Its Spa Time!




Assalamualaikum





Kali ini aku nak ceritakan perihal spa yang mama sponsor plus tambah duit aku sendiri sebelum wedding berlangsung. Cerita pasal spa ni terjadi masa hari Jumaat sebelum nikah. Khamis aku datang dengan mama ke spa tu untuk booking tempat. Then datang hari Jumaat. Spa ni dekat sahaja dengan rumah. So aku pergi seorang. Kesian pula kalau ada orang teman nak tunggu aku berjam-jam kat sana.





Spa aku start dari pukul 11.30 pagi sampailah 5 petang. Lama gila proses. Itupun aku ambil package biasa. Bukan bridal spa. Package yang aku ambil which is Sauna aroma, Urutan, Mandi susu dan bunga, rawatan resdung dan cucian rambut. Suddenly on that day, akak spa suggest pada aku untuk tukarkan rawatan resdung kepada Basic Facial. Plus aku gatal tambah untuk treatment rambut sekali. Rasanya dalam 250++ kalau tak silap. Mama sponsor 200 untuk aku. jimat duit. hehe.






Pengalaman first time join spa. sangat best! Mula-mula dengan sauna aroma. Peh! badan berpeluh tak ingat. dekat 30minit. Tapi bila dah keluar dari sauna, badan terus rasa segar. sangat best. sendi-sendi semua longgar. Katanya spa aroma untuk hilangkan bau badan. Sangat layan.






Then rehatkan diri untuk hilangkan peluh, tunggu next step which is urutan. Habis satu badan kena urut dengan minyak spa. lepas tu proses untuk lulur badan untuk melembutkan kulit kita. Aku sampai tertidur kena urut.






Then terus proceed untuk mandi susu dan bunga. berendam dalam bath tab sambil gosok-gosok bunga dan hilangkan minyak di badan. 20 minit rasanya proses tu.






Bila dah setel, pergi ke next step which is basic facial. Dibuangkan segala blackhead dan whitehead kat muka. Muka rasa segar gila dan sangat bersih. Boleh datang sekali lagi untuk buat facial nanti. Sebelum ini aku agak fobia nak datang buat facial sebab risau kulit akan jadi masalah pula.






Cucian rambut dan treatment rambut proses yang terakhir. masa tu hari dah petang. Rambut dan kulit kepala rasa segar sangat. Tapi treatment biasa sahaja. Janji lepas untuk majlis nanti. Harus nampak segar dan berseri-seri.






Pukul 5 baru settle semua treatment, terus balik rumah, khemah dan doorgift semua dah settle. Now tunggu untuk next step which is cukup mendebarkan kami.






oh, kalau siap yang berada area shah alam, aku suggest untuk datang spa ni. berbaloi sangat. ada banyak package yang korang boleh pilih sesuai dengan bajet sendiri.





Salun Kecantikan Hana Lisa
No. 22A Jalan Pinang C, 18/D, Seksyen 18, 40000 Shah Alam selangor
Kak ferry 017-369 6652





Kak ferry owner kedai dan semua step dia buat sendiri. Dia sangat peramah. so tak perlu takut-takut.

6 comments:

  1. thanks for the recommendations

    ReplyDelete
  2. memang syok wat spa ni...MG dulu sempat wat spa badan ja...untuk muka dah tak sempat sebab dah malam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok sangat. dulu takut2. now rasanya macam kena repeat lagi ni :)

      Delete
  3. kite tak sempt nak buat spa. sbb dah nak puasa. then, wedding masa raya. sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite pergi besoknya nak nikah. sempat larik sekejap sebab buat dekat dengan rumah :)

      Delete