Hadiah Kahwin a.k.a kelengkapan Rumah





Assalamualaikum





Aku masih menanti kedatangan official gambar dari OP. So yang lain story akan diceritakan kemudian. Kali ini entri berkisar mengenai hadiah kahwin a.k.a kelengkapan rumah. sebab apa? Yelah, orang bagi hadiah mesti barang-barang untuk digunakan lepas kahwin nanti kan? Kalau boleh kan? korang mesti nak request barang yang korang akan guna nanti. Kalau dapatlah. sekurang-kurangnya dapat kurangkan beban korang lepas kahwin. Macam aku kalau boleh nak request sofa, mesin basuh, peti sejuk. haha. berangan. Kalau dapat voucher pun ok. 





Alhamdulilah, semua barang-barang kahwin menjadi kegunaan untuk famili kami sekarang. Cuma kena tambah sikit-sikit sahaja. Plus mama aku ada few barang elektrik baru yang tidak digunakan. Kami just tambah untuk barang-barang yang besar. Meh aku listkan barang yang aku dapat dan barang yang kena beli.





Barang mama/mak bagi:
1) Blender
2) Setrika
3) Toaster
4) Water Heater
5) Pinggan
6) Langsir
7) Tong gas
8) Carpet




Hadiah Kahwin:
1) Ampaian Baju
2) Tempat letak pinggan - 2 set
3) Dapur Masak
4) Periuk - ada 3 set
5) Sudu grapu
6) Periuk Nasi - 2 set (size lain-lain)
7) Tuala
8) Set tea pot
9) Gelas
10) Mangkuk
11) Mug
12) Balang kuih raya (Jimat kami tak perlu beli balang)
13) Album Gambar
14) Frame Hiasan
15) Set Cawan
16) Toaster lagi.
17) Cadar - 2 set





Barang kena beli:
1) Mesin Basuh
2) Peti Sejuk
3) Set Katil
4) Meja Stove
5) Pisau
6) Sudip
7) Kuali
8) Sofa
9) TV (nasib baik TV ni kami beli awal tahun ni)
10) Set meja makan (adik sponsor separuh)
11) Lesung batu
12) Iron board
13) Tikar getah (Kalau dapat rumah simen macam kami, kalau dapat rumah tile senang)






eh banyaklah barang kena tambah. Tapi tambah slow-slow lah. Jenuh nak complete semua barang. Lagipun sekarang musim sales, boleh lah beli mana-mana yang patut. Janji rumah ada isi. Pelan-pelan kayuh. Lagipun nak raya juga, banyak nak pakai duit ni.





Kami bernasib baik sebab tuan rumah sewa ni dah sediakan setiap bilik ada kipas siling dan lampu serta rail untuk langsir. Tapi kami kena sediakan tikar getah untuk 1 rumah. Tiles cuma di dapur sahaja. 






Tips. Kalau rasa boleh request barang, better request. Macam kes aku, hadiah office aku request. dorang bagi bajet, so request within the bajet. Dapatlah save dekat ampaian baju, stove dan juga periuk. 






Untuk yang memberi barang. Better bagi barang yang bakal pengantin akan guna. Periuk nasi, cawan, tea set common. Boleh cari barang rare. Contoh: lesung batu, sudu, kuali, stove. Kan boleh jimatkan pengantin yang sedia kering selepas majlis.





So untuk bakal-bakal pengantin, jimat cermat lah wei. lepas kahwin banyak giler nak guna duit. Kena pandai-pandai atur perbelanjaan korang. Kami hari-hari makan kat rumah masak. Barang dapur pun mahal. 


3 comments:

  1. nasib xde brg yang dpt sama kan.. huhu..tqah da beli mesin basuh n peti ais.. set blk tidur pon..cadar je lom ade..sape nk adiah?hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal. nasib baik xdpt barang yang repeat sgt. cuma periuk nasi, dan bekas pinggan jela. nasib dapat 2. dua2 boleh guna. cadar epa dapat 2 helai. alhamdulilah sgt. leh guna terus :)

      Delete
  2. sy dah almost 1 year kawen,mmg rasa sikit beban belanja.plus,my hasben je keje.tp alhamdulillah rezeki sentiasa ada...

    cuma,lepas kawen ni terikut perangai hasben yg suka compare harga be4 beli.dulu tak penah pk pun.kalo nak,brapa harga pun sebat je.skarang tengok dulu yg mana murah.almaklum,mcm2 kedai,mcm2lah harga!(^__^)

    ReplyDelete