honeymoon journey

Letak gambar dulu boleh? Nanti update.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Review & Pray from others. Thank you so much!



From:



1) Eyra Zahira [Link]


2) Lyaa Suriany [Link]


3) Diyana - A Thousand Miles Journey [Link]


4) Puan Finie - Fasrabiqul Khairat [Link]




Terima kasih semua atas review yang sangat sweet! Terima kasih juga atas doa yang kalian semua tinggalkan diruang komen sebelum ini. Semoga hidup anda juga dirahmati Allah dan juga segala perancangan berjalan dengan lancar.



Insyallah, bila dapat gambar, pasti akan di review satu per satu. Tunggu next entri.

officially married :-)


Alhamdulilah. Tunggu next update. Tengah bermalas-malasan sekarang. Besok dah mula kerja. So kita carpool dengan encik suami :-)

Published with Blogger-droid v2.0.4

I'm ex-b2b 2012 [sticky note]



*sticky note

please scroll down for latest entry
thank you





Assalamualaikum.



Alhamdulilah, Epa dan pasangan sudah selamat diijabkabulkan. Syukur Alhamdulilah. Segala penat lelah menjayakan majlis untuk kedua belah pihak. Terima kasih buat semua yang terlibat. Kalau terkurang terlebih, ampun dan maaf ye? Terima kasih juga atas doa kalian semua. Ianya cukup bermakna buat kami berdua.




Untuk bride to be yang masih sudi dan ingin tinggal jejak, boleh tinggalkan comment kat ruang bawah ni berserta link blog anda. takut tinggalkan kat shoutbox Epa tak perasan pulak. Insyallah Epa akan singgah dan meramaikan b2b link kat blog Epa ni. mana tahu kita boleh kongsi pendapat ke kan?



kalau nak tanya apa-apa boleh email akuifakosape@yahoo.com



akhir kata, Nice to meet you!


Save the date [wedding invitation]



Assalamualaikum




saya epa dan seisi keluarga dengan rasa rendah diri nak menjemput semua kenalan ke majlis perkahwinan saya dan pasangan seperti berikut:



Tarikh: 17 Jun 2012
Hari: Ahad
Masa: 12.00 tengahari - 4.00 petang
Tempat: Dewan Serbaguna Sirim Berhad, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor

Ketibaan Pengantin: 12.30 tengahari



semoga dengan kehadiran saudara/saudari dan keluarga dapat memeriahkan majlis kami. 
sekian, terima kasih.


Siapa yang berminat nak hadir dan belum bagi alamat, boleh click event [di sini] dan tinggalkan detail anda. email : akuifakosape@yahoo.com


Wedding Checklist: 4 month sebelum majlis





Legal Thing

HIV+ Talasemia *Done
Tempah tok kadi *Done


Legal Document

Bride *Done
Groom *Done


Attire

Nikah Groom *Done + Bride *Done
Sanding *Done
Tandang *Done
Family *Done



Doorgift

VIP *in progress
Nikah *in progress
Sanding *in progress


Bunga Pahar

Bekas Pahar (Nikah+Sanding) *Done
Bunga Telur (Nikah+Sanding) *Done


Aksesori Nikah

Bride *Done
Groom *Done


Guest List

Nikah *Done
Sanding *Done


Aturcara majlis

Nikah
Sanding *in progress


Kad Kahwin

Budget *Done
Design *Done
Printing *Done


Entertainment

Kompang *Done
DJ *Done
List of Wedding song


Our Maid of Honour

Sanding *Done
Tandang *Done


Maid of Honour Attire/Bestman

MOH Bride *Done
Bestman Groom *Done


List of Bridesmaid

Nikah *Done
Sanding *Done


Do It Yourself

Veil Nikah *Done
Kasut Bride *Done
Alas Dulang *Done
Family Corsage/Button Badges - Design *Done / Printing *in progress
Deco Hantaran - Design *in progress / Material *Done
Deco Tangga Rumah - Design / Material *in progress
Pomander Ball - Bridesmaid *in progress
Welcome Signage Reception - Design *Done / Printing *Done
Road Signage Sanding - Design *Done / Printing *Done


Photo booth Corner (DIY)

Design *in progress
Material / Props *in progress
Printing *Done


Guest Book (DIY)

Design *Done
Material / Props *in progress
Printing *Done


Centerpiece Table Deco (DIY)
Nikah - Design *Done / Printing *Done
Sanding - Design *Done / Printing *in progress


Wedding Bunting / Banner

Nikah - Design *Done / Printing *Done
Sanding (banner) - Design *Done / Printing *Done
Sanding (Bunting) - Design *Done / Printing *Done
Tandang (Bunting) - Design *Done / Printing *Done


Deco Bilik Pengantin (DIY)

Design *in progress
Cat *Done
Langsir *Done
Dressing Table *Done
Aircond *Done


Etc

Bunga Manggar



update: 8 Jun 2012

Rumah Sewa [Post-wedding Progress]



Assalamualaikum




Tiba-tiba ada 1 entri mengenai post-wedding progress. Yelah, asyik cerita progress wedding, tapi perkara besar terutama kehidupan selepas kahwin lagi penting. Inilah yang paling penting dan buat kami berdua pening kepala sampai aku demam which is hunting rumah sewa. serius, balik dari cari rumah sewa terus demam dan MC. darah gemuruh sekali kot. berjangkit dengan beliau sekali. Jangkitan ikut angin. haha.





oh, ingat entri sebelum ni, kereta dah okay. nasib baik mama sponsor separuh. wah! terbang duit aku separuh. boleh guna untuk bayar makeup sabtu ni tau!





4 hari lagi. Insyallah.





Abaikan segala dugaan yang datang sebelum nikah. anggap sahaja Allah sayangkan kita.





aku rasa dekat 3 minggu kami hunting rumah sewa. dari decision tempat, bajet, environment, kedai-kedai, semua kami titik beratkan. Dan akhirnya, kami jumpa rumah yang ikut bajet kami.





Kami duduk shah alam.





Ye, kami cari rumah di shah alam juga. memang tak lari mana. hihi. Cadang asalnya nak pindah dan menetap di ampang, sebab dekat dengan tempat kerja aku. tapi rumah kat ampang pun boleh tahan mahal. lepas tu yang murah, environment pula tak best. baru aku tahu rupanya susah nak cari rumah sewa. selama ni duduk rumah mak. time belajar duduk hostel. macam mana aku nak ada pengalaman cari rumah sewa kan?





sebab utama kami decide nak duduk shah alam, sebab beliau teringin nak jadi orang shah alam. haha. ampun. shah alam ni tengah-tengah di antara tempat kerja aku dan beliau. tapi kalau beliau pindah batu caves, jauhlah sikit. suami travel lah jauh sikit. kesian incik suami. nanti adinda masak sedap-sedap tunggu kepulangan kekanda, boleh?






lagipun kalau kami dapat 'rezeki' awal, ececeh, baby boleh pass kat mama tolong jaga. sebab haritu mama offer untuk jagakan baby tapi dengan syarat kena duduk shah alam. Almaklumlah, cucu sulung. cewah. sebelah beliau dah ramai cucunya. ini semua beliau yang fikirkan. katanya lelaki memang fikir jauhhhhhh.






then senang parent kitorang nak datang. famili aku confrim-confrim senang. jarak 15 min sahaja dari rumah. famili beliau pula memang jenis datang shopping kat shah alam. so masing-masing familiar dah tempat sini. senang cerita.





walaupun shah alam banyak roundabout, aku akui susah nak tinggalkan shah alam. haha.





rumah dah bayar booking. lepas settle majlis sebelah aku, kami nak pergi ambil kunci dan basuh rumah. Lepas tu, settle majlis sebelah beliau, bayar balance deposit then Insyallah by Julai, kami akan masuk rumah. Bermulalah episod alam rumahtangga kami. Tabahkanlah hati. Mudah-mudahan semuanya baik-baik belaka. Boleh buat house warming sekali ni lepas raya also known as open house. Idea! Rezeki kami juga sebab dapat rumah baru. Tapi ala-ala penthouse pasal rumah tingkat paling tinggi. boleh nampak 1 shah alam, tapi tak menghadap icity. Pasrah lah rumah tinggi. Tak apa, janji hidup dengan suami. mesti okay punya.





Kami decide rumah ni pun last minit, lepas beliau bising-bising sebab aku yang susah nak decide rumah mana. Bawa mama dan adik-adik tengok rumah, aku terus berkenan. 3 bilik, 2 bilik air. tapi tak besar mana pun. flat je. muat lah kami untuk tinggal berdua. Insyallah, lepas 1 tahun, ada rezeki boleh beli rumah sendiri. rumah ada tanah, senang anak-anak nak main.





sebenarnya kami quarantine untuk tak jumpa selama 2 minggu. tapi malangnya, jumaat malam dengan izin mak beliau, dapat juga kami meet up sebentar sebab nak tunjuk kat beliau rumah tu. once beliau okay, terus letak booking. Alhamdulilah, kami dua-dua agree. ok, tak sabar nak hias rumah sendiri. walaupun rumah sewa saja.




Ya Allah, permudahkanlah urusan kami pada minggu ini. Amin.




excited nak kahwin ni!




Tak tahu lah samaada entri ni entri terakhir sebelum bergelar puan. aku ni kalau nak update ikut mood. kang takut tak sempat sebab dah mula busy kat rumah. Aku akan start cuti khamis ini. siapa dah dapat kad, jemput datang ye?



Honeymoon-DONE [wedding progress]



Assalamualaikum semua





Now progress wedding punya cerita. sebenarnya honeymoon ni dah lama booking. tengah bulan 5 rasanya. baru sibuk-sibuk nak cerita dalam blog. Almaklumlah baru settle hal training. Sampai 3 minggu training, makan free dan berjimba. mana tak seronok. shopping sakan tak hingat. tengah bulan menangis duit tak ada. berkira-kira bilalah nak gaji. hihi. biasa lah tu.





sebelum ini dah cerita dan bagi bayangan tempat honeymoon. dulu berangan nak sangat pergi krabi. tapi memandangkan kewangan masa tu belum mencukupi plus masa tiket murah, tak book awal-awal menyebabkan kitorang decide untuk pergi dalam negara sudah. janji dapat honeymoon.





tempat? Cherating. mana lagi. disebabkan kami tak pernah pergi roadtrip sama-sama, jadi kami berdua sangat excited dengan percutian ini. Aku memang sangat suka roadtrip. suka jalan-jalan. famili jalan-jalan. 1 malaysia dah jalan. so kali ini nak jalan-jalan dengan suami pula. oh, lepas ini ada suami. besok weekend terakhir sebagai bujangan yaw!





hotel kitorang dah booked. booked through Agoda saja. Sebab agoda banyak choice dan hotelnya lagi murah. mulanya nak walk in saja. tapi takut walk in hotel akan jadi normal price. so better booked online yang mana harga boleh jatuh 50% diskaun. berbaloi-baloi. Yang pastinya, boleh dipercayai!





Nanti kita review hotel dan aktiviti menarik kami. tema free and easy. so masih tak tahu apa aktiviti kitorang masa kat sana.





clue: hotel terletak di pesisir pantai cherating. 4* hotel. Tapi tak dapat hotel idaman. tak apa. janji honeymoon.





Pergi honeymoon selepas gaji, jadi harus shopping baju honeymoon! Long dress wajib ada. Mari pergi Times Square. Dress murah-murah.





7 hari lagi.




perasaanku retak seribu [wordless wednesday]

Malas cakap banyak. Redha itu ikhlas. Pasrah itu menyerah. Qada dan qadar. 9 hari lagi.


Published with Blogger-droid v2.0.4