Honeymoon-DONE [wedding progress]



Assalamualaikum semua





Now progress wedding punya cerita. sebenarnya honeymoon ni dah lama booking. tengah bulan 5 rasanya. baru sibuk-sibuk nak cerita dalam blog. Almaklumlah baru settle hal training. Sampai 3 minggu training, makan free dan berjimba. mana tak seronok. shopping sakan tak hingat. tengah bulan menangis duit tak ada. berkira-kira bilalah nak gaji. hihi. biasa lah tu.





sebelum ini dah cerita dan bagi bayangan tempat honeymoon. dulu berangan nak sangat pergi krabi. tapi memandangkan kewangan masa tu belum mencukupi plus masa tiket murah, tak book awal-awal menyebabkan kitorang decide untuk pergi dalam negara sudah. janji dapat honeymoon.





tempat? Cherating. mana lagi. disebabkan kami tak pernah pergi roadtrip sama-sama, jadi kami berdua sangat excited dengan percutian ini. Aku memang sangat suka roadtrip. suka jalan-jalan. famili jalan-jalan. 1 malaysia dah jalan. so kali ini nak jalan-jalan dengan suami pula. oh, lepas ini ada suami. besok weekend terakhir sebagai bujangan yaw!





hotel kitorang dah booked. booked through Agoda saja. Sebab agoda banyak choice dan hotelnya lagi murah. mulanya nak walk in saja. tapi takut walk in hotel akan jadi normal price. so better booked online yang mana harga boleh jatuh 50% diskaun. berbaloi-baloi. Yang pastinya, boleh dipercayai!





Nanti kita review hotel dan aktiviti menarik kami. tema free and easy. so masih tak tahu apa aktiviti kitorang masa kat sana.





clue: hotel terletak di pesisir pantai cherating. 4* hotel. Tapi tak dapat hotel idaman. tak apa. janji honeymoon.





Pergi honeymoon selepas gaji, jadi harus shopping baju honeymoon! Long dress wajib ada. Mari pergi Times Square. Dress murah-murah.





7 hari lagi.




3 comments:

  1. selamat pengantin baru epa.semoga semuanya di permudahkan.amin

    ReplyDelete
  2. oh br tau harituh berjimba-jimba. tak ajak pulak tu.

    ReplyDelete
  3. klu pergi pantai...mesti ada long dress kan....
    good luck hunting bju honeymoon

    ReplyDelete