Rumble Tuff breastpump [Sold! TQ Farah]


SOLD!


Assalamualaikum








Condition: 99% okay. Motor, Botol dalam keadaan baik. Masih ada warranty kedai & kilang. Guna hanya 3 bulan sahaja. Tarikh beli 5 June 2013. Tapi start guna bila mula bekerja in Julai 2013. 
Warranty 1 tahun.


Sebab nak let go: Dah beli breastpump idaman.


Kebersihan: Terjamin. 5 Star. Cuci dengan sabun, rebus dan sterilized. 




Sesuai untuk mereka yang mencari duo pump letrik. Pump ni boleh dijadikan manual pump juga. 2 dalam 1. Sesuai untuk ibu yang berkerjaya. Duo jimat masa. Very affordable.


Amjad 1st Car SCR10 [Review]





Assalamualaikum





Akhirnya berkesempatan juga aku nak update kat blog kesayangan. Sekarang family first. Apa-apa kena dahulukan keluarga terutama sekali si kecik tu. Alhamdulilah sekarang dah masuk 5 bulan. Macam-macam perangai dah tunjuk. Latest skill nampak gayanya nak merangkak dah, gian sungguh beliau.





Alkasih stroller amjad pula. Lama juga kami usha nak beli stroller untuk dia. Dari dalam perut lagi. Suka jalan-jalan kat mall sambil usha stroller orang. ini diakui juga oleh suami aku. Dia pun sibuk juga tengok stroller orang. Singgah mall, tempat wajib pergi stroller baby. En suami ada bagi simpanan sikit untuk baby, suruh dibeli barang-barang kelengkapan baby, tapi ibunya excited dan dah plan awal-awal nak guna duit itu untuk beli stroller anak.





Quinny, sweet cherry, mc laren. Semua kami usha. Idaman of cos la quinny. tapi suami pula tak berkenan. Aku pulak tak suka stroller 3 roda. Kalau boleh nak cari 4 roda. Mama pula suggest suruh stroller baby new born boleh guna. boleh baring macam cradle. Nak cari juga yang boleh attach dengan car seat since aku nak kena hantar baby pergi rumah mama. So lama juga pencarian termasuk cari maklumat dalam internet. kami pergi cari jenama sweet cherry kat jusco. Since hubby pun berkenan dengan brand tu. oh car seat kami dah beli dulu. masa baby 6 bulan dalam perut. kebetulan sales. dapat below 200. so kira murah dari harga asal yang 250++. so grab jelah awal-awal.





Search dalam website sweet cherry berkenan scr9 sebab dia boleh jadi cradle juga. sangat sporty, merah + black. plus boleh attach juga dengan carseat. Masa tu memang plan asal nak beli lepas bersalin. Tapi dah beli awal. Masa 8 bulan baby dalam perut. Sebab SA tu sangatlah membantu kami dalam buat pemilihan stroller. baik sangat. So tak sampai hati, bersungguh-sungguh dia tunjuk cara guna, cara lipat A-Z. kami beli on the spot juga. Oh, beli kat jusco. semua jusco ada jual brand ni.





Brand yang dibeli scr10. Katanya new arrival. dia lebih kurang scr9. tapi sebab ianya new arrival. plus design dia chrome. nampak lasak. Boleh recline. Boleh jadi cradle dan boleh attach dengan car seat. Harga dekat-dekat 700+- memang tak dapat less. Sebab that time scr6 ada promotion. Tapi again tak suka 3 roda. scr5 pulak 4 roda tapi design lama. murah sikit. Dalam 450+- 





Kami siap test 1 per satu scr stroller dan kebanyakkannya kalau dilipat memang bulky. Sama besar. Kalau bonet besar memang oklah. Tapi aku dah try dengan bonet myvi yang comel. memang tak muat. kena cabut tayar lagi. kalau seat belakang tak ada orang, campak situ jelah. Nasib kereta abah amjad bonet besar. itupun penuh dengan stroller saja. 





Now kami gunakan bila berjalan ditempat yang tak sesak or nak shopping lama. sebab amjad lagi selesa bila tidur dalam tu. tapi kadang-kadang ikut mood juga. Kalau nak dukung, memang stroller tu jadi tempat simpan barang. ingat lepas ni nak usha baby carrier pulak. berbaby wearing la pulak. senang kalau tempat sesak boleh guna.





So again, oklah kalau siapa nak cari stroller yang below 1k untuk anak. memang bulky, tapi sporty. harga still affordable lagi.  Roda dia siap ada suspension lagi. baby taklah rasa terhentak sangat. dari newborn boleh guna sampailah besar. Car seat boleh attach. Attach tu kena minta kat SA. Sebab kadang-kadang SA terlupa bagi. Dapat free saja. aku rasa aku attach dengan carseat 1 kali je. malas nak cabut-cabut dari kereta. so guna original seat senang. Oh, ruang bawah tempat simpan barang sangat besar. beg ibu pun muat. itu yang best. tumpang sekaki. Pemegang dia boleh tinggikan ikut keselesaan tukang tolak stroller. hihi. Kami beli yang elok terus so boleh diturunkan kepada adik-adik dia nanti.





Bersantai. jalan-jalan depan rumah tok ma.





Ha, nampak tak rupanya.






    
Skill terbaru anakanda, meniarap dalam stroller (cradle mode) Kau boleh?






Carseat


Sekian.

Pengalaman berpantang




Assalamualaikum





si Amjad dah nak masuk 5 bulan, aku baru terhegeh-hegeh nak cerita pengalaman berpantang. itupun selepas aku selongkar blog sendiri, tengok-tengok idea apa nak nulis, sekali eh-eh, lupa cerita pasal pengalaman berpantang. Pengalaman berpantang aku tak adalah extreme sangat. Yang sedang-sedang sajaaaa...





Aku balik rumah hari ke3 selepas bersalin. Masa kat hospital makan lauk berpantang dengan aircond memang heaven. Nak-nak time tu lapar macam phirana. Lauk biasa pun aku cakap sedap sehingga menjilat jari. Oh aku bernasib baik sebab mama sudi nak jaga aku time pantang. Mama awal-awal lagi dah siap standby senarai makanan yang boleh aku makan time berpantang. Rasanya sampai minggu ke 2 aku makan lauk pantang. Lepas tu aku pun makan apa yang mama masak. before this mama masak 1 lauk asing untuk aku. Cuma bila dah masak tu aku kena cepat-cepat makan. kiranya makan lauk dan nasi panas-panas. Tapi orang cakap tak boleh minum air banyak-banyak. Aku bantai je minum air milo, air suam banyak-banyak. Gila kau! boleh dehydrated kut. Nak-nak susu badan kan? 





Lauk 1 minggu tu mama asyik masak sup ikan tengiri halia dan sup ayam halia. Janji ada halia. Tapi makan panas-panas memang syok. Dahlah masa tu lapar sentiasa. Sarapan selalunya aku makan roti dan milo panas. Tenghari makan nasi. minum petang milo panas cicah biskut. Malam makan nasi lagi. Lepas tu meow-meow lapar kat suami, makan lagi. oh ada satu hari abah aku belikan burger daging mcd. selamber saja aku baham. haha.





Mandi pula mama dah siapkan air mandian rebusan yang dia beli kat kedai. Dah habis tu, mandi air rebusan daun sirih dan daun pandan. Mandi pagi dan malam. 2 minggu je dia siapkan, lepas tu aku buat sendiri sahaja. Masa tu diri dah kuat sikit. Cuma bab nak mandikan anak, mama still buat. dekat-dekat nak habis pantang baru aku berani nak buat. Aku amalkan mandi air rebusan sampai habis pantang. Ada yang berpantang tak boleh cuci rambut. Tapi aku tak tahan kut rambut berminyak dan sakit kepala, awal-awal aku dah basah dan syampu rambut. hihi.





Pengalaman paling ngeri bila nak 'membuang' Mula-mula bergantung harap dengan ubat doktor, lancar je perjalanan. Sekali lepas 1 minggu, payah nak membuang ok? walaupun seminggu lebih jahit bawah tu dah okay dan kering. tapi nightmare. So aku tiap-tiap hari kena makan 1 biji oren supaya lancar. Plus makan oren tu cepat elokkan jahitan dan luka. Aku rasa lepas 3 bulan baru aku berani guna toilet cangkung.





Aku mula mengurut lepas 1 minggu. Yelah, bagi badan kuat sikit. tukang urut datang 3 hari berturut-turut. Lepas tu aku request 1 last sesion mengurut bila dah nak habis pantang. memang best gila dapat urut badan. Ringan rasa. Lepas bersalin rasa lenguh dan sakit pinggang macam mengandung. oh, aku juga urut untuk tambahkan susu badan. Alhamdulilah banyak, tapi tak buat stok. buat stok lepas habis pantang. mengagahkan diri juga lah. ingat 2nd anak aku nak buat stok awal-awal. 





Bengkung? Aku pakai time tukung urut pakaikan. ada satu hari tu aku pakai setengah hari sebab gatal sangat. Bengkung kain yang ada tali kat depan tu. Payah nak ikat. Last-last aku pakai bengkung zip. itupun malas dan mengelat juga. sekarang menyesal! Boncit. oh, tidak! Now bila ingat pakai. sambil-sambil tu guna losyen mustajab juga. Aku dari zaman anak dara suka pakai losyen mustajab tu, malam tidur lena saja.





Stokin pula. memang aku pakai sampai habis pantang. itu je yang aku tak tinggal. takut masuk hangin. kadang-kadang panas tak pakai, malam aku pastikan selimut kaki tu. oh, aku berkain batik juga. tapi bila dan kuat sikit aku pakai seluar pregnant aku. rimas asyik terbuka aje, pakai seluar senang. Kain batik semuanya aku rembat mama punya. rotate sahajalah.





Jamu aku tak amalkan sebab amjad kena kuning. so aku terpaksa stopkan dulu. lagipun amjad minum susu badan. aku minum susu kambing untuk kurangkan kuning dia. solution, susu kan dia 2 jam sekali. untuk bagi dia membuang kecik dan besar, kerap. nasib tak kena tahan hospital. check darah pun cuma 2 kali. next appointment tak pergi. Tak sampai hati tengok anak kena amik darah. Alhamdulilah nak masuk 2 bulan dah hilang kuning dia. Now aku teruskan guna jamu walaupun on off.





Pilis. lupe nak cerita. aku pakai 2 peket saja. guna sampai habis. 1 minggu direct. tapi tak pakai sampai malam sebab rimas dan pening kepala. Tapi bagus dorang cakap untuk elakkan sakit kepala masa akan datang. Bertungku aku buat sampai habis pantang. Tungku area tempat sakit perut dan pinggang. Cepat turun darah nifas dan cepat kempis perut.






Husband aku berulang alik dari rumah kami ke rumah mama. nasib tak jauh. so tiap-tiap malam pukul 9/10 dah sampai rumah. then pukul 6 pagi dah gerak balik rumah nak siap-siap pergi kerja. Sebab itu dia counting bila nak habis pantang, penat berulang. haha. Aku habis pantang terus balik rumah. 2minggu nak train diri handle anak. Alhamdulilah senang jaga Amjad masa pantang. cuma dia jenis kerap menyusu. anak lelaki kuat susu. kejap-kejap bangun. Adalah 1/2 hari buat perangai tak mahu tidur. Susu pejam mata. sekarang pun sama. tapi sekarang makin bijak, makin boleh tahan perangai dia.





Sepanjang proses berpantang, aku berjaya turunkan berat dekat 10kg. lepas 1 minggu berat turun 8kg. Berat sekarang dah turun 2kg dari berat asal. yezaa. Tapi makan nasi tetap banyakkkkkk..... so tak diet pun. hanya bf anak saja. petua nak cepat turun berat badan.





Sekian.

Tips perjalanan jauh seorang bayi.




Assalamualaikum





Selamat hari raya! Okay, kali ini aku nak ceritakan pasal perjalanan Amir Amjad pulang ke kampung baru-baru ini. Pada mulanya, kitorang berkira-kira juga nak bawa amjad balik kampung sebabnya kecil lagi. Susah pula nak handle dia once dia mula merengek-rengek nanti. Mesti jalan nanti tak syok. So mula lah aku google untuk cari info nak bawa baby jalan jauh. Plus aku tanya mama macam mana nak bawa amjad jalan jauh ni. Mama cakap yang aku ni pun masa 3 bulan dah bawa berjalan jauh. Janji semua keperluan baby kena lengkap. Tapi normal la once ada baby mesti kerap berhenti.





