Pregnancy Experience: Fibroid





Assalamualaikum






Sudah 1 bulan since dari last entri post. Kandungan pun semakin membesar dengan jayanya. dah masuk 5 bulan. Gerakkan baby pun semakin dirasai. Dulu sekejap-sekejap, now kalau ibu buat kerja non stop, baby pun bergerak non stop. ikut sama ibu kerja kot. hihi. okay, now nak cerita special case aku. 






Aku dari awal-awal dapat tahu dah pregnant, tergesa-gesa nak check dengan doktor. Doktor yang nak layan just private. so aku pun pergi check in 1st scan dekat doktor private. Masa tu dengan mama aku sekali. Doktor pun heran juga awal sangat aku datang. Kalau tak silap masa tu week 6. Tapi doktor said bagus juga datang untuk check either baby berada dalam rahim or not. Alhamdulilah, embrio berada dalam kedudukan dalam rahim. Cuma doktor dah start pusing-pusing check rahim, doktor jumpa fibroid sebesar 3cm dalam rahim. Kedudukan berada dekat dengan urine bladder. Doktor cakap insyallah boleh cuba untuk bersalin secara normal sebabnya tak ganggu jalan keluar baby. Tapi doktor aku ni sangat memberi semangat, fikir yang positif sahaja. Cuma kadang-kadang risau juga, janji baby selamat dalam rahim dah cukup bermakna.







2 weeks lepas, aku jumpa dengan doktor lagi ditemani husband sebab husband nak dengar sendiri dari doktor status fibroid aku. Dah makin membesar, 6cm. Husband dah start risau. Kebetulan doktor aku cuti, digantikan dengan doktor lain. Doktor baru tu pun check fibroid semakin membesar. Then tanya juga aku nak bersalin kat mana. Sebab aku dan husband dah decide untuk bersalin kat private. Tapi doktor tu suggest untuk tanya doktor aku either boleh handle or tak kes aku ni sebab kat situ tak ada tabung darah. Takut kalau kes serius, kena refer juga ke GH. Tapi doktor ni banyak bagi nasihat untuk jaga diri sebab kalau fibroid makin membesar, ditakuti boleh jadi pre-mature labor. Doktor nasihat juga untuk aku minta pelepasan kat bos untuk kurangkan aktiviti kerja luar. Aku kan banyak meeting dan site visit yang memerlukan aku untuk bergerak turun naik tren. Alhamdulilah, bos pun boleh consider. Kalau letih sangat aku tak pergi. Tapi tak bermakna la aku nak duduk opis sahaja. Kenalah senaman juga untuk memudahkan kelahiran baby nanti. 







Doktor juga cakap, awak bertuah sebab ada fibroid dan boleh mengandung. Ada orang lain sampai ganggu dan sukarkan dorang untuk mengandung. Alhamdulilah. mungkin Allah nak uji. Kenalah terima dengan tabah dan tenang. mesti ada hikmah. Doktor juga cakap sekarang memang dalam setiap kita ada fibroid, cuma ianya aktif ataupun tidak. Family history aku pun tak ada yang pernah kena fibroid. Period aku juga everymonth tetap, cuma kena senggugut tapi tak teruk sampai guling-guling. Doktor pun tak suggest either perlu buang or tak. cuma dorang akan pantau. Kalau tak memudarat, kemungkinan ianya akan kekal. Sebab fibroid ni berkaitan dengan hormon. Ada orang lepas bersalin, terus hilang.







Next week, aku akan jumpa my doktor asal untuk bertanya either dia boleh handle or tak kes aku. Kalau tak, terpaksa juga refer kat GH. Kami juga kena fikir dan start simpan duit, mana tahu kalau-kalau kena c-zer. Berdoalah, moga-moga senang aku nak bersalin nanti. bersalin secara normal. 






Perut pun dah semakin membesar. Janji baby dalam perut sihat dan aktif, dah cukup. Baby memang agresif giler. Semalam dari siang sampai malam berpusing-pusing dia. Tadi pagi pun rasa bergerak. sekarang tengah tidur kut, diam saja. hehe.






oh, haritu husband pun dapat dengar heartbeat baby. seronok bukan main. gender pun dah tau. mula-mula kepit-kepit malu gak, jenuh doktor suruh dia bergerak, sekali dia terkangkang, terus nampak dah. nantilah kita bagitau gender dia. doktor cakap kepala baby lonjong. haha ikut kepala abah dia la tu. 






Sedikit info mengenai fibroid. klik sini.


21 comments:

  1. yunk
    drpd hr tu lg kite rsau ni
    sbb tanda tanda fibroid byk ada pd kite
    tp tkt nk p checkkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? fibroid ni untuk confrimkan kene buat scan. hanya boleh detect dari awal. Tapi fibroid takkan membesar kecuali kalau awak pregnant. better check la dari awal.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. senggugut xde.
    tp drh byk, skt blkg, acap kli kencing. minum air sikit dah kena p toilet.

    ReplyDelete
  4. epa,

    saya pun ada fibroid..now, dh 8month plus2. bila kandungan makin besar, mcm sekarang, bila baby too active, kita akan rasa pedih mencucuk2 tiap kali baby bergesel dgn fibroid...but, my gynea advise, mmg ada ubat tahan sakit untuk pregnant lady tp tu buat kita tido, so bila amik baby akan jadi xaktif the whole day. so, flexible either nak amik ke x..mcm saya, xnklh. risau lg baby xgerak, xpelh mama dia tahan sakit. atleast practice nk bersalin....percentage premature labor sgt rendah..so dont worry too much. yg penting, jaga kesihatan and prepare mental and physical. my best friend gynea, dia kata mmg sgt sakit bersalin ni, tp tulh girl power kn...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye, tq so much atas nasihat tu. itula. lega sangat-sangat ramai yang ada fibroid masa pregnant dan selamat sampai kelahiran baby. doktor ada cakap, fibroid ni sakit bila baby dah start membesar, dia cakap kalau boleh tahan, tahan jela, kalau xtahan sangat just telan paracetemol dan minum air yg banyak. so far ada banyak kali juga tetiba-tiba perut sakit. tapi epa still tahan la. walaupun katanya paracetemol tak effect kat baby, tapi kita still xmau ambil takut risau kat baby kan? betul cakap awak, selagi boleh tahan kita tahan jela. plus kena banyak2 berdoa. sekarang epa amalkan kalau sakit, letak tangan then selawat banyak2 dan juga makan kurma. lepas ni nak start cari air zam-zam. yang penting baby kita membesar dgn sepatutnya sihat sudahlah kan :)

      Delete
    2. betul tu...yg penting baby sihat.

      Delete
  5. epa,
    sori br terbca post pasl fibroid ni..
    bila epa dapt kesan problem ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa 1st scan. masa tu dalam 6 weeks pregnant. terkejut juga masa doktor bagitau. siap ingat kena kanser pulak. tapi bukan. syukur sgt2

      Delete
    2. thank epa.

      Sara pun ada sengugut teruk tu yg risau jgk..
      n masa 5weeks pregnant, ada turun darah. Dah 2kali scan doktor tak ada cakap apa harap2 tak ada problms..mmm...

      Delete
    3. oh kalau macam tu, awak jangan buat kerja heavy la. banyakkan berehat. insyallah ok. kawan saya dulu pun ada macam tu, tapi alhamdulilah, baby sihat sampai kelahiran dia :)

      Delete
  6. maksu kite pun ad fibroid jugak. tapi dia kena buang masa 5 months sbb klo xbuang baby xdapat membesar. maybe fibroid dia mengganggu baby kot tak macam epa. betul epa. setiap yg berlaku tu pasti ada hikmah dia~

    ReplyDelete
    Replies
    1. oohh yeke? masa preggy die buang ye? itula, doktor epa pon xsuggest buang time preggy sbb takut bleeding. betul ckp dhiera kan? tq :)

      Delete
  7. yg penting efa sht jugak bsama dgn baby k..inshaAllah.. :)

    ReplyDelete
  8. Epa, boleh x nak mintak fon no.. kalau boleh sy nak tanya detail sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh email sy dulu zarifah85@hotmail.com

      Delete
  9. Salam..nk tny..kalo prgnant ngn ade fibroid ni akan kluar keputihan warna coklat x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, masa saya xde pulak keluar keputihan warna coklat, better cek dengan doc. kalau keputihan tu warna lain untuk kepastian.

      Delete
  10. sis efa, buang ke fibroid tu time bersalin?

    https://www.tonikmerah.com/vitamin-untuk-kecikkan-fibroid-dan-cyst/

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpon, masa 2nd time pregnant fibriod tu terus hilang

      Delete