Rumah Sewa [Post-wedding Progress]



Assalamualaikum




Tiba-tiba ada 1 entri mengenai post-wedding progress. Yelah, asyik cerita progress wedding, tapi perkara besar terutama kehidupan selepas kahwin lagi penting. Inilah yang paling penting dan buat kami berdua pening kepala sampai aku demam which is hunting rumah sewa. serius, balik dari cari rumah sewa terus demam dan MC. darah gemuruh sekali kot. berjangkit dengan beliau sekali. Jangkitan ikut angin. haha.





oh, ingat entri sebelum ni, kereta dah okay. nasib baik mama sponsor separuh. wah! terbang duit aku separuh. boleh guna untuk bayar makeup sabtu ni tau!





4 hari lagi. Insyallah.





Abaikan segala dugaan yang datang sebelum nikah. anggap sahaja Allah sayangkan kita.





aku rasa dekat 3 minggu kami hunting rumah sewa. dari decision tempat, bajet, environment, kedai-kedai, semua kami titik beratkan. Dan akhirnya, kami jumpa rumah yang ikut bajet kami.





Kami duduk shah alam.





Ye, kami cari rumah di shah alam juga. memang tak lari mana. hihi. Cadang asalnya nak pindah dan menetap di ampang, sebab dekat dengan tempat kerja aku. tapi rumah kat ampang pun boleh tahan mahal. lepas tu yang murah, environment pula tak best. baru aku tahu rupanya susah nak cari rumah sewa. selama ni duduk rumah mak. time belajar duduk hostel. macam mana aku nak ada pengalaman cari rumah sewa kan?





sebab utama kami decide nak duduk shah alam, sebab beliau teringin nak jadi orang shah alam. haha. ampun. shah alam ni tengah-tengah di antara tempat kerja aku dan beliau. tapi kalau beliau pindah batu caves, jauhlah sikit. suami travel lah jauh sikit. kesian incik suami. nanti adinda masak sedap-sedap tunggu kepulangan kekanda, boleh?






lagipun kalau kami dapat 'rezeki' awal, ececeh, baby boleh pass kat mama tolong jaga. sebab haritu mama offer untuk jagakan baby tapi dengan syarat kena duduk shah alam. Almaklumlah, cucu sulung. cewah. sebelah beliau dah ramai cucunya. ini semua beliau yang fikirkan. katanya lelaki memang fikir jauhhhhhh.






then senang parent kitorang nak datang. famili aku confrim-confrim senang. jarak 15 min sahaja dari rumah. famili beliau pula memang jenis datang shopping kat shah alam. so masing-masing familiar dah tempat sini. senang cerita.





walaupun shah alam banyak roundabout, aku akui susah nak tinggalkan shah alam. haha.





rumah dah bayar booking. lepas settle majlis sebelah aku, kami nak pergi ambil kunci dan basuh rumah. Lepas tu, settle majlis sebelah beliau, bayar balance deposit then Insyallah by Julai, kami akan masuk rumah. Bermulalah episod alam rumahtangga kami. Tabahkanlah hati. Mudah-mudahan semuanya baik-baik belaka. Boleh buat house warming sekali ni lepas raya also known as open house. Idea! Rezeki kami juga sebab dapat rumah baru. Tapi ala-ala penthouse pasal rumah tingkat paling tinggi. boleh nampak 1 shah alam, tapi tak menghadap icity. Pasrah lah rumah tinggi. Tak apa, janji hidup dengan suami. mesti okay punya.





Kami decide rumah ni pun last minit, lepas beliau bising-bising sebab aku yang susah nak decide rumah mana. Bawa mama dan adik-adik tengok rumah, aku terus berkenan. 3 bilik, 2 bilik air. tapi tak besar mana pun. flat je. muat lah kami untuk tinggal berdua. Insyallah, lepas 1 tahun, ada rezeki boleh beli rumah sendiri. rumah ada tanah, senang anak-anak nak main.





sebenarnya kami quarantine untuk tak jumpa selama 2 minggu. tapi malangnya, jumaat malam dengan izin mak beliau, dapat juga kami meet up sebentar sebab nak tunjuk kat beliau rumah tu. once beliau okay, terus letak booking. Alhamdulilah, kami dua-dua agree. ok, tak sabar nak hias rumah sendiri. walaupun rumah sewa saja.




Ya Allah, permudahkanlah urusan kami pada minggu ini. Amin.




excited nak kahwin ni!




Tak tahu lah samaada entri ni entri terakhir sebelum bergelar puan. aku ni kalau nak update ikut mood. kang takut tak sempat sebab dah mula busy kat rumah. Aku akan start cuti khamis ini. siapa dah dapat kad, jemput datang ye?



12 comments:

  1. sy pon suka rumah atas tanah..tp sementara waktu sewa je dekat mane2 dulu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul. sementara waktu saja kan? :)

      Delete
  2. Flat mane??
    nnti nak terjah umah cik epa lah hari raya... hehe (^_^)
    insya-Allah, ujung minggu ni dtg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pangsapuri kem rimba sec16. boleh2.. jemput lah dtg nanti :) eh jemput dtg kenduri juga tau!

      Delete
    2. owh xtahu... xpe, nnti boleh cari.. hehe
      insya-Allah dtg kenduri... pengantin dtg 12.30 kan...

      Delete
    3. yee, pengantin dtg insyallah 12.30. awal dtg, hihih :) nnt jgn lupe amik gambar sama2 :)

      Delete
    4. insya-Allah (^_^)
      ttbe jd xsabar plak..hik2

      Delete
  3. best nya da dapat uma. kiat tgh dok mencari nie. hehehe. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat mencari cik ain. rumah nak cari area mana?

      Delete
  4. alah..tengah pening gak neh..

    tunang keje cheras..
    daku keje selayang..

    shah alam okeh ke..?

    kamu keje kat batu caves ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh, selayang cheras. duduk lah ukay perdana. ada flat baru, flat sg sering. tapi xsure area mana. maaf.

      xdela. bakal suami dengar2 nak kena pindah keje batu caves, tapi before this dia memang kat batu caves. so xtau la macam mana nanti.


      kalau ok, memang plan nak minta tukar opis. sebab main hq kat subang saja. dekat ajo. itupun kalau dapat.

      Delete
  5. wa..beshnye..tqah penin cr umah ni..semoga semua berjalan lancar.. br jumpe blog ni..nk follow la..hihi

    ReplyDelete