training oh training



Assalamualaikum semua.



Lamanya tak update blog. Rindu sama ini blog and kawan-kawan blog juga. Sejak-sejak tukar kerja, memang tak ada masa nak online macam dulu. Tengok kejap-kejap saja. Minggu ni aku busy dengan training sampailah 4 june ni. Itupun baru tahu lepas training ni, ada lagi 1 training yang memerlukan kita pass test nanti. Barulah layak untuk masuk track dan bergelar qualify staff. Hihi. Aku sebenarnya banyak nak cerita pasal wedding preparation, tapi still tergantung. Nak online thru laptop baru syok. Ini laptop adik aku dah kebas dulu, so kita cerita lah pasal benda lain dulu.



Alang-alang cerita pasal training, syukur sangat dengan kerja baru. Bestlah so far dapat bos and member department yang boleh ngam. Kerja? Masih bidang baru dan aku suka. Yelah, kerja ni kena tanam minat dalam diri, baru semangat kita nak datang kerja. Sudah masuk 2bulan dan aku kena banyak belajar.



Oh, nasib baik training sampai 4hari bulan ni, sebab next week nya, aku dah start cuti kahwin. Cuti dah hantar kat bos. Kad pun dah distribute kat member, cuma ada few yang tertinggal, pasal kad tak cukup. Oh, aku entitled 5 hari cuti kahwin. Banyak syok. So tambah 2 hari extra. Honeymoon pun dah confrim date dan time, cuma nak book bilik sahaja. Sekarang mood tak sabar nak cuti. Hihi



Cuti kahwin pun bukan direct, lopong-lopong juga. Almaklumlah, staff baru, takut nak ambil cuti direct, kejap jelah. Tak apalah, janji dapat cuti. Lepas naik dari cuti kahwin, dengar-dengar cerita company nak rebranding pula. So, tunggu dan lihat. Training ni ada test, doa-doalah lulus.



Oklah, nak tidur dah. Besok jumaat, sabtu ahad penuh dengan aktiviti kerja kahwin. Nanti nak curi masa update wedding progress.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment