duatigatujuhduabelas

1st day puasa di office. Balik dari site inspection di titiwangsa, terus flatt. Tertidur kat workstation sambung ke surau. Sekarang google resepi nak masak berbuka ni dan godek-godek agoda nak booking hotel untuk raya ni. Tahun ni pagi raya di kuang, petang terus cabut balik kedah, tidur di penang. Yippieee! Line office slow! Haish!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Flow Majlis Nikah




Assalamualaikum





hai, kita bertemu kembali dalam sesi review. hehe. oh, sebenarnya ada 1 topik aku melompat which is permohonan perkahwinan lelaki dan perempuan. malas nak cerita sebab step nya sama dengan semua orang. so google sendiri lah pasti korang jumpa jawapan. Review aku pun di jump kan.






Nak cerita pasal flow majlis nikah. Ehem-ehem, perlu refresh balik otak ni, takut-takut ada yang tertinggal. itulah, masa awal-awal tak mahu cerita.






Pagi itu rasanya aku bangun awal. Pukul 6 dah bangun mandi dan solat. malam tu tidur pukul 3 sebab penangan pakai inai pukul 1 pagi. Tunggu inai yang diexport dari Perlis. Lambat nya sampai. campur sesat jalan mak cik aku tu. time tu aku dah mula tensen, inai tak pakai-pakai lagi.






Lepas mandi, aku dan mama terus cabut nak pergi ambil nasi lemak yang kami order 50 bungkus dekat dengan kawasan rumah. Then terus pecut pergi seksyen 25 untuk ambil hand bouquet yang aku tempah 2 minggu lepas. Untuk kegunaan time nikah dan time sanding. Malangnya, dorang boleh lupa order aku. Padahal aku dah bayar 80% dari harga kedua-dua bunga tangan tu. Kalut dorang mencari. Aku dah mula panas hati, tapi still kena control, karang tak syok pula sebab tengah nak ambil mood untuk majlis nikah nanti. Then tauke kedai bunga dah mengamuk dekat staff dia. Said sorry, cakap 15 minit untuk siapkan bunga aku. Tunggu lah sampai pukul 8 pagi. Terus pecut balik rumah nak standby untuk siap-siap.






Sampai rumah aku mesej akak makeup aku. Tanya nak sampai pukul berapa. Akak ni pun lambat juga. Aku dah mula risau. Ke aku lupa mention aku nikah kat masjid. Dekat pukul 9.30 baru sampai, mama aku dah start bising. Diam sahaja lah kan? Sampai terus mulakan sesi makeup. Itupun lambat juga nak siap. Sampai abah aku naik atas Tanya bila nak siap. Habis kena marah. Janji nikah pukul 11 pagi. Pukul 11 baru gerak dari rumah. Nasib baik makeup pun cun. Kurang sedikit stress. Hehe.






Abah aku terus lajukan pecut bawa kereta. Jarak masjid dengan rumah aku tak jauh sebenarnya. Rombongan lelaki dah sampai dulu. Imam nak nikah belum sampai. So sempat ambil mood. Cuak sebenarnya. Mata terus Nampak encik ex-tunang merangkap encik suami sekarang. Dup dap dup dap. Dalam masjid tunduk. Badan seram sejuk wei.







Imam sampai lagi cuak bertambah. Imam sempat juga buat lawak untuk hilangkan stress. Start pengantin lelaki dah jabat tangan imam, dada aku makin berombak. Gila cuak! Tunduk sahaja. Dengar setiap perkataan yang pengantin lelaki sebut. Tiba-tiba, alhamdulilah. Terus baca doa. Sekali lafaz sahaja. Cayalah! Jiwa dah sebak! Control mata jangan bagi menangis. Ikutkan hati memang mengalir juga air mata ku.






Selesai semua, ucap syukur sangat-sangat. Majlis berjalan lancar walaupun ada sedikit cacat celar. Aku banget aku akan nangis lepas nikah, tapi berjaya control. Hehe. Kalau nangis sedikit baru drama, syok juga.







Then settle, kami semua bergerak ke rumah untuk makan, upacara batal air sembahyang dan juga tukar hantaran. Pukul 3 macam tu rombangan beransur pulang. Encik suami pun terus gerak pulang ke rumah dan siap sedia untuk majlis besar besoknya.







Pada malamnya masa untuk tidur, terus terfikir macam tak percaya dah jadi isteri orang. Hey, sekarang pun dah jarang whatapps tau. Datang time bengong, boleh whatapps encik suami bagitahu whatapps kita dah lama tak berbunyi. Alhamdulilah, sudah genap 1 bulan dan kami makin bahagia. Doakan jodoh kami berpanjangan sehingga jannah.






Kita cerita flow majlis dahulu. Gambar tak ada copy di pc office ni. Dari OP pun belum dapat lagi. Balik rumah asyik lupa nak update story. Almaklumlah, makin busy dengan tugas sebagai seorang isteri yang bekerjaya. Balik dari cuti kahwin juga, kerja di office dah beratur menanti. Minggu ni 3 hari aku tak lekat office. besok pergi HQ ada orientation new staff. Nanti aku ceritalah pasal majlis pihak perempuan dan pihak lelaki satu per satu. Tolonglah mood datang. Banyak dah yang tertunggak ni. sekian.


1 bulan sudah :-)

Sudah 1 bulan jadi suami isteri. Masa masih panjang. Doakan berkekalan ke akhirnya. Amin.


Belum ada rezeki lagi. Cuba lagi hihi.


