Mother, Baby & Kids Expo PWTC 2013




Assalamualaikum





Ini sebenarnya first time pergi expo baby, sebelum ni pergi expo kahwin, merata-rata pergi. Now experience lain pulak pergi expo baby untuk cari barang baby. Tapi sebenarnya blur juga pergi sana. Terfikir apa yang nak dicari. List dah ada, cuma malas nak tengok. Kesimpulan untuk first expo experiences, biasa sahaja. Barang-barang untuk newborn tak banyak pun. Aku mencari lampin baby yang putih tu, cuma jenama disney sahaja yang ada. Ada booth Anakku, tapi lampinnya tak ada pula. Sebab plan untuk this month mencari lampin baby. Nampaknya kena tengok dekat butik sahaja kut. Tapi dalam tak berapa best, dapat juga few barang baby dah. Nampaknya checklist dah boleh cross. hihi.





Nasib baik expo tak berapa besar, but parking FULL. Kitorang berpusing-pusing 3 4 kali untuk masuk parking. Sampai pun dalam pukul 4 petang sebab before tu kami pergi wedding kawan husband di Kajang. Then baru pecut excited nak pergi expo. Perasaan penat letak tepi kau. shopping punya pasal. Tapi balik rumah terus flat sebab, balik terus cari kek untuk sambut birthday mama malam tu.





Tapi malangnya aku tak sempat nak ambil gambar sebab semua barang baby aku dah letak siap-siap kat rumah mama. Yelah, nak berpantang kat sana. Cuma nanti nak standby barang baby untuk bawa pergi hospital sahaja. Malas nak berangkut banyak kali turun dari kayangan ke bumi. hehe. Tak apa, aku gunakan kemudahan google image sahaja lah ye?






So berikut adalah barang yang berjaya aku rembat dari expo tu. Set breastpump package Medela: Harmony Manual dari booth Onebabyworld. Harga RM299.00 murah RM19 dari harga kat butik dia. Dalam package itu dapat lah Autumnz storage bottle (10 bottle) including 5 pack Autumnz Ziplock Storage bag. Then ada 2 kotak lagi Autumnz Ziplock Storage bag (setiap kotak ada 25 pack). Dapat juga Autumnz Classic Cooling Bag (Hitam) and also Autumnz Reuseable Ice Pack (Ada 3 pack) lastly dapat 3 helai washable breast pads. Oh, dapat juga voucher RM10 untuk shopping kat butik dia. Banyak giler dapat storage untuk susu. Nampaknya nanti kenalah gigih untuk pam susu. Kena start cari petua untuk tambahkan susu. by the way, sebenarnya aim nak pergi medela swing. Auto yang murah sikit. Last-last ambil manual. Orang kata senang nak control suction kalau manual. Mama aku pula kata suruh beli manual saja, kang kena karen mengigil pulak. boleh? hehe

 

 



Second item beli which is sebenarnya first item yang dibeli. second baru breastpump. Rembat baby romper. Harga RM35 ada 5 helai. untuk newborn banyak dah habis. So beli untuk 3 bulan nya. Rasanya sama harga or murah sedikit dari GM Klang. GM Klang ada banyak choice untuk barang baby. Murah-murah. So kitorang maybe akan repeat pergi GM untuk shopping baju. Then beli set sapu tangan ada 8 helai dalam RM15.90





Pusing-pusing sebab nak aim beli lampin putih (petak). Tapi cuma ada brand disney. harga RM25. Tapi kain nipis sangat lah. So tak jadi nak ambil. Gantikan dengan Mittens and booties. Itupun tak ada choice sangat. 2 warna sahaja. untuk boys and girls. Beli 2 pasang. Harga setiap 1 RM3. 





