Wedding hand bouquet






Assalamualaikum





Berbalik kepada entri sebelum ini, aku nak cerita mengenai bunga tangan untuk majlis nikah, sanding yang agak kontroversi. Tapi tak adalah haru biru sangat. Plannya macam ini, aku dah letak deposit RM50 untuk harga 2 jambak bunga. so ada balance dalam RM30 sahaja masa nak ambil. Dah buat bayaran 1 minggu sebelum majlis. Mula-mula ingat nak suruh dia hantar, tapi charge sampai RM10 macam tak masuk akal sebab jarak dari rumah aku ke kedai hanya 15minit sahaja. So nak tak nak, bangun awal-awal untuk pergi ambil bunga tangan. 





Kedainya terletak di Seksyen 25, Taman Sri muda la. Kedai kecil sahaja. Dekat tepi tu ada 2 kedai bunga. so far mak aku memang selalu beli bunga dekat situ. Murah. Landmark, lorong yang menghadap kedai sri Kota. Lorong belakang Alliance Bank. Aku minta rose merah untuk sanding dan Rose putih untuk nikah. Rose merah RM45 siap dengan decoration sekali. Rose putih siap dengan deco RM35 sahaja. Fresh flower. Murah juga la kan?





Kedai buka seawal 7.30 pagi. Aku nikah pukul 11 pagi. So sempat untuk ambil sendiri bunga tangan tu. Bangun pagi-pagi dengan mama, then pergi ambil bekal nasi lemak, terus pecut untuk ambil bunga. Dengan harapan tinggi sampai ke kedai, sekali bila tanya bunga aku tak ada. Boleh dorang lupa?! siot sahaja. Tapi sebab aku tak mahu mood pagi-pagi lari, aku hanya buat muka. dalam hati dah mengamuk sakan. Pekerja dia dah kena marah dengan bos. Kalut wei. Risau aku. tak pasal-pasal dengan bos dia sekali buatkan bunga tangan aku dalam masa 10 minit. Nasib baik pagi-pagi aku dah terpacak dekat kedai dia. Kalau aku suruh dia hantar, mau tak sampai bunga tangan aku tu. Dekat pukul 8.30 baru siap bunga aku. Nasib baik aku puas hati. Bunga tak besar mana pun, sebab harganya ikut besar mana yang korang nak.





Haru juga pagi tu. Risau majlis tak berjalan dengan lancar. Tapi Alhamdulilah, semua sudah selamat.





Alamat? aku lupa la, kena godek semula resit. Harga bunga dia agak tetap. Tak mudah turun naik. Kalau nak cari stok banyak bunga, boleh datang kedai tu. Lepas majlis aku pun tak tahu apa jadi dengan bunga tangan aku tu. hihi. oh, abah aku yang buka dari sarung then bubuh dalam bekas berisi air untuk mama aku. 



 HB Nikah




 HB Sanding




Untuk Majlis bertandang, aku just gunakan HB dari butik pengantin.





oh, dikesempatan ini aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir batin kalau-kalau sepanjang penulisan aku ni ada tergusir, terkasar bahasa secara langsung dan tidak langsung. 1st raya as wifey. Apa perasaan b2b 2012 yang lain? Mesti excited kan raya tahun ni? Baju raya warna apa? Kami? merah! hihi.

4 comments: