh la hubungi atau SMS ke 013 2023488 atau email ke triolicious@gmail.com




CAKE IN JAR RED VELVET RM7.50 TEMPAH SEKARANG!!!!
CAKE IN JAR RED VELVET RM7.50 TEMPAH SEKARANG!!!!
CAKE IN JAR RED VELVET RM7.50 TEMPAH SEKARANG!!!!
CAKE IN JAR RED VELVET RM7.50 TEMPAH SEKARANG!!!!
CAKE IN JAR RED VELVET RM7.50 TEMPAH SEKARANG!!!!


P/s: Pick up point around Shah Alam sahaja



** Setiap tempahan elok sekiranya dibuat 3 hari awal
** 50% deposit diperlukan jika berminat

Baby Expo Pilihan 2013






Assalamualaikum


Berikut adalah beberapa (sebenarnya ada 3 saja) pilihan baby expo yang berkemungkinan untuk aku terjah. wah! tak sedar diri. Sempat nak pergi expo. Menjadi pilihan memandangkan kesenangan dan tak perlu susah payah kesana sebab boleh heret suami pergi sekali (alasan) 




Boleh survey stroller (lambat lagi nak beli) or baju baby



Ni macam confrim nak pergi sebab dekat dengan tempat kerja suami. Ramai yang rembat baby coat murah-murah kat sini.




Ni banyak pampers baby yang murah-murah


Pregnancy Experience: Minor Bleeding





Assalamualaikum





Selamat kembali cik puan Epa! Heaven dapat MC sampai 5 hari. Heaven amende nya pulak?! tengok tajuk dah scary wei! selalu baca experience orang, sekali kena batang hidung sendiri, cuak tak terhingga sampai tak tahu nak buat apa. Alkisahnya terjadi masa hari khamis. 1 hari selepas schedule checkup aku macam biasa. 2 weeks checkup sebab hb aku turun di KK dan every month checkup kat private. Alhamdulilah, during both checkup, hb aku dah naik dari 10.3 naik ke 10.5. Next week ada lagi checkup. Minta-minta naiklah sampai 11 sebab aku dah tak larat nak cuti. Sebab balik checkup dari KK confirm penat gila. Tak larat nak drive pergi ampang. Aku pun dah start plan, maybe akan stop checkup kat KK once dah masuk 8 month kut. 





Syukur sangat-sangat bila fibroid aku mulai mengecil sebab ikut rahim yang makin membesar. Kepala baby pun boleh masuk lepasi fibroid. Insyallah kalau keadaan macam tu, boleh bersalin secara normal. PRAY! nak sangat-sangat beranak normal. Amin!





ok. cukup kisahnya di situ. 





So on Khamis aku pun pergi kerja macam biasa. Boleh pulak kat office tak ada orang. Memang best la melepak sorang-sorang. Tapi time baru sampai office, memang destinasi wajib singgah di toilet. Tengok kat panties ada brownish effect macam nak habis period. Mood cuak. Kenapa jadi macam tu? Lama juga bertafakur dalam toilet tu. Check lagi sekali guna tisu, still ada lagi. dada dah berdegup laju. Alamak, aku nak beranak ke? Tapi baru this week nak masuk 28 weeks.






Balik dari toilet pun jalan slow-slow sambil pegang perut. Terus call mama tanya kenapa jadi macam tu. Mama cakap takkan aku dah nak beranak kut. So mama suruh pantau balik malam karang. Tengok kalau-kalau ada keluar lagi. Terus call hubby bagitahu. Hubby siap call MIL tanya. semuanya cakap suruh pantau dulu. So relaxkan diri sambil surf internat cari info. Tanya kawan-kawan. Rata-rata cakap, petanda tak elok kalau dah start keluar simpton tu. tenangkan diri, terus lepak surau tidur. Badan aku jadi lemah gila time tu. lenguh-lenguh. Ingatkan kut-kut kena braxton hicks. Alhamdulilah, perut tak mengeras or tak ada pun contraction.







pergi makan lunch kejap. Nanti sambung. Sambung balik, bukan lepas lunch, tapi esoknya. hehe.