Total kasar perbelanjaan on that day RM355.90. Parking RM5.50





Banyak baju baby sahaja lah. Brand pun tak banyak. Macam kita boleh shopping sendiri kat GM. Ada few stroller juga. Suami pun ada stroller idaman dia. Cuma kena KIV dulu la sebab benda tu boleh beli lepas pantang. Kalau nak beli awal pun baby car seat dulu rasanya. Senang nak angkut baby hantar pergi rumah tok mama dia. 





Lepas ini ada lagi pameran kat midvalley pulak. dengar-dengar cerita lagi best sebab banyak booth. 1-3 march 2013. Itupun kalau larat untuk pergi tempat ramai orang dan berasak. Kalau tak maknanya pergi shopping kat butik sahaja. Kaki tak larat nak jalan lama-lama dah. Banyak lagi barang baby yang tak lengkap. sebab baru nak mula shopping sikit-sikit.


Reception day at Dewan Sirim Shah Alam [Review]




Assalamualaikum






Anak dah 5 bulan lebih dalam kandungan. Usia wedding pun dah 6 bulan lebih, baru menggedik nak review pasal wedding day. Sorrylah, mood pasal wedding semuanya ke laut. Seronok sangat kahwin, lepas beban buat preparation, so lepas wedding day terus nak rehat serehat-rehatnya. Mehlah aku buat rangkuman mengenai reception day aku. Sekali harung. Sebab lepas ni tak tahu la bila nak update pasal wedding lagi. Almaklumlah, banyak update pasal baby :)






Pelamin

Pelamin aku masih vendor yang sama dengan pelamin nikah. Dengan akak ni aku amik package wedding including makeup, pelamin, baju, aksesori masa sanding dan bertandang. Untuk nikah amik pelamin sahaja. Tema aku time sanding which is tradisional. Guna kombinasi warna kuning, cream dan merah. Betul-betul rakyat selangor. cuma lebihkan kuning minta kurangkan merah sebab pelamin tunang dulu dah banyak guna warna merah. Kawan-kawan ada juga tegur pelamin negeri selangor aku. hehe. Kerusi kat pelamin tu memang special request dari mama sebab katanya kerusi tu kerusi design dulu-dulu. Tak mahu kerusi jarak-jarak. Plus aku pun memang nak kerusi macam tu. oh, pelamin 3 panel yang dijarak-jarakkan sebab pentas dewan sirim tu memang besar. So aku minta jasa baik akak pelamin untuk adjust supaya pelamin nampak besar. Bunga telur ikut warna merah. Tuan rumah sediakan.

 




Baju Songket Kuning Diraja

Kami pakai songket bunga penuh. Kuning diraja. Memang betul-betul raja seharilah that time. Umpama sultan melaka dengan permaisuri gitu. Diam tak diam, lepas kenduri tu, makin ramai yang sanding guna songket. So terjadilah banyak design baru songket. Wah! So far, memang tak panas la dan cantik giler pakai songket tu. Design aku cuma kebaya dengan full aksesori. Begitu juga dengan suami. Mula-mula risau juga takut-takut tenggelam dengan warna kuning. Alhamdulilah, ambil gambar outdoor especially, nampak di highlighted dengan nature. hehe. Yang paling kelakar on that day, masa tengah berarak dari kereta nak pergi ke arah suami, boleh tercabut gelang kaki sebelah kiri or kanan. Huru hara kejap. Akhirnya aku pakai sebelah saja masa bersanding. Aku tak ingat masa bila hilang lagi sebelah gelang kaki. Sebab gelang kaki tu just lekat dengan pin baju. Kalau korang perasan juga, aku punya sanggul tu dah senget benget sebab keluar masuk kereta. Benda tu tak adalah tinggi mana, cuma susah nak adjust kepala aku bila keluar kereta. gambar kat rumah cantik la sanggul tu. Bila kat dewan, habis gambar aku dah senget. haha.







Makeup

Makeup pakej dari pelamin. request kak suri untuk makeupkan sebab dalam ramai-ramai dia makeup paling cantik. Cuma aku rasa muka nampak garang dalam makeup ni. Aku suka lagi makeup time bertanding. Still orang yang sama makeupkan.






Bunga Telur dan Doorgift

Untuk bunga telur dan doorgift, mama aku berjaya kukuskan telur selama 2 hari. Siapkan 1000 telur. Katanya kalau kukus telur boleh elakkan telur dari pecah-pecah. So better kukuskan saja. Then isi dalam doorgift ialah telur, coklat kacang tumbuk dan kurma. Memandangkan kenduri aku dekat-dekat bulan puasa, family fikirkan elok sedekahkan kurma. Isi untuk VIP dan biasa punya sama sahaja, cuma VIP ada balang kaca. Aku tak ingat ada simpan gambar doorgift or tidak.






Bridesmaid

Bridesmaid adalah dikalangan adik-adik perempuan aku. Adik lelaki cuma seorang. Dorang pakai baju warna dark purple. Actually family aku memang pakai warna dark purple. So dah alang-alang ramai adik perempuan, suruh sahaja dorang jadi pengiring aku dalam dewan. Seorang satu aku dah sediakan bunga tangan artificial untuk dorang pegang. 





Guest Book Corner 

Aku sangat rajin nak buat guest book corner untuk tetamu datang buat coretan masa wedding aku, Simple sahaja deco. Adik-adik aku yg hias. Aku cuma letak guest book, pen warna, Frame gambar 4 keping, Photobooth props dan juga last minute letak album tunang aku. Aku tak sediakan area untuk photobooth, cuma gigih membuat mask so bolehlah dorang bergambar dimerata-rata tempat. hehe. Kebanyakkan aku tengok kawan-kawan adik aku gigih menggunakannya. budak-budak sekolah suka la kut.





Walkway setting

Ada red carpet dari pihak catering. hiasan bunga tu sahaja dari package pelamin. Simple sahaja. Janji ada penyerinya. Oh ada Walkway entrance juga, dari pihak catering. Di pintu masuk dewan aku letak signage gambar pre wedding kami. Itu aku beli frame ikea yang besar size A0, design gambar buat sendiri dan hantar pergi digital printing kat section 13 shah alam. Easel pula aku beli dari online. Cadang nak sewa, tapi malangnya macam tak dapat saja. Kena KIV dulu.







Centerpiece Table deco

Centerpiece ni kalau tak silap aku just buat untuk 30 meja. Sebab dalam pakej macam tu. Tapi last minute bertambah sebab dewan tu memang sangat besar. penuh sampai ke belakang. Tapi tak sempit. Centerpiece ni aku gunakan doly paper, then print design untuk ditampalkan atas foam paper. Beli lidi yang digunakan untuk bunga telur. dan juga paper cup yang aku gigihkan warna guna dijadikan pasu bunga. bentuknya macam bunga sekuntum dalam pasu bunga. jenuh juga buat seorang-seorang. Tapi hasil berbaloi. Lastly, buang dalam tong sampah juga. haha. [nanti aku update picture, dalam copy tak adalah]






Table setting

Table cloth pakai warna kuning dan putih. Reben pun kuning diraja juga. Semuanya dari pakej catering. oh, meja aku last minute bertambah. Kalau tak salah lebih 30 meja. Sebab dewan tu sangat besar macam aku cerita sebelum ini.






Pengapit

Baju pengapit lelaki dan perempuan kami sponsor. dorang pergi hantar buat baju sendirian berhad la. dua-dua teman rapit kami.







Button badges Crew

Aku juga buat button badges untuk crew wedding aku. Design dari Chu import dari sarawak. Simple design. Then hantar buat printing kat akemi section 15 shah alam. Aku buat tak banyak, cuma 50 keping. Rasanya boleh recycle untuk next wedding. Sebab aku tak letak tarikh pun. Jimat sebabnya guna juga masa time nikah.





