progress bakal bilik pengantin


Assalamualaikum





Hai semua! Kita bertemu kembali dalam coretan diari kahwin epa. Now nak cerita progress bakal bilik pengantin. Kenapakah ianya bakal? sebab bilik ini merupakan bilik kongsi antara aku dan adik aku seorang ni. so akan diconvert menjadi bilik pengantin sementara menunggu habisnya makjlis pihak lelaki. boleh tak ayat tu? hihi.





Progress bilik pengantin bermula dari decision katil pengantin. Pakai sahaja katil ni, sebab katil ni pun baru beli. Masih kuat dan kukuh. Huhu. Katil asal ni merupakan katil besi. So puas berfikir untuk cari konsep yang sesuai dan masuk dengan katil besi.





Vintage!!





Yup, ada entri sebelum ni aku ada bagi example beberapa gambar design vintage room. Terus jatuh cinta! Tapi takut ianya tak terjadi macam yang digambarkan. Pasrah dan berdoa!





Next proceed ke aircond bilik. Ini pun mama aku yang sponsor. Hihi. Lega bilik ada aircond, nanti nak makeup pun senang. Sebelum ni masa tunang, pinjam bilik adik aku yang seorang lagi sebab dia dah beli dulu aircond.





Haritu jusco ada buat sales dan aku berjaya rembat cadar dan comforter yang sangat comel! Gambar kartun just married. Memang kamikazi ambil design tu. Kalau segan nak pakai, guna cadar pengantin beli kat jakel dulu. Aku beli sebab nakkan selimut tu. Comforter yang ada cuma single. Nanti kena berebut pula.





Lepas tu mulakan operasi nak cat bilik. Disebabkan aku ni terlampau rajin, cat bilik separuh dulu. Almaklumlah, bilik nak cat hujung minggu. Kena bahagikan dan buat  sikit-sikit. Letih. Panjat turun naik tangga. Cat bilik seorang diri ye?




Then misi diteruskan dengan mencari rail langsir kembar. Sebelum ni bilik aku guna rail langsir single. Selepas dah membeli langsir murah night curtin, so nekad nak cari day curtin. Semuanya install sendiri. Panjat tangga dan cantumkan railing kemudian pasang langsir sementara.






Selepas tu, mula misi mencari kain langsir siang di nagoya. Gigih nak menjahit sendiri. Alhamdulillah, minggu lepas dah siang dengan jayanya. Tapi amaran keras, jangan belek langsir aku dekat-dekat. Nescaya korang pengsan tengok jahitannya. Janji siap rupa langsir. Hihi.





Kemudian, berbulan-bulan mencari side table dan lampu. Akhirnya settle juga minggu lepas. Side table besi beli kat ikea. Nasib baik masuk dan ikut tema. Terus rembat 2. Table lamp, kebetulan jumpa yang murah, rembat dua. Sekarang dah start testing 1side table dan lampu.






Tadi aku gigihkan diri selepas mama bising, untuk cat kayu tepi dinding ni. Haritu cat dinding sampai kayu itu terkena cat. Kalau cat kayu, guna cat minyak. Ini pun tak siap lagi sebab baru teringat thinner tak beli. Macam mana aku nak cuci kotoran degil ni. Cat air senang nak cuci. Besok kenalah beli, then sambung cat untuk side lagi satu. Habis tangan dan kaki aku ni. Kotor cat!





Lepas dah settle ni, mulakan sesi kemasan dalam bilik. Kotak-kotak kena letak tempat lain. Kena perah idea nak deco bilik sendiri. Harap berjaya lah. Oh beli dibeli bantal! Mama cakap nak cari bantal kekabu.





Oit! 16 hari lagi. Masa! Please slow down bebeh! Banyak tak siap lagi ni.




Nak tahu macam mana rupa bilik tu? Kenalah tunggu lepas majlis.


Published with Blogger-droid v2.0.4

5 comments:

  1. mak aih..buat sendiri eh..hehehehe..kite blom start cat bilik pun..aduhhh..malasnya nak naik turun tangga.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeeee? buat sendiri je semua. hehe, good luck cat bilik. turun naik tangga elok-elok tau! darah manis tu.

      Delete
  2. all da best! 16 hr lagik x lama tu..nanti lepas kawen review semua k =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq :) insyallah! kite akan review semuanya!

      Delete
  3. Gigihnye. suke tgk preparation b2b. semua rajin2 :)

    ReplyDelete