Then ingatkan malam dah ok. sebab bleeding tak keluar lagi. Malam time magrib sekali keluar lagi. kali ini dengan bau blood juga. dah mulai cuak. Bagitahu kat husband nak pergi jumpa doktor juga malam tu. Kami siap ambil gambar nak tunjuk kat doktor nanti. Dah siap-siap, last minute tukar plan. Pergi besok pagi jelah. Sebab nak jumpa doktor gynea aku sendiri. Senang urusan dengan dia terus, boleh dia rekod all pregnancy issue aku. sambil tu boleh ambil MC juga. Call mama bagitahu, cakap nak pergi besok pagi. BBM kakak kat office, suggest better pergi je terus jumpa doktor. Aku bukan apa, takut nak hadap apa yang doktor nak cakap nanti. risau!






Then tomorrow morning, still ada keluar discharge lagi, cuma brownish color. Bukan macam malam tadi. Berkeras nak jumpa doktor. Bos pula pagi-pagi dah sms bagitahu ada site visit. So terpaksa cancel dan bagitahu aku kena bleeding. Pagi terus cabut pergi rumah mama, then set appointment nak jumpa doktor, malangnya doktor aku available petang. Betul-betul lepas solat jumaat, terus daftar diri sebab tak ada appointment plus kes emergency. Nurse pun heran jumpa aku balik lepas checkup kelmarin.






Nasib baik husband dapat pelepasan untuk teman aku jumpa doktor. Tunjuk kat doktor gambar semalam, terus doktor suruh scan. Habis digodek perut aku. Alhamdulilah, baby pun still ok dan makin lasak. Doktor sendiri pun admit. Lasak sangat anak awak ni. Tengah scan boleh dia tendang perut. Abah dia siap nampak tapak kaki anak dia kat skrin. hehe. Check plasenta, rupa-rupanya plasenta yang hujung sekali dekat dengan vagina ada detachment sedikit. tak lekat dalam 1 cm. Sebab tu ada bleeding. Tapi doktor consider old blood sebab color brownish. Kemungkinan darah lama yang nak keluar. So next appointment within 2 weeks time untuk lihat detachment dah bersambung balik dengan dinding rahim. Doa-doalah semuanya baik-baik sahaja. Bukan apa, takut premature birth pula. Aku tanya juga kut kut terkena placenta previa. Doktor terus cakap bukan sebab plasenta awak elok berada di atas rahim. kedudukan yang betul. Alhamdulilah. Fibroid pun bukan pun bleeding aku, sebab fibroid aku ni minor kes. Kecil. Alhamdulilah lagi.






Doktor ada suggest untuk buat vagina checking, masuk jalan bawah nak ambil spesimen. Awal-awal aku tolak, sebab takut kut! kena seluk. euw! doktor pun cakap 'malas nak mengangkang la tu'. sengih jelah. Tapi its should be okay sebab dari scan pun doktor dah boleh detect problem dia. Doktor cakap ada sebab benda ini terjadi. Maybe pergerakan baby yang terlalu aktif. Tapi aku rasa maybe sebab terlampau banyak berjalan. Cuti CNY berjalan shopping tak ingat dunia. Dari sabtu malam pergi tengok midnight movie, then ahad pagi pergi jalan ikea, the store sg buloh, shopping barang baby. lepak kat kg kuang. then sambung shopping barang baby kat JJ bukit raja. Monday pula turun naik lowyat dan times square. Jalan sakan. Sekarang dah serik! huhu.







Doktor beri aku MC 5 hari untuk rehat sepuas-puasnya. Memang tak jalan mana, lepak rumah mama tidur saja. Doktor dah sound kami awal-awal jangan pergi shopping. hehe. Alhamdulilah, until now still keluar lagi. Cuma discharge dah makin cair warna nya. Minta-minta baik-baik sahaja la lepas ni.







Cuma sekarang aku rasa bahagian bawah aku makin berat, kadang-kadang susah nak berjalan dan berdiri betul-betul. Pelik dan risau juga ini. Pergerakan baby still ok. Normal ke nak masuk 30 weeks makin rasa sakit area situ? Sebab haritu scan pun kepala baby elok masuk dalam laluan itu. Cuma ruang rahim masih banyak untuk dia bergerak. 7 month baby dah tak berubah kedudukan dia ke?