So perjalanan amjad bermula dari pagi raya ke 2. Pukul 7.30 kami dah bergerak ke rumah parent untuk konvoi. Masa tu keperluan amjad aku dah sediakan awal-awal. Gunakan masa raya di rumah mertua juga. Ubat demam, cool fever, termometer, minyak yuyi, krim ruam. Tu benda basic yang aku standby awal-awal.





Seronok laki bini macam baru kawin. haha. tengok amjad tidur bawah ketiak his favorite aunt!




Kemudian stok wet tissue dan pamper aku dah letak bawah kaki siap-siap. Tak perlu la berhenti nak ambil dalam bonet kereta pula. Tapi aku bernasib baik sebab adik aku sudi nak tukar-tukar pampers amjad. So everytime nak tukar, pass saja kat adik di belakang. Huhu. Mengelat tak?  Oh, jangan lupa plastik nak letak pampers yang dah guna.





Susu? Aku direct bf amjad. Alhamdulilah senang. Tapi pump aku tetap heret takut-takut amjad rindu dengan botol dia. So kitorang tak perlu nak berhenti untuk buat susu. Kitorang just berhenti untuk makan dan shi shi.





Alhamdulilah perjalanan amjad dari shah alam to perlis to kedah to perak berakhir pukul 12 tengah malam. Memang satu hari suntuk dalam kereta. Kalau singgah rumah orang, bf saja. Then sempat tumpang mandikan amjad malam tu kat rumah nyang Amjad. Amjad masuk dalam kereta tidur saja. Susu tidur poo poo. Kalau dia bangun tengok pemandangan sengih-sengih. Itu saja aktiviti dia. Malam lagi lama dia tidur.






Esoknya pagi-pagi bawa amjad pergi pasar pagi, then bergerak ke penang. Nak perkena nasi kandar. Masa tu amjad bf, terus tertidur dipangkuan aku sambil aku melantak nasi kandar. Amjad sangat behave bila bawa berjalan. Memang kaki berjalan si kecik tu.


Amjad 1st experience naik feri!



Malam tu pukul 11 kami gerak pulang. Again, he slept all the way to shah alam. Sampai rumah pukul 5 pagi. Kami anak beranak tidur tak sedar diri sampai tengahari. Hihi.





Oh, kami tak guna dan tak bawa langsung car seat walapun 1st planning nak bawa. since ada lagi 2 adik tumpang, so nak senangkan changing diaper better tak bawa. so pangku jelah si kecik tu all the way.





Sekian.

Selamat Hari Raya




Saya? Masih lagi berkerja.





Besok baru cuti. Petang balik rumah mertua. Tak jauh pun, kuang, sg buloh je. Pagi raya masih di situ. Petang raya dah balik semula ke shah alam untuk raya di rumah mama. Lepas subuh besoknya terus gerak balik perak+kedah+perlis. Tidurnya di perak. tu semuanya tempat nak singgah. 





Ni mood raya menaip blog sambil dengar lagu raya. syahdu bukan?





Excited nak beraya dengan si kecik tu. itu sebabnya tahun ni raya kami sekeluarga agak meriah. cuma kuih raya langsung tak beli. Lebih kepada pakaian family. Rumah langsung tak beraya. Tak apalah, tahun lepas rumah dah raya. Tahun ni kami nak raya rumah orang pula.


#AmirAmjad 94days 3months 2 days




Assalamualaikum





Aku baru sahaja masuk office. Baru selesai checkup dan cucuk amjad untuk 3 bulan. Tadi menangis sikit-sikit. Abah dia puk puk, diam terus. Masa ibu bawa 2 bulan dulu, lama dan kuat pula dia menangis. Tak pandai betul handle bila dia macam tu. hihi.





Berat = 5.2kg
Tinggi = 59cm





Tadi sebelum pergi kerja, singgah tengok buah hati tu dulu. Tok ma dia cakap badan dia dah panas sikit. Terus bagi ubat demam. hope dedar la demam dia tu. Kalau tak ibu terpaksa pecut balik.





Tadi yang kelakarnya, amjad berbunyi-bunyi menyembang dengan nurse lagi satu. Padahal nurse tu tak pandang dia pun. Memang, anakku ni terlebih ramah tamah. suka sembang. dia akan pandang orang sampai orang pandang dia semula. tegur orang sentiasa. ikut siapalah perangai awak ni ye sayang?




Sekian.

Jadual Harian Famili kami di bulan puasa.




Assalamualaikum semua





Fuh fuh, lama juga lah aku tak update blog. sekarang makin busy kat rumah bersama si kecik. tak ketinggalan abah budak tu pun nak kena dilayan. isk isk isk. Alhamdulilah diam tak diam dah hari ke 20 kita berpuasa. Selamat berpuasa dan selamat hari raya. Minggu depan raya dah oi! aku pasti semua orang malas nak buat kerja mood raya dah datang. Meh aku cerita pengalaman bersahur dan berbuka sepanjang menjadi isteri orang dan ibu kepada amjad.





Bulan puasa ni office time berubah. Masuk pukul 8pagi balik pukul 4.30. Rehat cuma 30 min sahaja (Isnin sampai Khamis. Jumaat 2jam) So kalau sebelum ni pukul 8.30 pagi balik pukul 5.30 petang, aku mula keluar rumah pukul 6.30pagi untuk hantar amjad pergi rumah mama (now amjad tok ma dia yang jaga. Jadi handbag tok ma dia lah) Sekarang time bulan puasa, pukul 6.15 pagi dah start keluar. Aku perlu bergerak dari rumah mama untuk ke office sebelum pukul 7. Nanti aku sangkut jem yang maha dasyat kat area MRR2 tu.





Bangun sahur pukul 4 pagi. Hari bekerja. Panaskan lauk pauk, masak air. Dalam 4.30 aku sahur dulu. Pukul 5, aku kejut suami. Lepas tu aku pam untuk buat stok bagi amjad. dalam 5.30 pagi aku mandi dan siap. Pukul 6 kejutkan amjad tukar pampers dan susu sebelum 6.15 keluar rumah. Sampai rumah tok ma dalam 6.45 pagi. Pindahkan car seat. Bawa keluar stok susu untuk hari tu. Cium-cium anak terus gerak pergi office.





Sampai office pukul 8, kadang-kadang lebih, terus buka pc check email, buat kerja sekejap. dalam pukul 9 aku pam. lebih kurang 20minit juga lah. Then sambung buat kerja semula. 12.30 dah gerak pergi surau tidur. Mengantuk giler! Bantai sampai 2.30petang. See? rehat cuma 30min sahaja. tapi terlajak. huhu. Dah alang-alang tu, pam sekejap. Solat. Pergi workstation. Then siap-siap untuk pulang.





Sampai rumah tok ma dalam 5.30 petang. Kalau ada lauk lebih aku tapau dari rumah mama. hihi. Kalau tak ada kena lah berperang kat rumah dengan amjad untuk masak. Dalam 6.30 petang baru sampai rumah sendiri sebab sebelum pulang, tok ma mandikan, susukan siap-siap supaya balik nanti aku tak terkejar-kejar sangat.





Serius, memang berperang. time nak masak, disuruh layan dia. Kalau tak membebel-bebel kat depan tu ha. Merengek. Letak kat playmat seronok bercakap dengan ikan yang tergantung. Kadang-kadang sempat masak 1 lauk sahaja. Jadilah sebab kami berdua sahaja. Suami pun balik lewat juga. Time berbuka pula kena tack turn untuk sembang dengan bos kecik tu. Kadang-kadang siap nak menyusu time berbuka. Terpaksalah minum air then makan kuih asal perut. Pandang muka amjad yang tersengih tu terus cair. hehe.





Huh, memang penat time bulan puasa. Nasib BP ku tak naik macam tahun lepas. hehe. Pukul 8 diajaknya berborak kami suami isteri. Pukul 9.30 nak suruh tidur kena berteman. Sudahnya dengan aku sekali hanyut tidur. Hari minggu lah hari yang sangat heaven. Boleh tidur lama sikit.





Kelengkapan raya kami sekeluarga kebanyakkan dah settle. Amjad punya dah settle. 2 pasang baju melayu siap sampin ok. Ibu kasut raya sahaja. Abah baru settle baju melayu semalam. rasanya macam banyak lagi dia nak shopping.





Yeah! Tak sabar nak raya bertiga! Tahun lepas berdua. Balik kedah nak tunjuk cucu baru.


Selamat Hari Raya semua! Dari Amir Amjad, Ibu & Abah


Sekian.

Kronologi Pengalaman bersalin baby AA (ep3) final

Assalamualaikum

Aku rasa ini episod terakhir mengenai pengalaman bersalin baby AA. Alhamdulilah, diam tak diam, dah hampir 1 bulan usia amjad dan tinggal 2 minggu sahaja untuk aku menghabiskan sisa-sisa berpantang ini. Meh kita sambung kembali cerita tertangguh.

Lepas sesi bertarung di labor room dan proses jahit menjahit, aku pun ditolak masuk semula ke dalam bilik. Menanti mama dan suamiku. Terus berehat di atas katil. Tapi aduhai, seksa juga nak bergerak dari wheelchair ke katil. Lemah 1 badan. Dengan diri sendiri yang berbau hanyir darah menusuk ke hidung sendiri. Mama suruh aku mandi sambil basahkan kepala. Dikatanya macam mandi sunat la sebab semuanya selamat.

Masa tu pun nurse ada pesan suruh aku tidur mungkin penangan dari ubat tahan sakit dengan gas yang aku hidu. Lalok tak hingat la. Tapi aku berupaya untuk ingat apa yang terjadi. Masa kat atas katil baru la aku dapat rehat dan tidur sekejap untuk hilangkan rasa mengantuk. Cuma tak lama sebab lepas tu dah start ramai datang ziarah. Parent in law pun datang. Cuma dorang tak dapat tengok baby in live. Rupa-rupanya baby kena kuarantin 24 hours. Baby pun dibaring secara meniarap dan mulutnya terbuka. Takut tertelan najis sendiri. Ini pun aku tahu based on gambar yang hubby tunjuk on 2nd day. Sebabnya lepas je bersalin tu aku rasa badan aku lemah sangat-sangat. Letih sampai mata pun tak boleh buka. Bila parent aku dan parent in law datang aku buka mata. Sampai suami kejutkan aku suruh buka mata ada orang datang. Mata masa ti jadi kabur sekejap. Nurse ada datang tanya aku nak bagi baby susu badan or tak. Aku dengan selamber jawab tak larat sangat. Nurse pun pergi. Sebab then aku rasa baby aku dorang beri formula milk sebab keadaan aku time tu memang flat dan lalok gila. Masa abang ipar dan biras aku datang pun aku boleh cakap kat biras aku yang aku memang tak larat gila even nak buka mata.

Mama suruh aku mandi. Aku pun turun dari katil perlahan-lahan. Memang sakit gila perut sampai aku rasa tak mampu untuk bangun. Pinggang pun sama. Tapi pergi gagahkan diri untuk ke toilet mandi. Sampai toilet, aku tengok darah keluar banyak sangat. Tapi aku tak expect apa-apa. Yelah, 1st time mommy. Mana ada pengalaman. So aku anggap benda biasa lepas bersalin. Tak yah cerita pad yang aku pakai sampai lencun walaupun baru 1 jam aku tukar. Lepas mandi bergerak slow-slow ke katil dengan tenaga yang tinggal.

Dalam pukul 6, makan malam datang pun aku tak jamah. Mama datang suapkan aku 3 4 sudu sahaja untuk alas perut aku. Sampaikan nak ikat rambut tinggi pun adik aku tolong buatkan. Sampai saat tu, aku tak tahu rupa-rupanya ada something wrong kat keadaan fizikal aku until la dalam pukul 9 malam, suami ada pesan bagitahu aku kena kencing dan bangun dari katil supaya aku boleh discharge besoknya. Tapi masalahnya kencing aku sikit sangat. So time tu aku nak pergi toilet terasa nak membuang. Panggil suami untuk pimpin masuk toilet. Aku duduk bertapa dalam toilet lama gila sampai suami datang untuk check keadaan aku. Aku boleh duduk di toilet duduk tu sambil fikiran melayang. Bila suami aku datang baru aku siap-siap untuk keluar. Tukar lagi pad yang dah lencun. Aku rasa baru sahaja melangkah keluar dari toilet tiba-tiba rasa dunia jadi gelap. Rupa-rupanya aku pitam. Nasib baik suami sambut dan aku dipimpin oleh suami dan abah menuju ke katil. Masa tu aku tersedar. Keadaan masa tu jadi kecoh sekejap. Terus midwife suruh famili aku beredar dari situ. Dengar kata-kata nurse yang lain cakap aku tak cukup rehat sebab ramai visitor datang.

Aku terus baring atas katil. Nurse suruh berehat. Tiba-tiba datang mesin apa ntah, then dorang klip kat hujung ibu jari untuk monitor aku. Pagi dalam pukul 1 or 2, doktor datang untuk check keadaan dan cari punca kenapa aku tiba-tiba pitam. Doktor datang seluk, check rupanya ada darah beku lagi yang tertinggal. Mula-mula doktor ingatkan bleeding sebab fibroid aku. Alhamdulilah fibroid tak kacau langsung. Ada ke doktor cakap maybe sebab bontot aku besar dan kr dalam sebab tu mungkin ada darah beku tertinggal. Doktor risau juga kalau-kalau rahim aku tak dapat mengecut dengan sepatutnya. Doktor pun mention kenapa nurse tak perasan yang aku bleeding. Bleeding aku sampai habis baju dan katil kena darah. Nurse yang datang tolong aku pakaikan maternity pad pun tak cakap apa-apa. Aku pun mana la tahu kata tu bleeding. Ingat benda biasa. Yelah 1st time beranak kut. Katanya sepatutnya lepas bersalin aku akan rasa diri selesa. Ini tak, memang tak selesa sungguh. Terus doktor cakap besok kena buka balik jahitan aku untuk keluarkan darah beku tu. Peh! Dh jahit pastu buka pastu jahit balik. Scary kan? Pasrah jela demi nak sihat. Then aku rehat sampai ke pagi.

Esoknya sarapan datang, makan then nurse pun datang untuk bagi ubat. Lepas makan ubat, suami balik rumah untuk mandi. Then aku rehat sekejap sebelum nurse datang bawa wheelchair untuk masuk balik dalam labor room. Doktor masuk bagitahu aku akan diberi ubat tidur masa proses buka jahitan tu. Aku okay sahaja. Lepas masuk drip dan ubat tidur, aku pun hanyut. Tidur tak sedar diri. Sedar-sedar 2 jam lepas tu. Tapi aku ingatkan dah setel sampai jahit semula tempat tu, rupanya tidak. Aku request untuk tidur masa jahit semula but doktor tak bagi. Lama juga aku tunggu untuk doktor jahit semula. Suami aku dah mengamuk-amuk kat luar sebab aku lama sangat dalam labor room. Itupun dapat tahu lepas doktor tiba-tiba mention suami aku risau pasal aku. Kesian suami. Setel jahit, aku pun ditolak semula ke bilik.

Lepas setel tu mula aku rasa diri semakin bertenaga. Tak macam sebelum tu. Darah nifas pun tak sebanyak macam semalam. Petang itu doktor datang semula untuk masukkan kapas untuk pastikan keadaan benar-benar kering dalam rahim aku. Besok paginya baru doktor keluarkan semula kapas tu.

Hari ke 2 tu barulah aku dapat jumpa baby. Pagi sebelum ke labor room aku bangun dari tidur terus cari hubby minta nak tengok gambar baby. Suami gelak sebab semalam tak ingat anak langsung. Huhu. Hari tu baru pertama kali aku dapat pegang baby dan susu kan baby. Cuma mama request suruh baby duduk dalam nursery supaya aku dapat rehat betul-betul malam tu.

Rupa-rupanya aku terkena hematoma atau bleeding selepas kelahiran. Atau lebih dikenali sebagai primary postpartum hemorrhage. Biasanya berlaku dalam jangkamasa 24 jam selepas kelahiran. Aku bernasib baik sebab tak kena masukkan darah. Doktor just suruh aku makan makanan untuk tambah darah semulajadi. Ubat obimin pun kena habiskan. Alhamdulilah, hari ke 3 aku dah boleh discharge dari hospital. Itupun lepas dah boleh dapat kencing yang lawas. Kalau tak memang tak boleh discharge. Sepatutnya hari ke 2 dah boleh discharge kalau normal delivery. Tapi mungkin ini bahagian aku. Nasib semuanya masih terkawal. Alhamdulilah. Aku redha.

Lepas 2 minggu dari bersalin, aku datang semula untuk postnatal checkup. Semuanya kembali seperti biasa. Jahitan pun dah cantum. Cuma baby sahaja yang kena kuning. Tapi doktor cakap kuning maybe dah semakin turun. Sebab berada di border line. Selalunya lepas checkup postnatal, mesti tak ada appointment lagi dengan doktor. Aku lepas 6 bulan ada checkup lagi dengan doktor untuk tengok progress fibroid. Kalau membesar kenalah operate wei. Aduh. Ni lemah ni. Minta-minta kecil la.

Alhamdulilah sekarang amir amjad pun dah masuk 1 bulan. Berpantang pun tinggal 2minggu sahaja lagi. Aku pun semakin sihat. Alhamdulilah berupaya nak bf amjad, ada rezeki untuk dia. Harap aku dapat teruskan niat untuk bf amjad walaupun amjad tak dapat full bf sebab kondisi aku selepas kelahiran dia.

Sekian.

Kronologi pengalaman bersalin baby AA (ep2)

Assalamualaikum

Atas request kawan-kawan untuk update cepat-cepat episod seterusnya.


Macam yang aku cakap sebelum ni, setiap wanita yang nak bersalin, akan alami sendiri bahagian mereka masing-masing. So ini bahagian aku. Aku redha dan terima apa yang terjadi dengan hati terbuka. Tujuan nak bercerita bukan nak menyalahkan sesiapa, mungkin takdir dah tertulis sedemikian rupa.


Jumaat 3 may 2013 - 38 weeks 2 days

Sepatutnya hari ini aku ada checkup dengan doktor. Tak sangka lain yang jadinya. Pagi itu bermula tepat jam 4.30pagi yang mana aku dah mula tak boleh tidur tiap kali contraction datang. Cuma nak tahan tu tak adalah teruk sangat. Umpama macam sengugut aku tiap bulan sakitnya. Habis contraction aku boleh tidur semula. So tidur-tidur ayam sahajalah. Dalam pukul 6, nurse datang untuk check BP aku. Nurse siap tanya lagi aku boleh tahan ke sakit dan offer lagi untuk bagi ubat. Yet, aku cakap boleh tahan lagi tapi kalau tak tahan sangat baru aku minta. Nurse bagitahu nanti dorang akan masukkan ubat untuk keluarkan najis. Dalam pukul 7 sarapan datang then makan dengan harapan untuk kumpul tenaga untuk push-push. Lepas tu aku mandi dan tunggu nurse datang untuk bagi ubat tu. Ubat tu masuk ikut bontot. Tapi penangan ubat tu, terus membuang sampai perut terasa kosong. Kemudian aku tunggu nurse datang untuk bawa masuk ke dalam labor room. Sempat minta maaf kat suami sebelum masuk dalam. Masa ni suami belum dibenarkan masuk ke dalam labor room lagi.


Anggaran hampir pukul 9 pagi aku dah ditolak masuk ke labor room. Terus dorang pasang alat ctg untuk monitor contraction dan heart beat baby. Boring dan lama gila terbaring atas katil. Nurse berkali-kali tanya aku ada ambil air selusuh ke tak. Dorang larang ambil. Aku ni nak cari air zam zam pun tak sempat, inikan cari air selusuh. Sebab contraction aku tinggi. Cuma sempat makan kurma 3 biji sebelum admit. Then masuk midwife untuk check bukaan aku. Aktiviti seluk menyeluk bermula. Bukaan dah 3cm. Ala, dari malam tadi sampai pagi tu baru 3cm. So midwife bagi anggaran kemungkinan petang aku akan bersalin. Kemudian suami pun masuk tengok keadaan aku. Dia bagitahu parent aku dah sampai masa tu, cuma aku tak berkesempatan untuk jumpa dorang. Suami suruh dorang pulang dulu dan datang lepas solat jumaat. Anggaran masa kemungkinan yang aku akan bersalin.


Dalam pukul 10 lebih, nurse dah datang untuk pecahkan air ketuban aku. Tiba-tiba rasa panas dan rasa air mengalir. Cuma aku bayangkan air ketuban tu banyak tapi tak. Dalam pada itu, nurse bagitahu yang baby dah mula berak sebab masa pecahkan, najis baby dah keluar bersama. Aku dah cuak. Sambil tu doa nabi yunus aku baca berulang kali. Lepas dah pecahkan air ketuban, kali ni nurse yang cek bukaan aku dah 5cm. Masa tu aku dah minta ubat pethidine dekat nurse sebab rasanya macam tak mampu nak tahan sakit tiap kali contraction datang. Sambil tu aku dan suami sibuk monitor jantung baby dan contraction aku.


Lama juga menunggu sambil berbaring sebab wayar dah berselirat. Aku panggil nurse sebab nak terkucil sangat. Aku pun heran awat nurse tak suruh aku pergi toilet untuk kencing. Tiba-tiba nurse bawa keluar 1 tiub panjang. Tiub tu digunakan untuk keluarkan air kencing aku. Peh, sakit okay! Lagi-lagi bila nak tarik keluar tiub tu. 2 kali incident tu berlaku sebelum aku bersalin. Kali ke 3 aku nak terkucil, tengok nurse bawa keluar tiub, terus aku cakap tak apalah saya tahan. Sakitlah guna tiub tu. That time tunggu masa nak masuk wad balik lepas bersalin. Serik! Banyak kali nak terkucil sebab aku dihidrated sangat sampai kering bibir then suami request air untuk minum kat nurse. Memang aku dahaga sangat-sangat masa tu.


Dalam pukul 12 tengahari doktor datang check bukaan aku, tapi still yang sama which is 5cm. Terus aku dimasukkan drip untuk dicepatkan bukaan dan juga masukkan ubat pethidine yang aku minta. Sakit betul bila masukkan ubat dan drip tu. Tapi lepas tu tiap kali contraction, aku mampu bertahan. Sakitnya tetap ada cuma tak sekuat yang aku imagine. Sambil tu boleh lagi gelak-gelak dan sembang dengan suami. Dalam masa yang sama ada 1 pasangan yang tengah menanti juga baby dorang. Kebetulan aku ada kat situ, aku boleh dengar jeritan saat nak teran baby. Suami cepat-cepat tutup telinga aku tak bagi dengar. Katanya takut aku cuak dan tak ada semangat pula. Dengar tu memang cuak sebab tak tahu apa cerita aku pula nanti. Tiba-tiba aku terfikir macam mana aku nak teran kejap lagi. Ilmu di dada tak cukup. Risau kena marah sebab tak pandai teran.



Dalam pukul 2 selepas doktor selesaikan 1 pasangan tadi, doktor aku datang untuk check bukaan aku semula. Baru 8cm. Doktor aku dah bagi hint janganlah berlarutan sampai asar. Terus terdetik kat kepala aku, lepas asar tu maksudnya kena czer la. Masa tu dah cuak. Yelah, baby pun dah start berak dalam kandungan. Bacaan ctg pun kitorang tengok dah lain macam. Especially jantung baby. Cuma masa tu aku tak mahu fikir bukan-bukan. Berdoa harap aku dan baby selamat.



Once dah masuk 8cm tu, ubat tahan sakit tadi dah habis aku rasa sebab masa tu betul-betul dapat rasa contraction maha dasyat. Nurse suruh aku hidu gas tu, tapi tak jalan. Sampai 3 4 kali aku suruh suami panggil nurse sebab rasa nak macam terberak sangat-sangat. Bila nurse datang check, katanya belum lagi. Sampai suami pun malas nak layan sebab kejap-kejap cari nurse. Then ada 1 tahap yang memang aku tak tahan sangat sampai terjerit kat suami suruh panggil nurse juga.


Then midwife seluk dan suruh aku push sikit sebab dia dah rasa kepala baby. So that time, terus situasi berubah, doktor dan nurse masuk ramai-ramai. Suami aku dah ada kat belakang aku bagi kata-kata semangat. Serius aku katakan, aku tak tahu nak push macam mana time tu. Nasib baik dorang bagitahu dan ajar untuk push yang betul. Masa push kepala rapatkan kat dada, jangan angkat bontot, tarik nafas, push macam nak terberak, jangan keluarkan bunyi. Doktor siap pesan kat aku, bila kepala baby dah keluar, stop push. Suami cakap baby masa tu disedut. Lepas tu baru aku dengar bunyi baby nangis. Aku rasa kali ke 3 push baru baby keluar. Suami cakap aku push masa tak ada contraction. Masa tu tak ingat apa-apa, aku dapat rasa sikit contraction then push sebab doktor cakap baby dah berak lagi sekali. Masa bila kat bawah tu kena gunting pun aku tak rasa. Rasa Sakit bersalin lagi kuat. Masa tu ingat nak keluarkan baby cepat-cepat. Lagi 1, masa nak push tu mata aku terpandang cerita kat tv. Rasa nak suruh nurse tutup sebab menganggu konsentrasi aku. Last-last pejam mata baru boleh push dengan betul.



