Gender?





Assalamualaikum







2 orang anak buah husband (baby GEGIRL dua-dua) menjerit tak mahu dengan aku? Adakah?







Tak apa, next month ke try balik.







siapa ada baby LELAKI, meh kasi nak dukung kejap....






Sekian.


Pregnancy Experience-1st trimester






Assalamualaikum





Genap 1 bulan aku tak update blog. Macam tak percaya, betapa bersawangnya blog kesayangan ini. Mana tak nya, buka blog hari-hari, tapi pandang-pandang new post, idea hilang entah ke nama. Update pasal wedding pun entah ke mana. Gila teruk sindrom malas aku ni.





Alhamdulilah, kemungkinan juga sindrom morning sickness dah berjangkit ke blog sickness kot. ye, kandungan pun dah masuk 14 weeks. dah lepas pun 1st trimester yang penuh kenangan. Now aku makin bersemangat, morning sickness pun dah tak ada, datang kejap-kejap, at least seminggu sekali. Perut pun semakin maju ke hadapan, seiring sejalan dengan perut abahnya. haha. Mana tak nyah, ibu lapar, ajak abah, tapi abah lagi kerap makan. 





Meh dah alang-alang nak cerita experience pregnant 1st trimester aku. Sekali cerita biar panjang terus, qada' 3 bulan punya story. Kalau tak salah aku, buat pregnancy checkup sendiri masa 3 hari lewat period. UPT (urine pregnancy test) pun aku dah standby masa bulan ke 2. konon-konon nak guna, sekali dah period dulu, so postponed guna next month. Pukul 5.30 pagi, hubby kejut bangun tanya tak mahu test ke? hubby dah tanya day before dah, cuma aku saja yang tangguh-tangguh sebab cuak punya pasal. Tak mahu berharap sangat. Bangun terus pergi test kebetulan memang nak terkucil, tunggu depan test kit dengan penuh harapan. Muncul 1 line, tiba-tiba 2nd line muncul dengan penuh bergaya. cuma terang tanpa bersuluh. Cuak seh! Terus keluar toilet, tarik tangan hubby yang tengah baring atas katil, suruh pi tengok sendiri. Masing-masing dah senyum. Terus tak jadi tidur. Masing-masing call mama dan mak bagitahu story gembira. cepat kau! bajet dulu nak senyap-senyap, tapi bakal ibu dan bakal abah dah excited dulu.





Tapi aku tunggu dalam 2 minggu lewat period untuk dapat pengesahan dengan doctor. Sekali check guna UPT yang sama, so consider dah confrim pregnant. Cuma kena set up dengan doctor untuk buat monthly checkup. Once dah confrim pregnant, baru aku teruskan makan acid folic yang kononnya bersemangat aku nak makan dulu. dasar pemalas memang macam ni. Demi baby, ku gagahkan. hihi. Aku start jumpa doctor dalam 6 weeks, doctor check untuk tengok dalam or luar rahim. Alhamdulilah, embrio berada dalam kedudukan yang betul, cuma dapat bad news sedikit. Sedih, cuak juga pada mulanya, tapi doctor bagi semangat dan bagitahu segala info dapat juga redakan kecuakkan dalam hati. Nanti lain entri aku cerita bad news itu. Tabah demi babyku!





So far aku punya morning sickness macam orang lain, pagi-pagi dah start pening, time mandi confrim mesti dah uwek-uwek dulu. Kalau tak, pening kepala aku tak akan surut. Kadang-kadang boleh ganjak sampai ke malam. Tapi jarang-jarang lah. Yang paling pantang adalah tak boleh masak/bau minyak or masakkan sendiri. 3 bulan kami makan kat luar, tak pun aku dan hubby makan kat rumah mama or rumah mak. Memang muka tak malu. siap mama dan mak tapaukan makanan lagi. Hubby layankan saja bini dia. Kalau makan makanan luar, aku siap boleh tambah 2 kali. Kalau sendiri, huh harapan, hujung senduk saja aku ceduk. Makan still hebat. Tak pernah tak lalu makan yet makanan sendiri masak yang tak lalu. Kesimpulan, dapur tak berasap.




Morning sickness aku bermula 6weeks lagi, muntah, pening kepala. Mula-mula boleh kawal, sebab aku still boleh drive ulang-alik shah alam-ampang pergi kerja. eh, still carpool dengan hubby. kesian katanya aku drive seorang-seorang. so eloknya berteman. Then bila dah start masuk 9 weeks aku dah mula alah dengan bau hubby, bau sabun mandi, bau shampoo. Terus kau aku tukar sabun mandi. Bau hubby pun aku nak muntah. sampai satu tahap, menyampah dengan dia. Rimas bila dia datang dekat. Aduh, masa tu kesian sangat dengan dia. Aku pulak ada mood, kadang rindu sangat kat hubby, tapi bila jumpa, terus nak muntah. gedik kan? Sampai aku gunakan spray pewangi kat dia. haha. Mula la dia cakap, ni mesti baby muka sebiji muka abah. FINE. Now aku dapat rasa apa yang orang lain rasa bila tiba-tiba rasa rimas dengan suami sendiri.




Oh, lagi satu, mood nak shopping pun jatuh menjunam. Nak shopping barang dapur pun malas. Itupun lepas kena paksa dengan suami baru nak shopping. Aku rasa shopping tu rimas. Gila kau! sampai tahap macam tu. Sekarang baru datang mood nak shopping. sebab dah start kena cari maternity wear. Seluar kerja dah tak muat. Baju kurung pun kain dah ketat. Sekarang rajin pakai baju kurung. Dulu bukan main payah nak pakai baju kurung sebab selalu kerja luar.





Sifat malas aku sangat tinggi. Plus rasa penat dan asyik nak tidur sahaja. Aku pun dah jarang keluar office. Duduk dalam office rasa mengantuk sangat-sangat. Padahal malam tu aku tidur awal. Selalu kena marah, jangan malas sangat. Nanti baby dalam perut pun malas. Tapi tahap letih dan mengantuk memang tahap dewa. Aku kena juga tidur. Lantaklah tidur di surau sekalipun. Bangun tidur terus sakit belakang. hihi. Now aku tak boleh tidur terlentang, sakit pinggang. Tidur mengiring kanan or kiri. Sakit pinggang on left side. Dulu aku sangat suka coklat, time awal pregnant, makan coklat mesti muntah. Minum susu coklat pun tak boleh. So minum strawberry, padahal aku dulu tak suka strawberry. Nurse dah suruh aku minum susu tepung. Tapi tekak tak boleh masuk. Still minum susu kotak yang tulis high calcium. Kena paksa juga diri demi baby ni.





Alhamdulilah, mula masuk 13 weeks ni (2nd trimester) aku dah mula rasa diri makin cergas dan bersemangat. Cuma badan semakin berat. dekat 60kg dah kot. Kaki pun makin sakit kalau berdiri lama-lama. Mood pun dah kembali kepada asal. Yang paling best dah mula boleh masak dan makan masakan sendiri. Akan ku buncitkan perut hubby ku. haha. Checkup di private dah masuk kali ke 3 dan goverment nak masuk kali ke 2. Tempat nak bersalin pun dah decide. Next month kenalah bagitahu di KK. Sebab kes aku ni kalau di government kena refer direct to hospital juga. Cepatnya masa berlalu, perut pun semakin menonjol. lagi 2-3 minggu boleh lah rasa baby movement. oh, tak sabar. abahnya pun tak sabar tunggu baby keluar. Gender? kami tak kisah pun, tapi ramai yang request baby boy pulak. haha. tunggu dan lihat lah nanti.





Sekian, terima kasih




Yang Ikhlas,
Cik Puan Epa Zarifa yang makin bersemangat.