Wedding bunting/banner

Dulu pernah cerita pasal wedding bunting/banner. Letak banner di pintu masuk dewan. Gambar? rasanya macam tak ada. Lagi satu bunting letak di main gate sirim.


bye bye 2012, welcome 2013




Sepatutnya entri ini keluar dulu baru entri sebelum ni. Lambat. Maafkan jela ye? Meh kita review perjalanan 2012. 2011, 2012 semuanya berlalu dengan kenangan yang cukup manis. Moga-moga 2013 akan menjadi lebih manis :)




Januari 2012 - Sibuk dengan persiapan kahwin. Duit mula mengalir macam air. Mama pun dah mula pencen. so dapatlah tolong aku sikit-sikit.




Februari 2012 - Sambil-sambil tu sibuk mencari rumah sewa. Bulan ini berlalu dengan cukup pantas.




March 2012 - Tunggu hari-hari terakhir di tempat kerja lama. Alhamdulilah. dapat kerja yang lagi stabil.




April 2012 - Bermula kehidupan di tempat kerja baru. seronok. Besday en tunang last as bujangan. Next year jadi bapak budak pulak.




Mei 2012 - Busy dengan kerja di pejabat dan persiapan kahwin.




Jun 2012 - Kahwin + Besday = seronok! 




Julai 2012 - Bermula kehidupan as husband dan wife. Mula belajar untuk kenal 1 sama lain. hidup sebumbung ni lain macam sikit.




August 2012 - Puasa dan raya as wifey. Susah juga nak handle. tapi seronok benda baru.




September 2012 - Penantian akhirnya kemuncak. hihi. our baby started to progress. 




October 2012 - mulai merasa apa itu morning sickness. Nasib baik boleh handle lagi.




November 2012 - Alhamdulilah punya hubby yang sanggup layan kehendak wifey dia. 




December 2012 - Berjaya harungi trimester pertama dengan success! kehidupan makin seronok.




Buat secara ringkas sahajalah. Karang jemu pulak orang nak membaca. so next 2013.....



Azam tahun baru 2013 - Lepas beranak nak kurus! kembali ke bentuk asal or lagi kurus. hehe




Good luck semua!


21 weeks [Pregnancy]




Assalamualaikum semua!





Alhamdulilah, kandungan aku dah masuk minggu ke 21. Dah separuh perjalanan. Ada separuh perjalanan lagi. Doakan semuanya selamat. Terima kasih buat semua yang bagi kata-kata semangat. Epa hargai sangat-sangat. Moga dengan doa kalian, epa dapat harunginya. Yang penting baby membesar dengan sihat. Itu dah cukup kan? Berkenaan entri sebelum ni, aku masih tak jumpa my doktor lagi. Insyallah by this weekend ni akan jumpa dan berbincang seterusnya decide tempat bersalin. Nampaknya 80% kemungkinan akan proceed to GH la. So we wait and see la.





Baby? huh, kuat menendang lah. boleh main bola dengan abah and pak ucu dia kut. hihi. Baby ni bila malam pukul 10 baru start bergerak, tendang sana tendang sini. Bila ibu mula nak tidur baru sibuk nak main. Kami pun jenuh juga usap-usap perut untuk ajar baby malam masa untuk tidur. kalau tak, mau abah dia yang dipaksa untuk layan. ibu tidur awal. Hari-hari kena pastikan pergerakan baby. Monitor apa yang patut. Baby pun bangun awal. Kejut ibu pergi kerja. So far aku dah tak boleh tidur terlentang, confrim pinggang sakit giler-giler. Tidur kena terlentang kiri or kanan. Baby dah mula nak tekan tulang belakang kut.







Ini semua pengorbanan seorang ibu kan? bila dah jadi ibu, baru kita betul-betul dapat rasa perasaan mak kita sendiri. Susah payah masa mengandung, susah nak tidur, tak selesa. Masuk trimester ke 3 confrim makin tak selesa. Semoga aku kuat. Abahnya ada boleh tolong manja-manjakan ibu. hehe.





21 minggu