Alhamdulilah tepat jam 3.08petang, amir amjad pun selamat dilahirkan. Ya Allah, Tuhan saja yang tahu perasaan masa tu. Then doktor letakkan baby atas dada aku, perasaan masa tu tengok anak kita mata dah buka pandang direct pada kita menyebabkan aku terus menangis teresak-esak. Hehe. Kelakar bila fikir time tu. Masa tu nampak baby amjad biru badan dia. Doktor masa tu tengah jahit balik bahagian bawah boleh tegur aku kenapa aku menangis, patut cakaplah alhamdulilah. Huuuu alhamdulilah huuu. Menangis lagi time tu. Hihi. Then doktor keluarkan darah beku. Huh, masa doktor buat, aku dapat rasa tangan doktor seluk tarik keluarkan darah beku seketul-ketul. Masa jahit tu tadi dekat hujung-hujung nak habis baru rasa sakit macam kena gigit semua. Eh sakit beranak lagi sakit tau. Setakat jahit tu hujung jari je. Baby pun dibersihkan dan nurse bagi kat hubby untuk di azankan. Suami bawa baby untuk tunjuk kat aku. Suami senyum terus cium dahi. Macam tak caya wei ada anak dah.



Selalu aku baca pengalaman orang, lepas bersalin dorang anak biarkan dalam labor room untuk rehat dan tidur. Tapi kes aku tak. dah setel semua, terus duduk kat wheelchair dan ditolak masuk wad balik. Maybe sebab labor room dan wad sebelah saja. Nurse suruh aku rehat kat wad saja. Keluar dari labor room terus nampak mama. Hehe. Senyum saja. Perasaan rasa lain macam tengok perut dah kecik. Macam rasa babymoon. Baby yang dikandung 38minggu 2 hari dah keluar dan ada depan mata. Mula-mula masa teran rasa tak sanggup nak bersalin lagi. Tapi sebaliknya. Rasa macam orang baru. Suci dari dosa.



Alamak, rasa panjang lagi cerita aku ni. Sambung episod 3 lah. Nanti aku cerita kenapa aku mula susu kan amjad masa hari ke 2. Aku discharge pada hari ke 3. Selalu kalau bersalin normal, besoknya boleh discharge dah. Kesian amjad tak dapat jadi baby fully bf atas masalah yang tak dapat dielakkan. Tunggu.


To be continued......

Kronologi Pengalaman bersalin baby AA (ep1)

Assalamualaikum

Ehem. Tengah ambil mood nak bercerita pasal pengalaman sendiri bersalin. Almaklumlah, selama ni kerja google pengalaman orang untuk dijadikan panduan masa depan. Tapi harapan, masa nak beranak, hilang semua ilmu di dada. Tahu nak push-push tak sabar baby nak keluar. Bila diri sendiri dah alami, baru aku sedar bahawa setiap orang akan merasai sendiri pengalaman dan bahagian masing-masing. Ada yang sakitnya kejap, ada sakitnya lama. Ada yang diuji selepas bersalin dan ada yang diuji sebelum bersalin. Tapi bagi aku semuanya kenangan terindah dan tak akan aku lupa sampai bila-bila. Sebab tu nak buat coretan dalam blog sendiri.

Ahad 28 april 2013 - 37 weeks 4 days

Tak tau kenapa aku beriya nak ajak suami pergi ikea sambil hasut suruh beli almari kaca untuk dia simpan koleksi dia. Sambil tu nak try luck boleh makan ikea meatball tak. Huh, ramai gila orang. End up, dah bersalin pun tak dapat merasa. Nasib baik Amjad tak meleleh air liur. Boleh tahan banyak barang kami shopping. Singgah tesco mencari troley sebab suami sorang nak tolong angkat barang ke atas. Awok dengan perut besar susah sikit. Dalam pukul 11malam kami setel susah payah mengangkat barang-barang shopping. Dengan almari kaca seberat 40kg. Suami rajin pula sambung nak pasang barang-barang tu. Aku? Dah flat. Pengsan.

Isnin 29 april 2013 - 37 weeks 5 days

Mungkin kepenatan semalam tak habis, aku dah mula rasa semacam. Call suami cakap tak sedap badan. Perut pun sakit. Aku tidur kat surau sebab tak larat sangat. So assume braxton hick la kot. Abaikan sebab tak keluar tanda or apa-apa.

Selasa 30 april 2013 - 37 weeks 6 days

Still lagi merasai sakit perut dan kadang kala perut mengeras. Cuma tak kerap. Abaikan dan pergi kerja macam biasa.

Rabu 1 may 2013 - 38 weeks

Kami suami isteri dah bincang tak mahu keluar nak lepak kat rumah kemas rumah. Untuk sambut orang baru sekali. Cuti hari pekerja dimanfaatkan betul-betul. Suami susun atur perabot, aku tolong sapu dan adjust mana-mana patut. Rumah pun kemas. Time tu sakit still ada cuma aku still boleh control lagi. Buat relax. Malam pergi rumah MIL.MIL siap usap perut dan cucuk kaki aku cakap kaki aku dah bengkak. Sempat bagitahu dah start rasa sakit-sakit tapi mampu tahan lagi. On the way balik, singgah makan satay hj samuri. Lepas kempunan. Balik dengan senang hati.

Khamis 2 may 2013 - 38 weeks 1 day

Pergi kerja macam biasa. Alkisahnya, aku plan untuk start cuti 6hb nanti. Sebab kerja pun belum handover lagi. Plus kena siapkan report dulu. Mujur aku sent email report awal. So tak tertangguh kerja aku. So pagi tu, aku sempat gak la brief opismate aku yang take over kerja aku nanti. Setel tu turun bawah sebab dorang ada buat makan-makan sempena our CEO datang ampang. Sempat aku mentekedarah kambing. (Sambung balik, tadi anak merengek. Sekarang keutamaan anak saja lah) Dalam pada masa yang sama, akak-akak kat opis bagi petua nak senang bersalin. Lepas tu duduk opis sampai la balik.

Around pukul 4 petang, aku pergi toilet nak shi shi, sekali tengok ada brownish discharge plus blood. Alamak, nak bersalin dah ke? Bagitahu member opis, dorang lagi cuak dari aku. Sempat call suami dan mama. Mama cakap aku dah nak bersalin lah tu. Suami suruh pulang cepat. Member opis tanya aku boleh ke bawa kereta. Aku jawab, nak tak nak kena la bawa balik. Siapa pulak nak datang ambil kan? Lagipun anak first, mesti lambat. So jangan cuak dan take your time. Pukul 5 dah ajak member opis gerak balik. Takut sangkut kat jem pula kat area mrr2 tu. So gigihlah aku drive balik kereta dari ampang ke shah alam. Alhamdulilah nasib aku baik sangat-sangat sebab jalan clear. Lagipun mungkin ramai yang ambil cuti panjang sebab nak mengundi kan hujung minggu tu. Dalam kereta aku duk kira contraction which is every 5 min. Sent report kat suami. Suami pun risau gak sebab drive sorang diri.

Sampai rumah aku sempat mandi, makan, siapkan beg aku kalau-kalau rasa nak masuk hospital malam tu. Mama dah start cuak suruh kami tidur rumah dia. Sebab hospital dengan rumah dia dekat sahaja. Mula-mula aku plan esok pagi. Lepas tu suami tengok muka aku dah pucat sebab tahan sakit, dia ajak pergi rumah mama. Dalam pukul 9 lebih kami dah angkut beg letak dalam kereta untuk gerak pi rumah mama. Suami cakap kalau tak tahan sangat masuk je wad. Aku ni cuak nak tidur hospital. Sebab tu lengah-lengahkan masa. Bajet boleh tahan.

Sambil lepak rumah mama, aku pantau contraction aku still yang sama, every 5 min. Sakit dia pula makin bertambah. Dalam pukul 10.30malam aku cakap kat suami dan mama nak pergi check dengan hospital. Agak-agak kalau ok lagi, minta balik rumah dulu dah sakit teruk baru datang balik. Sampai hospital, terus pergi kaunter emergency 24 hours bagitahu dah keluar tanda. Tunggu sekejap sampai nurse labor room datang, terus check ctg. Ctg value pun kuat terus midwife seluk. Okay, 1st time kena seluk, boleh tahan sakit wo. Tapi petua dia, time nak seluk tu kena tarik dan lepas nafas dalam-dalam and it should be okay. Tanya midwife dah buka berapa, terus dijawab 1cm. So nampaknya memang kena admit terus. Midwife offer ubat pethidine dekat aku in case aku tak boleh tahan. Tapi aku refuse lagi sebab still boleh tahan. Bukan apa, midwife cakap contraction aku agak tinggi. Oh, pethidine termasuk dalam package bersalin kat situ. Once betul-betul dah kena admit, suami terus pergi bayar booking, then aku prepare untuk masuk wad.

Around pukul 11 aku terus ditempatkan di bilik single room. Then aku request kat nurse untuk tukar ke bilik double yang kosong sebab senang suami nak tidur kat katil kosong tu. Tak payah susah-susah nak bawa toto etc. Sementara untuk tukar bilik, dah call famili siap-siap bagitahu dah kena admit. Kemungkinan nurse jangka bersalin besok pagi pukul 10 or 11 pagi.

So malam tu, 1st time tidur di hospital. Tapi ada encik suami lah teman. Dengan sakit contraction yang aku still boleh tahan lagi. So far tidur masih nyenyak lagi la.

Alamak, anak dah jaga nak susu. Memandangkan aku rasa panjang lagi cerita ni. So sambung di episod ke 2 la....

Will be continued...

Welcome to the world AA

Assalamualaikum

Maaf sepi tanpa berita. Mungkin ada certain yang dah tahu, alhamdulilah aku dah selamat melahirkan putera sulung kami pada 3 may 2013 bersamaan jumaat pada jam 3.08pm lepas solat jumaat. Baby diberi nama Amir Amjad dilahirkan secara normal di Salam medical center.

Alhamdulilah, sekarang dah bertambah kuat sedikit untuk update story terbaru. Sekarang baby Amjad dah pun berusia 10 hari bermakna dah 10 hari aku berpantang. Insyallah next entri aku akan cerita pasal pengalaman bersalin. Betul kata orang, kita hanya mampu baca pengalaman orang tapi setiap orang akan alami sendiri pengalaman bersalin sendiri.

Insyallah aku juga akan ceritakan pengalaman berpantang. Pantang biasa-biasa! Tak adalah extreme sangat. Yang penting nak dapatkan tubuh badan yang ideal. Wah! Baca dek laki den mau dia gelak guling-guling. Eh nak cari alat penimbang lah. Ni bagitahu secara maya kat suami. Hihi.

Baby Amjad still bf dari hari ke 2 until now. Kenapa hari ke2 baru start bf. Akan aku story next entri ye. Suprise.

Baby Amjad in the house!

37weeks inside my womb.





Hari ini genap 37 weeks so dah boleh consider full term baby! Baby anytime boleh keluar! Alhamdulilah, tak sangka dapat juga harung proses hamil sampai ke saat ini. Kami suami isteri dah tak sabar nak jumpa si kecik dalam perut ni. Sekarang makin kerap mengeras. Nak suruh abah dia pujuk hari-hari. 






Nama? Sampai sekarang aku tak tahu nama apa yang encik suami fikir. Dia gunakan kuasa veto sebab nanti dia yang pergi register nama baby. Just yang kami decide nama baby should be AA. AA apakah? Jenuh tanya, tetap encik suami tak mahu bagitau, suruh tunggu je nanti. But aku sure baby dan aku mesti okay je dengan nama pilihan tu. Yang penting AA ok! Laki or perempuan sama je pangkal nama.






Nah, tengok perut aku masa minggu 35. Sekarang lagi besar. Baby udah 2.7kg last week checkup. Next week ada checkup pulak. Tengok berapa naik, sebab berat ibu tak naik dah. Ibu maintain.








Barang baby dah siap pack, cuma belum masuk dalam kereta. Barang ibu still hold. Hope baby nak keluar sila beri hint pada ibu abah, senang nak bersiap. Hospital dan rumah pun dekat. Tapi tempat kerja jauh. Tengok lah once kerja office siap, awal may aku cuti. 







Kawan-kawan doakan semuanya selamat ye? Kesempatan ni nak minta maaf la kalau ada buat kawan-kawan alam maya terguris hati ke dengan coretan aku selama ni. Rasanya mungkin next entri dah ubah jadi entri mak mak pulak kan? Doakan aku kuat dan tabah nak harung proses bersalin. Harap tak ada apa-apa masalah, insyallah. 






Jumpa nanti!