Wedding progress [countdown 20 days]




Assalamualaikum





cak! Cak! kembali lagi entri terbaru dan kali ni update guna laptop. Tapi kena update dengan pantas sebelum bonda menjerit panggil anak dara nya turun. hihi. So masuk entri wedding progress. Alhamdulilah, wedding progress berjalan dengan lancar walaupun dengan skala yang perlahan. Malas kot. dan juga tak ada masa, boleh? Alasan saja tu. 






Semalam aku dah berjalan selesai menjahit langsir siang a.k.a day curtin untuk bilik pengantin. Untuk pengetahuan, night curtin aku dah rembat di MK curtin nilai 3. harga cukup murah, janji nampak cantik. beli yang siap saja, malas nak tempah. Malangnya untuk day curtin kena tempah dan tak jumpa yang jual readymade. So gigihkan diri cakap kat mama nak jahit sendiri, mula-mula mama bangkang sebab aku dah start kerja jauh, takut penat dan tak sempat nak siapkan. setelah 2 minggu godek langsir, actually siap 1 hari saja, tapi aku ni jenis suka tangguh kerja, berganjaklah sampai 2 minggu. Buat kerja hanya dihujung minggu kan? Nasib baik langsir aku rupa langsir, kalau rupa baju kurung, lagi naya kan? haha. kira jadi jugalah langsir tu, kalau tengok dekat-dekat confrim fail. boleh CROSS langsir. yippie.






Tadi sempat keluar pergi printing untuk entrance majlis nikah dan sanding. sebab hari tu dah beli easel dan frame besar di ikea. Buat printing pun habis 40 ringgit. dah masuk siap-siap dalam frame, terus seronok jiwa nak deco time majlis. Ala deco simple sahaja. Barang untuk guestbook corner dah beli, cuma nak cantikkan dengan hiasan saja. Mari terjah Daiso.







Kelmarin kami dah bayar 2nd payment untuk OP. settle juga, next payment bila album dah siap. haish. tak sabar nak tunggu hasil gambar wedding aku. oh, semalam juga sempat ambil album pre wedding kami. memang puas hati. Excited!






Dulu aku pernah cerita ambil OV kan? di saat-saat akhir aku terpaksa burn deposit untuk OV. Fikir-fikir balik, bajet dah lari. so terpaksalah cancel kan OV. Tak apalah, anggap sahaja tak ada rezeki. Janji kahwin sudahlah kan? 






Baju sanding side lelaki dan perempuan dah fitting 2 minggu lepas. tunggu nak pergi next meeting nak try semula fitting tu then bayar untuk next payment. kemungkinan dalam weekday. sebab sekarang dah masuk musim cuti sekolah, akak pelamin sure busy.






aku dah nak kahwin oit. macam tak percaya.






Kad kahwin semua dah mula hantar, aku rasa tinggal last batch tak hantar lagi. kad pun dah habis. mama cakap tak payah tempah lagi, cukup lah. mungkin hantar ikut email pula. nasib baik ada soft copy. Parent aku ambil banyak kad. kenduri ni pun kenduri parent yang nak raikan kita. 






Kerja yang masih pending, nak cat kayu kat bilik, centerpiece table banyak lagi pending, hantar deco tak siap lagi. doorgift tunggu nak repacking, telur sahaja. nak kemas bilik. Cat kayu kat bilik ni. Dalam kepala otak fikir macam mana nak hias bilik ni. Sekarang kat rumah, memang terabur dengan barang kahwin dalam kotak. Tinggi aku pun ada.






Decoration untuk bilik pengantin pun ada few dah settle. Bedside table dan lampu dah beli. bedside table beli kat ikea, within the bajet. lampu dapat harga murah kat carefour shah alam. sepuluh ringgit sahaja. eh banyak juga tak siap lagi ni. 






Today activities: keluar dengan beliau lagi, nak searching rumah sewa di ampang. Then nak settle kan barang beliau lah. songkok etc. Aku mungkin nak cari shawl untuk sanding dan bertandang. Kalau rajin nak DIY dengan manik-manik yang banyak lebih ni. Next week kitorang last jumpa sebab nak pergi kenduri kahwin. then 2 weeks tak jumpa until majlis nikah.


2 comments:

  1. banyak kan benda kena settle untuk kawen ni..huhu. Hope semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, sangat banyak bende nak kena setel. tq dear! :)

      Delete