Pregnancy Experience: Fibroid





Assalamualaikum






Sudah 1 bulan since dari last entri post. Kandungan pun semakin membesar dengan jayanya. dah masuk 5 bulan. Gerakkan baby pun semakin dirasai. Dulu sekejap-sekejap, now kalau ibu buat kerja non stop, baby pun bergerak non stop. ikut sama ibu kerja kot. hihi. okay, now nak cerita special case aku. 






Aku dari awal-awal dapat tahu dah pregnant, tergesa-gesa nak check dengan doktor. Doktor yang nak layan just private. so aku pun pergi check in 1st scan dekat doktor private. Masa tu dengan mama aku sekali. Doktor pun heran juga awal sangat aku datang. Kalau tak silap masa tu week 6. Tapi doktor said bagus juga datang untuk check either baby berada dalam rahim or not. Alhamdulilah, embrio berada dalam kedudukan dalam rahim. Cuma doktor dah start pusing-pusing check rahim, doktor jumpa fibroid sebesar 3cm dalam rahim. Kedudukan berada dekat dengan urine bladder. Doktor cakap insyallah boleh cuba untuk bersalin secara normal sebabnya tak ganggu jalan keluar baby. Tapi doktor aku ni sangat memberi semangat, fikir yang positif sahaja. Cuma kadang-kadang risau juga, janji baby selamat dalam rahim dah cukup bermakna.







2 weeks lepas, aku jumpa dengan doktor lagi ditemani husband sebab husband nak dengar sendiri dari doktor status fibroid aku. Dah makin membesar, 6cm. Husband dah start risau. Kebetulan doktor aku cuti, digantikan dengan doktor lain. Doktor baru tu pun check fibroid semakin membesar. Then tanya juga aku nak bersalin kat mana. Sebab aku dan husband dah decide untuk bersalin kat private. Tapi doktor tu suggest untuk tanya doktor aku either boleh handle or tak kes aku ni sebab kat situ tak ada tabung darah. Takut kalau kes serius, kena refer juga ke GH. Tapi doktor ni banyak bagi nasihat untuk jaga diri sebab kalau fibroid makin membesar, ditakuti boleh jadi pre-mature labor. Doktor nasihat juga untuk aku minta pelepasan kat bos untuk kurangkan aktiviti kerja luar. Aku kan banyak meeting dan site visit yang memerlukan aku untuk bergerak turun naik tren. Alhamdulilah, bos pun boleh consider. Kalau letih sangat aku tak pergi. Tapi tak bermakna la aku nak duduk opis sahaja. Kenalah senaman juga untuk memudahkan kelahiran baby nanti. 







Doktor juga cakap, awak bertuah sebab ada fibroid dan boleh mengandung. Ada orang lain sampai ganggu dan sukarkan dorang untuk mengandung. Alhamdulilah. mungkin Allah nak uji. Kenalah terima dengan tabah dan tenang. mesti ada hikmah. Doktor juga cakap sekarang memang dalam setiap kita ada fibroid, cuma ianya aktif ataupun tidak. Family history aku pun tak ada yang pernah kena fibroid. Period aku juga everymonth tetap, cuma kena senggugut tapi tak teruk sampai guling-guling. Doktor pun tak suggest either perlu buang or tak. cuma dorang akan pantau. Kalau tak memudarat, kemungkinan ianya akan kekal. Sebab fibroid ni berkaitan dengan hormon. Ada orang lepas bersalin, terus hilang.







Next week, aku akan jumpa my doktor asal untuk bertanya either dia boleh handle or tak kes aku. Kalau tak, terpaksa juga refer kat GH. Kami juga kena fikir dan start simpan duit, mana tahu kalau-kalau kena c-zer. Berdoalah, moga-moga senang aku nak bersalin nanti. bersalin secara normal. 






Perut pun dah semakin membesar. Janji baby dalam perut sihat dan aktif, dah cukup. Baby memang agresif giler. Semalam dari siang sampai malam berpusing-pusing dia. Tadi pagi pun rasa bergerak. sekarang tengah tidur kut, diam saja. hehe.






oh, haritu husband pun dapat dengar heartbeat baby. seronok bukan main. gender pun dah tau. mula-mula kepit-kepit malu gak, jenuh doktor suruh dia bergerak, sekali dia terkangkang, terus nampak dah. nantilah kita bagitau gender dia. doktor cakap kepala baby lonjong. haha ikut kepala abah dia la tu. 






Sedikit info mengenai fibroid. klik sini.