Excited nak puasa dengan encik suami :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Its Spa Time!




Assalamualaikum





Kali ini aku nak ceritakan perihal spa yang mama sponsor plus tambah duit aku sendiri sebelum wedding berlangsung. Cerita pasal spa ni terjadi masa hari Jumaat sebelum nikah. Khamis aku datang dengan mama ke spa tu untuk booking tempat. Then datang hari Jumaat. Spa ni dekat sahaja dengan rumah. So aku pergi seorang. Kesian pula kalau ada orang teman nak tunggu aku berjam-jam kat sana.





Spa aku start dari pukul 11.30 pagi sampailah 5 petang. Lama gila proses. Itupun aku ambil package biasa. Bukan bridal spa. Package yang aku ambil which is Sauna aroma, Urutan, Mandi susu dan bunga, rawatan resdung dan cucian rambut. Suddenly on that day, akak spa suggest pada aku untuk tukarkan rawatan resdung kepada Basic Facial. Plus aku gatal tambah untuk treatment rambut sekali. Rasanya dalam 250++ kalau tak silap. Mama sponsor 200 untuk aku. jimat duit. hehe.






Pengalaman first time join spa. sangat best! Mula-mula dengan sauna aroma. Peh! badan berpeluh tak ingat. dekat 30minit. Tapi bila dah keluar dari sauna, badan terus rasa segar. sangat best. sendi-sendi semua longgar. Katanya spa aroma untuk hilangkan bau badan. Sangat layan.






Then rehatkan diri untuk hilangkan peluh, tunggu next step which is urutan. Habis satu badan kena urut dengan minyak spa. lepas tu proses untuk lulur badan untuk melembutkan kulit kita. Aku sampai tertidur kena urut.






Then terus proceed untuk mandi susu dan bunga. berendam dalam bath tab sambil gosok-gosok bunga dan hilangkan minyak di badan. 20 minit rasanya proses tu.






Bila dah setel, pergi ke next step which is basic facial. Dibuangkan segala blackhead dan whitehead kat muka. Muka rasa segar gila dan sangat bersih. Boleh datang sekali lagi untuk buat facial nanti. Sebelum ini aku agak fobia nak datang buat facial sebab risau kulit akan jadi masalah pula.






Cucian rambut dan treatment rambut proses yang terakhir. masa tu hari dah petang. Rambut dan kulit kepala rasa segar sangat. Tapi treatment biasa sahaja. Janji lepas untuk majlis nanti. Harus nampak segar dan berseri-seri.






Pukul 5 baru settle semua treatment, terus balik rumah, khemah dan doorgift semua dah settle. Now tunggu untuk next step which is cukup mendebarkan kami.






oh, kalau siap yang berada area shah alam, aku suggest untuk datang spa ni. berbaloi sangat. ada banyak package yang korang boleh pilih sesuai dengan bajet sendiri.





Salun Kecantikan Hana Lisa
No. 22A Jalan Pinang C, 18/D, Seksyen 18, 40000 Shah Alam selangor
Kak ferry 017-369 6652





Kak ferry owner kedai dan semua step dia buat sendiri. Dia sangat peramah. so tak perlu takut-takut.

folic acid



Assalamualaikum





Folic Acid ni memang famous dikalangan b2b sebagai perancangan untuk jadi bakal mommy. actually folic acid ni bagus untuk meningkatkan pertumbuhan bayi dalam kandungan. Jadi ianya juga sangat digalakkan bagi sesiapa yang merancang untuk ada baby.





Paling bagus kalau mula mengambil 3-1 bulan sebelum kahwin. Kalau nak baby cepat lah. Macam aku, benda ni dah beli lama dah. tapi baru makan 1 papan. Boleh? asyik lupa sahaja nak makan. Lepas pindah rumah aku pun lupa letak mana. haha.






Selalunya, once doktor dah confrim kita pregnant, doktor akan bagi juga folic acid ini sebagai supplement. Ianya supplement. Yang penting jangan malas macam aku. lupa lah nak makan lagi.






Oh, yang ini aku beli dekat watson dalam RM30 1 kotak. dalamnya ada 90 biji. Cukup untuk 3 bulan punya stok.





Folic acid is a naturally occurring B vitamin. It helps a fetus's neural tube develop properly. The neural tube is the part of a developing baby that becomes the brain and spinal cord. When the neural tube does not close properly, a baby is born with a very serious birth defect called a neural tube defect (NTD). Source: Click Here




Selamat mencuba!


Idea sekangkang kera



Assalamualaikum




Semalam pulang ke rumah PIL ada makan-makan sempena birthday anak buah. budak-budak punya lah ramai. yang peliknya, budak-budak semua nak lekat dengan kami. MIL cakap 'jangan-jangan dah ada tak?'





tanda-tanda ada, tapi check pagi tadi -ve. tunggu sahaja minggu ni. ada rezeki adalah kan?





semuanya di tangan Tuhan.





Blog sudah makin bersawang. Alahai, ruginya nak buat coretan. tapi pandang blog, idea tak datang. Progress? Now dah masuk rumah sewa dan kami sudah bermula tugas sebagai suami isteri. Minggu ni merupakan minggu ke 2. Rumah sudah makin kemas. Insyallah, once pc saya selamat diformat oleh encik suami, saya akan update coretan kahwin dan juga progress rumah sewa.




Rumah saya ada line internet. seronok! boleh online bila encik suami pergi kerja.




eh, tiba-tiba ada idea. tunggu next entri lah. haha.