Flow Majlis Nikah




Assalamualaikum





hai, kita bertemu kembali dalam sesi review. hehe. oh, sebenarnya ada 1 topik aku melompat which is permohonan perkahwinan lelaki dan perempuan. malas nak cerita sebab step nya sama dengan semua orang. so google sendiri lah pasti korang jumpa jawapan. Review aku pun di jump kan.






Nak cerita pasal flow majlis nikah. Ehem-ehem, perlu refresh balik otak ni, takut-takut ada yang tertinggal. itulah, masa awal-awal tak mahu cerita.






Pagi itu rasanya aku bangun awal. Pukul 6 dah bangun mandi dan solat. malam tu tidur pukul 3 sebab penangan pakai inai pukul 1 pagi. Tunggu inai yang diexport dari Perlis. Lambat nya sampai. campur sesat jalan mak cik aku tu. time tu aku dah mula tensen, inai tak pakai-pakai lagi.






Lepas mandi, aku dan mama terus cabut nak pergi ambil nasi lemak yang kami order 50 bungkus dekat dengan kawasan rumah. Then terus pecut pergi seksyen 25 untuk ambil hand bouquet yang aku tempah 2 minggu lepas. Untuk kegunaan time nikah dan time sanding. Malangnya, dorang boleh lupa order aku. Padahal aku dah bayar 80% dari harga kedua-dua bunga tangan tu. Kalut dorang mencari. Aku dah mula panas hati, tapi still kena control, karang tak syok pula sebab tengah nak ambil mood untuk majlis nikah nanti. Then tauke kedai bunga dah mengamuk dekat staff dia. Said sorry, cakap 15 minit untuk siapkan bunga aku. Tunggu lah sampai pukul 8 pagi. Terus pecut balik rumah nak standby untuk siap-siap.






Sampai rumah aku mesej akak makeup aku. Tanya nak sampai pukul berapa. Akak ni pun lambat juga. Aku dah mula risau. Ke aku lupa mention aku nikah kat masjid. Dekat pukul 9.30 baru sampai, mama aku dah start bising. Diam sahaja lah kan? Sampai terus mulakan sesi makeup. Itupun lambat juga nak siap. Sampai abah aku naik atas Tanya bila nak siap. Habis kena marah. Janji nikah pukul 11 pagi. Pukul 11 baru gerak dari rumah. Nasib baik makeup pun cun. Kurang sedikit stress. Hehe.






Abah aku terus lajukan pecut bawa kereta. Jarak masjid dengan rumah aku tak jauh sebenarnya. Rombongan lelaki dah sampai dulu. Imam nak nikah belum sampai. So sempat ambil mood. Cuak sebenarnya. Mata terus Nampak encik ex-tunang merangkap encik suami sekarang. Dup dap dup dap. Dalam masjid tunduk. Badan seram sejuk wei.







Imam sampai lagi cuak bertambah. Imam sempat juga buat lawak untuk hilangkan stress. Start pengantin lelaki dah jabat tangan imam, dada aku makin berombak. Gila cuak! Tunduk sahaja. Dengar setiap perkataan yang pengantin lelaki sebut. Tiba-tiba, alhamdulilah. Terus baca doa. Sekali lafaz sahaja. Cayalah! Jiwa dah sebak! Control mata jangan bagi menangis. Ikutkan hati memang mengalir juga air mata ku.






Selesai semua, ucap syukur sangat-sangat. Majlis berjalan lancar walaupun ada sedikit cacat celar. Aku banget aku akan nangis lepas nikah, tapi berjaya control. Hehe. Kalau nangis sedikit baru drama, syok juga.







Then settle, kami semua bergerak ke rumah untuk makan, upacara batal air sembahyang dan juga tukar hantaran. Pukul 3 macam tu rombangan beransur pulang. Encik suami pun terus gerak pulang ke rumah dan siap sedia untuk majlis besar besoknya.







Pada malamnya masa untuk tidur, terus terfikir macam tak percaya dah jadi isteri orang. Hey, sekarang pun dah jarang whatapps tau. Datang time bengong, boleh whatapps encik suami bagitahu whatapps kita dah lama tak berbunyi. Alhamdulilah, sudah genap 1 bulan dan kami makin bahagia. Doakan jodoh kami berpanjangan sehingga jannah.






Kita cerita flow majlis dahulu. Gambar tak ada copy di pc office ni. Dari OP pun belum dapat lagi. Balik rumah asyik lupa nak update story. Almaklumlah, makin busy dengan tugas sebagai seorang isteri yang bekerjaya. Balik dari cuti kahwin juga, kerja di office dah beratur menanti. Minggu ni 3 hari aku tak lekat office. besok pergi HQ ada orientation new staff. Nanti aku ceritalah pasal majlis pihak perempuan dan pihak lelaki satu per satu. Tolonglah mood datang. Banyak dah yang tertunggak ni. sekian.


2 comments:

  1. alhamdulillah.. ms hri mjlis xbleh stress kan.. cool down je kan.. kene praktis nii..huu

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..
    selesai juga ya..
    baca epa punya cerita, kita yg nebes.. hahahhaa..

    ReplyDelete