2 tahun berlalu






Suami, kita dah bercinta selama 2 tahun dah. Tak percaya kan? hehe. Macam-macam dah lalui bersama. Semoga ikatan perkahwinan kita berkekalan sampai ke syurga. sayang suami saya banyak-banyak! Insyallah next year wedding anniversary lengkap sebagai 1 keluarga.




Honeymoon Journey [Review]






Assalamualaikum





Hari ini dah masuk raya ke berapa ye? Lupa lah. Selamat Hari Raya semua! Semalam dan hari ini aku agak free di office sebab bos tak ada. Bosan! dah berapa kali aku menguap, plus dengan aku dah mula sambung puasa 6. Kalau tak termasuk hari ini, tinggal 3 hari lagi nak raya.





So entri kali ni aku nak review pasal honeymoon kami! Yeay! Pilihan utama adalah pergi Cherating. Disebabkan encik suami pernah belajar di kuantan, alang-alang buatlah journey mengimbas kenangan lalu. haha.





Hotel pilihan kami adalah, The Legend. Aku tak pernah tidur kat situ lagi. so ambil kesempatan. Nak booked hotel favorite, bajet tak ngam pula. Request untuk high floor dan juga king bed. seronok tidur katil besar. Then tak sangka dapat view yang sangat best. Ocean view. tak sangka. sebab bajet dapat garden view. Bilik juga di hujung dunia. HuaHua. Booked thru agoda.com diskaun la sikit. Kami pergi time weekdays. memang seronok ah jalan-jalan sebab tak ramai orang.




king bed spacious

interior

bathroom

bathroom

Nice view huh?

Insyallah kami datang lagi




Nak review apa ye? oh, 1st day kami bertolak dari rumah MIL lepas sarapan. dalam pukul 9 lebih. sampai kuantan dalam tengahari. sebab banyak check point. hehe. Singgah kuantan kejap sambil imbas kenangan lalu. Singgah juga di Teluk Cempedak, then terus check in kat cherating. Petang tu kami gerak pergi makan sata dekat kemaman. Tempat wajib persinggahan famili dulu.






On 2nd day pula, kami cadang nak pergi jalan naik sampai ke kuala terengganu. Malangnya cuaca mendung plus hujan sangat lebat, journey kami hanya sampai ke dungun. Padahal dah nak dekat sampai, terpaksa patah balik. on the way balik, macam biasa, banyak singgah check point. hehe. Malam tu kami pergi Tanjung Lumpur untuk makan seafood for our dinner.





next day, sarapan, terus siap balik semula ke pangkal jalan. Insyallah, pasti repeat balik nanti. hehe.





Planning untuk 2nd honeymoon pula cuti Malaysia nanti. Nak pergi mana ye? PD?