Detail on 'Majlis Nikah' 16 June 2012 [Review]



Assalamualaikum







Maaflah sebab aku dah lama tak update segala review. Idea tu tak sampai-sampai. Tahap kemalasan yang sangat ketara. Tapi aku gagahkan diri juga ni. Jangan malas-malas epa! Haiyoo. Oh, Sebelum terlambat, lupa nak wish selamat berpuasa. Alhamdulilah, epa baru tinggal 1 hari sebab hari jumaat lepas, tiba-tiba kena muntah-muntah dan kepala pusing-pusing. Check dengan doktor, blood pressure (BP) naik sedikit. history? abah aku ada BP. sepatutnya this week datang lagi jumpa doktor untuk check lagi sekali. kemungkinan sebab tidur tak cukup, mana tak nya, hari-hari bangun pukul 4.30 pagi untuk sahur, terus siap nak pergi kerja. Masuk office pukul 7.30 pagi sebab nak balik pukul 4 petang. hihi.




cukuplah cerita pasal tu, kita kembali kepada tujuan asal. Nak cerita review majlis nikah. Lebih baik aku cerita dalam entry ini merangkumi semua yang berkaitan majlis nikah. sebelum ini aku dah cerita flow majlis. Entry ini lebih kepada detail majlis lah. aku rangkumkan sebab majlis nikah ni lebih kurang vendor masa tunang dahulu.




Makeup

Makeup aku akak yang sama makeup masa tunang dulu. Cuma masa tunang aku ambil package dengan vendor lama. Akak ni aku contact direct dengan dia. Lama juga booking dengan dia. Kalau tak silap dari awal tahun. Hanya ambil makeup sahaja. tengok hasil? haruslah berpuas hati kan? Akak tu makeup artis-artis tau. Wah! feeling artis gitu. haha plus aku ni penakut kalau orang lain makeup kan. hihi. Harga? tanya sendiri dekat tuan badan.







Sepersalinan Nikah

Hah, sekarang dah reveal baju nikah. cerita pasal baju nikah boleh klik sini(1), klik sini(2) dan klik sini(3) Banyak dah cerita. Kesimpulan, sangat berpuas hati.





Veil Nikah

Veil juga hasil DIY sendiri. berbulan-bulan juga nak siapkan. Ada orang nak sewa tak? email saja. sayang nak jual pula. Panjang veil ni paras betis. Saja nak feeling veil meleret-meleret. Tapi tak mahu yang panjang sangat. so, jadilah paras betis. Sebelum ni masa tunang veil paras pinggang.









Kasut

Kasut ni pakai sekejap saja. keluar masuk masjid saja. Beli dekat vincci dapat 50% diskaun dalam rm50 sahaja. Beli brooch yang sama 2 biji. Beli dekat GM klang. Harga rm10 satu. Letak kat depan kasut. Siap. Tapi dah lama tak pakai kasut tu. oh sedih!







Catering

Catering aku masih catering yang sama masa tunang. Kawan mama. Lauk tenghari. Malangnya aku lupa lauk apa. hihi. Inilah masalahnya kalau lambat review. Padan muka aku. Dorang bagi sekali dengan kelengkapan makan. cuma penanggah tak ada. Yelah, majlis nikah sahaja. Habis majlis kitorang pakat-pakat kemas letak tepi then dorang datang angkut.






Khemah

Khemah aku juga masih dengan vendor majlis tunang. Mama dah biasa dealing dengan orang itu. Cuma kali ni ambil scallop warna coklat dan orange. campur kerusi meja bersarung dan reben dalam rm300. Ambil 1 khemah saja. Yang lain makan kat dalam rumah.








Pelamin

Pelamin ini vendor yang sama dengan majlis sanding di dewan. Bunga artificial. Warna pastel. memang aku request untuk warna-warna lembut. Cantik sangat outcome. Aku bajet simple-simple sudah. Tak sangka akak tu delivered jadi cantik. Klik sini.








Doorgift

Doorgift kami hanya bagi bunga telur yang ada di kiri dan kanan pelamin. Refer picture di atas. Cukup untuk famili member yang datang. Majlis keluarga.





Photographer

Vendor yang sama untuk majlis sanding, tandang, post wedding, pre wedding. Review sini.





Videographer

Last minute cancel. So sad. Anggap sahaja tak ada rezeki.






Itulah detail serba sedikit mengenai majlis nikah aku. Cukup simple but sweet. Majlis keluarga. Dalam tengahari majlis dah settle. Tapi tak dapat ambil gambar outdoor pakai baju nikah. oh, sedih. Baju nikah nak jadi baju recycle untuk raya nanti. Feeling pakai baju itu sebab rasa kurus. haha. boleh? minta-minta lah muat lagi. amin.






So far aku rasa tak ada yang tertinggal dalam majlis nikah aku. oh! Review hantaran! Alamak kena godek balik gambar yang ada. Tunggu next entri pula. Hantaran aku simple sahaja. Barangan pun barang yang aku nak guna semula. Affordable. Mana tahu boleh bagi idea untuk bakal pengantin lain. Tapi sebelum itu aku nak review pasal hand-bouquet  yang agak kontroversi sedikit. Sebab apa? tunggu. Cewah, bajet rancangan tv. haha.

9 comments:

  1. mungkin boleh buat outdoor session time raya nanti kan..
    sbb pakai baju yg sama.. hehehe

    ReplyDelete
  2. veil tu sayang tak nampak belakang, kena pusing-pusing cikit..:)

    ReplyDelete
  3. baju cantik... suka kaler tu!... =)

    ReplyDelete
  4. tahniah dear. Alhamdullilah setel sudaah :)

    ReplyDelete
  5. Hi, i really like your veil la , mcm mane nk sewa, what is your email address ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, boleh email to akuifakosape@yahoo.com :)

      Delete