Reception day at Dewan Sirim Shah Alam [Review]




Assalamualaikum






Anak dah 5 bulan lebih dalam kandungan. Usia wedding pun dah 6 bulan lebih, baru menggedik nak review pasal wedding day. Sorrylah, mood pasal wedding semuanya ke laut. Seronok sangat kahwin, lepas beban buat preparation, so lepas wedding day terus nak rehat serehat-rehatnya. Mehlah aku buat rangkuman mengenai reception day aku. Sekali harung. Sebab lepas ni tak tahu la bila nak update pasal wedding lagi. Almaklumlah, banyak update pasal baby :)






Pelamin

Pelamin aku masih vendor yang sama dengan pelamin nikah. Dengan akak ni aku amik package wedding including makeup, pelamin, baju, aksesori masa sanding dan bertandang. Untuk nikah amik pelamin sahaja. Tema aku time sanding which is tradisional. Guna kombinasi warna kuning, cream dan merah. Betul-betul rakyat selangor. cuma lebihkan kuning minta kurangkan merah sebab pelamin tunang dulu dah banyak guna warna merah. Kawan-kawan ada juga tegur pelamin negeri selangor aku. hehe. Kerusi kat pelamin tu memang special request dari mama sebab katanya kerusi tu kerusi design dulu-dulu. Tak mahu kerusi jarak-jarak. Plus aku pun memang nak kerusi macam tu. oh, pelamin 3 panel yang dijarak-jarakkan sebab pentas dewan sirim tu memang besar. So aku minta jasa baik akak pelamin untuk adjust supaya pelamin nampak besar. Bunga telur ikut warna merah. Tuan rumah sediakan.

 




Baju Songket Kuning Diraja

Kami pakai songket bunga penuh. Kuning diraja. Memang betul-betul raja seharilah that time. Umpama sultan melaka dengan permaisuri gitu. Diam tak diam, lepas kenduri tu, makin ramai yang sanding guna songket. So terjadilah banyak design baru songket. Wah! So far, memang tak panas la dan cantik giler pakai songket tu. Design aku cuma kebaya dengan full aksesori. Begitu juga dengan suami. Mula-mula risau juga takut-takut tenggelam dengan warna kuning. Alhamdulilah, ambil gambar outdoor especially, nampak di highlighted dengan nature. hehe. Yang paling kelakar on that day, masa tengah berarak dari kereta nak pergi ke arah suami, boleh tercabut gelang kaki sebelah kiri or kanan. Huru hara kejap. Akhirnya aku pakai sebelah saja masa bersanding. Aku tak ingat masa bila hilang lagi sebelah gelang kaki. Sebab gelang kaki tu just lekat dengan pin baju. Kalau korang perasan juga, aku punya sanggul tu dah senget benget sebab keluar masuk kereta. Benda tu tak adalah tinggi mana, cuma susah nak adjust kepala aku bila keluar kereta. gambar kat rumah cantik la sanggul tu. Bila kat dewan, habis gambar aku dah senget. haha.







Makeup

Makeup pakej dari pelamin. request kak suri untuk makeupkan sebab dalam ramai-ramai dia makeup paling cantik. Cuma aku rasa muka nampak garang dalam makeup ni. Aku suka lagi makeup time bertanding. Still orang yang sama makeupkan.






Bunga Telur dan Doorgift

Untuk bunga telur dan doorgift, mama aku berjaya kukuskan telur selama 2 hari. Siapkan 1000 telur. Katanya kalau kukus telur boleh elakkan telur dari pecah-pecah. So better kukuskan saja. Then isi dalam doorgift ialah telur, coklat kacang tumbuk dan kurma. Memandangkan kenduri aku dekat-dekat bulan puasa, family fikirkan elok sedekahkan kurma. Isi untuk VIP dan biasa punya sama sahaja, cuma VIP ada balang kaca. Aku tak ingat ada simpan gambar doorgift or tidak.






Bridesmaid

Bridesmaid adalah dikalangan adik-adik perempuan aku. Adik lelaki cuma seorang. Dorang pakai baju warna dark purple. Actually family aku memang pakai warna dark purple. So dah alang-alang ramai adik perempuan, suruh sahaja dorang jadi pengiring aku dalam dewan. Seorang satu aku dah sediakan bunga tangan artificial untuk dorang pegang. 





Guest Book Corner 

Aku sangat rajin nak buat guest book corner untuk tetamu datang buat coretan masa wedding aku, Simple sahaja deco. Adik-adik aku yg hias. Aku cuma letak guest book, pen warna, Frame gambar 4 keping, Photobooth props dan juga last minute letak album tunang aku. Aku tak sediakan area untuk photobooth, cuma gigih membuat mask so bolehlah dorang bergambar dimerata-rata tempat. hehe. Kebanyakkan aku tengok kawan-kawan adik aku gigih menggunakannya. budak-budak sekolah suka la kut.





Walkway setting

Ada red carpet dari pihak catering. hiasan bunga tu sahaja dari package pelamin. Simple sahaja. Janji ada penyerinya. Oh ada Walkway entrance juga, dari pihak catering. Di pintu masuk dewan aku letak signage gambar pre wedding kami. Itu aku beli frame ikea yang besar size A0, design gambar buat sendiri dan hantar pergi digital printing kat section 13 shah alam. Easel pula aku beli dari online. Cadang nak sewa, tapi malangnya macam tak dapat saja. Kena KIV dulu.







Centerpiece Table deco

Centerpiece ni kalau tak silap aku just buat untuk 30 meja. Sebab dalam pakej macam tu. Tapi last minute bertambah sebab dewan tu memang sangat besar. penuh sampai ke belakang. Tapi tak sempit. Centerpiece ni aku gunakan doly paper, then print design untuk ditampalkan atas foam paper. Beli lidi yang digunakan untuk bunga telur. dan juga paper cup yang aku gigihkan warna guna dijadikan pasu bunga. bentuknya macam bunga sekuntum dalam pasu bunga. jenuh juga buat seorang-seorang. Tapi hasil berbaloi. Lastly, buang dalam tong sampah juga. haha. [nanti aku update picture, dalam copy tak adalah]






Table setting

Table cloth pakai warna kuning dan putih. Reben pun kuning diraja juga. Semuanya dari pakej catering. oh, meja aku last minute bertambah. Kalau tak salah lebih 30 meja. Sebab dewan tu sangat besar macam aku cerita sebelum ini.






Pengapit

Baju pengapit lelaki dan perempuan kami sponsor. dorang pergi hantar buat baju sendirian berhad la. dua-dua teman rapit kami.







Button badges Crew

Aku juga buat button badges untuk crew wedding aku. Design dari Chu import dari sarawak. Simple design. Then hantar buat printing kat akemi section 15 shah alam. Aku buat tak banyak, cuma 50 keping. Rasanya boleh recycle untuk next wedding. Sebab aku tak letak tarikh pun. Jimat sebabnya guna juga masa time nikah.





Wedding bunting/banner

Dulu pernah cerita pasal wedding bunting/banner. Letak banner di pintu masuk dewan. Gambar? rasanya macam tak ada. Lagi satu bunting letak di main gate sirim.


5 comments: