progress bakal bilik pengantin


Assalamualaikum





Hai semua! Kita bertemu kembali dalam coretan diari kahwin epa. Now nak cerita progress bakal bilik pengantin. Kenapakah ianya bakal? sebab bilik ini merupakan bilik kongsi antara aku dan adik aku seorang ni. so akan diconvert menjadi bilik pengantin sementara menunggu habisnya makjlis pihak lelaki. boleh tak ayat tu? hihi.





Progress bilik pengantin bermula dari decision katil pengantin. Pakai sahaja katil ni, sebab katil ni pun baru beli. Masih kuat dan kukuh. Huhu. Katil asal ni merupakan katil besi. So puas berfikir untuk cari konsep yang sesuai dan masuk dengan katil besi.





Vintage!!





Yup, ada entri sebelum ni aku ada bagi example beberapa gambar design vintage room. Terus jatuh cinta! Tapi takut ianya tak terjadi macam yang digambarkan. Pasrah dan berdoa!





Next proceed ke aircond bilik. Ini pun mama aku yang sponsor. Hihi. Lega bilik ada aircond, nanti nak makeup pun senang. Sebelum ni masa tunang, pinjam bilik adik aku yang seorang lagi sebab dia dah beli dulu aircond.





Haritu jusco ada buat sales dan aku berjaya rembat cadar dan comforter yang sangat comel! Gambar kartun just married. Memang kamikazi ambil design tu. Kalau segan nak pakai, guna cadar pengantin beli kat jakel dulu. Aku beli sebab nakkan selimut tu. Comforter yang ada cuma single. Nanti kena berebut pula.





Lepas tu mulakan operasi nak cat bilik. Disebabkan aku ni terlampau rajin, cat bilik separuh dulu. Almaklumlah, bilik nak cat hujung minggu. Kena bahagikan dan buat  sikit-sikit. Letih. Panjat turun naik tangga. Cat bilik seorang diri ye?




Then misi diteruskan dengan mencari rail langsir kembar. Sebelum ni bilik aku guna rail langsir single. Selepas dah membeli langsir murah night curtin, so nekad nak cari day curtin. Semuanya install sendiri. Panjat tangga dan cantumkan railing kemudian pasang langsir sementara.






Selepas tu, mula misi mencari kain langsir siang di nagoya. Gigih nak menjahit sendiri. Alhamdulillah, minggu lepas dah siang dengan jayanya. Tapi amaran keras, jangan belek langsir aku dekat-dekat. Nescaya korang pengsan tengok jahitannya. Janji siap rupa langsir. Hihi.





Kemudian, berbulan-bulan mencari side table dan lampu. Akhirnya settle juga minggu lepas. Side table besi beli kat ikea. Nasib baik masuk dan ikut tema. Terus rembat 2. Table lamp, kebetulan jumpa yang murah, rembat dua. Sekarang dah start testing 1side table dan lampu.






Tadi aku gigihkan diri selepas mama bising, untuk cat kayu tepi dinding ni. Haritu cat dinding sampai kayu itu terkena cat. Kalau cat kayu, guna cat minyak. Ini pun tak siap lagi sebab baru teringat thinner tak beli. Macam mana aku nak cuci kotoran degil ni. Cat air senang nak cuci. Besok kenalah beli, then sambung cat untuk side lagi satu. Habis tangan dan kaki aku ni. Kotor cat!





Lepas dah settle ni, mulakan sesi kemasan dalam bilik. Kotak-kotak kena letak tempat lain. Kena perah idea nak deco bilik sendiri. Harap berjaya lah. Oh beli dibeli bantal! Mama cakap nak cari bantal kekabu.





Oit! 16 hari lagi. Masa! Please slow down bebeh! Banyak tak siap lagi ni.




Nak tahu macam mana rupa bilik tu? Kenalah tunggu lepas majlis.


Published with Blogger-droid v2.0.4

besok exam! mood datanglah!



Gigih nak khatamkan ilmu dalam buku ni, besok exam dan wajib pass! Tolong mood datanglah.




Hurm, besok nak pakai baju apa ye? :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wedding progress [countdown 20 days]




Assalamualaikum





cak! Cak! kembali lagi entri terbaru dan kali ni update guna laptop. Tapi kena update dengan pantas sebelum bonda menjerit panggil anak dara nya turun. hihi. So masuk entri wedding progress. Alhamdulilah, wedding progress berjalan dengan lancar walaupun dengan skala yang perlahan. Malas kot. dan juga tak ada masa, boleh? Alasan saja tu. 






Semalam aku dah berjalan selesai menjahit langsir siang a.k.a day curtin untuk bilik pengantin. Untuk pengetahuan, night curtin aku dah rembat di MK curtin nilai 3. harga cukup murah, janji nampak cantik. beli yang siap saja, malas nak tempah. Malangnya untuk day curtin kena tempah dan tak jumpa yang jual readymade. So gigihkan diri cakap kat mama nak jahit sendiri, mula-mula mama bangkang sebab aku dah start kerja jauh, takut penat dan tak sempat nak siapkan. setelah 2 minggu godek langsir, actually siap 1 hari saja, tapi aku ni jenis suka tangguh kerja, berganjaklah sampai 2 minggu. Buat kerja hanya dihujung minggu kan? Nasib baik langsir aku rupa langsir, kalau rupa baju kurung, lagi naya kan? haha. kira jadi jugalah langsir tu, kalau tengok dekat-dekat confrim fail. boleh CROSS langsir. yippie.






Tadi sempat keluar pergi printing untuk entrance majlis nikah dan sanding. sebab hari tu dah beli easel dan frame besar di ikea. Buat printing pun habis 40 ringgit. dah masuk siap-siap dalam frame, terus seronok jiwa nak deco time majlis. Ala deco simple sahaja. Barang untuk guestbook corner dah beli, cuma nak cantikkan dengan hiasan saja. Mari terjah Daiso.







Kelmarin kami dah bayar 2nd payment untuk OP. settle juga, next payment bila album dah siap. haish. tak sabar nak tunggu hasil gambar wedding aku. oh, semalam juga sempat ambil album pre wedding kami. memang puas hati. Excited!






Dulu aku pernah cerita ambil OV kan? di saat-saat akhir aku terpaksa burn deposit untuk OV. Fikir-fikir balik, bajet dah lari. so terpaksalah cancel kan OV. Tak apalah, anggap sahaja tak ada rezeki. Janji kahwin sudahlah kan? 






Baju sanding side lelaki dan perempuan dah fitting 2 minggu lepas. tunggu nak pergi next meeting nak try semula fitting tu then bayar untuk next payment. kemungkinan dalam weekday. sebab sekarang dah masuk musim cuti sekolah, akak pelamin sure busy.






aku dah nak kahwin oit. macam tak percaya.






Kad kahwin semua dah mula hantar, aku rasa tinggal last batch tak hantar lagi. kad pun dah habis. mama cakap tak payah tempah lagi, cukup lah. mungkin hantar ikut email pula. nasib baik ada soft copy. Parent aku ambil banyak kad. kenduri ni pun kenduri parent yang nak raikan kita. 






Kerja yang masih pending, nak cat kayu kat bilik, centerpiece table banyak lagi pending, hantar deco tak siap lagi. doorgift tunggu nak repacking, telur sahaja. nak kemas bilik. Cat kayu kat bilik ni. Dalam kepala otak fikir macam mana nak hias bilik ni. Sekarang kat rumah, memang terabur dengan barang kahwin dalam kotak. Tinggi aku pun ada.






Decoration untuk bilik pengantin pun ada few dah settle. Bedside table dan lampu dah beli. bedside table beli kat ikea, within the bajet. lampu dapat harga murah kat carefour shah alam. sepuluh ringgit sahaja. eh banyak juga tak siap lagi ni. 






Today activities: keluar dengan beliau lagi, nak searching rumah sewa di ampang. Then nak settle kan barang beliau lah. songkok etc. Aku mungkin nak cari shawl untuk sanding dan bertandang. Kalau rajin nak DIY dengan manik-manik yang banyak lebih ni. Next week kitorang last jumpa sebab nak pergi kenduri kahwin. then 2 weeks tak jumpa until majlis nikah.


training oh training



Assalamualaikum semua.



Lamanya tak update blog. Rindu sama ini blog and kawan-kawan blog juga. Sejak-sejak tukar kerja, memang tak ada masa nak online macam dulu. Tengok kejap-kejap saja. Minggu ni aku busy dengan training sampailah 4 june ni. Itupun baru tahu lepas training ni, ada lagi 1 training yang memerlukan kita pass test nanti. Barulah layak untuk masuk track dan bergelar qualify staff. Hihi. Aku sebenarnya banyak nak cerita pasal wedding preparation, tapi still tergantung. Nak online thru laptop baru syok. Ini laptop adik aku dah kebas dulu, so kita cerita lah pasal benda lain dulu.



Alang-alang cerita pasal training, syukur sangat dengan kerja baru. Bestlah so far dapat bos and member department yang boleh ngam. Kerja? Masih bidang baru dan aku suka. Yelah, kerja ni kena tanam minat dalam diri, baru semangat kita nak datang kerja. Sudah masuk 2bulan dan aku kena banyak belajar.



Oh, nasib baik training sampai 4hari bulan ni, sebab next week nya, aku dah start cuti kahwin. Cuti dah hantar kat bos. Kad pun dah distribute kat member, cuma ada few yang tertinggal, pasal kad tak cukup. Oh, aku entitled 5 hari cuti kahwin. Banyak syok. So tambah 2 hari extra. Honeymoon pun dah confrim date dan time, cuma nak book bilik sahaja. Sekarang mood tak sabar nak cuti. Hihi



Cuti kahwin pun bukan direct, lopong-lopong juga. Almaklumlah, staff baru, takut nak ambil cuti direct, kejap jelah. Tak apalah, janji dapat cuti. Lepas naik dari cuti kahwin, dengar-dengar cerita company nak rebranding pula. So, tunggu dan lihat. Training ni ada test, doa-doalah lulus.



Oklah, nak tidur dah. Besok jumaat, sabtu ahad penuh dengan aktiviti kerja kahwin. Nanti nak curi masa update wedding progress.


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 bulan lagi wehh (wordless wednesday)

Bakal nangten! 1 bulan lagi. Macam tak percaya!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Perihal Kad Kahwin




Assalamualaikum





gigih tulis entri pada malam hari. entri ini schedule entri. takut besok tak sempat nak cerita seterusnya menyebabkan kehilangan idea dan sindrom malas berleluasa. Sekarang baru datang mood nak cerita perihal wedding. Minggu lepas minggu havoc di mana FMIL masuk hospital. suddenly. now sudah kembali ke rumah dan bertambah sihat. Plus beliau excident. beliau tak cedera, cuma awek itam beliau cedera. now dah proceed untuk dibaiki. syukur.






Perihal kad kahwin. Kitorang booked kad kahwin ni kalau tak silap last year. october. masa pameran pengantin di sacc mall. then mula proceed untuk buat tempah awal mac 2012. baru siap last week. dekat 2 bulan okay? nasihat pertama, kalau tarikh anda dah fix, better tempah awal. 2-3 month before majlis. untuk mengelakkan segala permasalahan yang timbul.






lepas tu, tiap kali datang memang buat payment, sebab nak made sure benda will proceed smoothly. pilih kad dan warna memang mencabar minda. lagi-lagi kami request buat design baru. itu makan masa 1 minggu untuk design. 






next 2 weeks, kami datang lagi ke kedai untuk confrimkan design yang dah pilih. masa itu banyak pertukaran kena buat. mata masing-masing cukup teliti. aku ni nampak mistake yang besar kuman. on that day, kami proceed bayar untuk 50% payment. dah confrim material kad which is mat laminate. tambah extra 10 sen for every kad. sebab nak dapat material yang keras. time tu design for bunting masih tak dapat. buat discussion thru email sahaja. dekat 1 mingu juga nak confrim dengan design bunting. cuba kira, ini dah makan masa 1 bulan kan?






once design bunting dah confrim, dorang akan mulakan printing. janjinya middle april kad aku akan siap. hari yang ditunggu. aku call dorang untuk made sure kad dah prepare. dorang call balik, kad dah siap but uv card sahaja. kilang salah printing. katanya kalau nak proceed kad tu, boleh ambil sekarang. tapi hati aku meronta-ronta nak mat juga. bagitahu kat beliau, beliau dengan tegasnya minta mat juga. tak kira apa yang terjadi. bertikam lidah juga lah pasal kad ni. sebab parent aku asalnya nak bawa kad balik kg early may.






then lepas dah discuss, kami nak proceed untuk mat juga. dorang janji 1 minggu untuk mat kan kad tu balik. then on middle week yang sama dapat call cakap, kalau kad material mat, dorang kena reprint balik kad tu.ambil masa 2 minggu lagi. apa?? janjinya 11 hb baru siap. masa tu aku dah mula bengang. kenapa makin jauh ambil masa untuk kad aku. dorang cakap uv card boleh dapat cepat, tapi harga still sama. then aku cakap balik nak amik uv tapi minta kurang. hurm, tak dapat wei. so disebabkan untuk aku still nak mat laminate, biarlah dorang reprint kad aku 1000 pcs sebab dorang yang salah. janji aku puas hati. minta kurang tak dapat, last-last dorang call balik cakap akan proceedkan kad aku 4hb ni.






next week, call on wednesday, katanya kad dah siap print, cuma line tengah saja tak siap. lega lah time tu kad dah siap. ahad tu call balik dorang cakap kad dah siap, tapi kena ambil kat pudu. Kalau nak ambil kat shah alam, kena tunggu on wednesday or thursday. lorry datang 1 minggu sekali katanya. see? kenalah pergi ambil kat pudu, rushing balik ambil bunting kat shah alam. memang 2 3 kali kerja aku ni. time tu layankan saja. once dapat kad, terus sejuk hati. hehe. macam tak percaya ada kad kahwin sendiri.






Syukur sangat kad dapat mencairkan hati. puas hati. walaupun banyak drama. our kad simple sangat. tapi both pihak pun puas hati juga. so next week aku akan mulakan proses nak pos kad. setem tak beli lagi ni. Kat office semua tanya mana kad kahwin. next week boleh start.






oh, lupa nak cerita. kami dapat sampul kurang, kad lebih. janjinya sampul lebih kad kurang. sampul 970 pieces, kad 1077 pieces. so kenalah add extra untuk sampul biasa. nasib baik juga cutting normal kad. sampul senang nak cari.






teaser kad, tunjuk front page dah lah ye? siapa nak? banyak kad ni. hehe. boleh email address ye? or just klik event ni [di sini] and tinggalkan details anda.










Thank you.





Ya Allah, permudakanlah urusan kami. amin.

bebelan hal kerja dan exam PTD, wedding masih pending.



Assalamualaikum


Fuh, fuh, bersawang sekejap blog. Kelmarin nak update blog cerita wedding progress, laptop buat hal. Semalam pula keluar setel few things. So mannyyyyy things happen last week. Memang havoc. Tapi tak sempat nak cerita, balik rumah penat.


1 hari sampai 2 kali meeting. Budak baru memang kena banyak belajar. Hehe. Ni pun baru balik dari meeting kat bangsar. Dengan pc aku ni dah request line internet still tak dapat. Susah betul. Just boleh tengok email sahaja. Sedih!


Wedding? Alhamdulilah, setelah apa yang jadi, insyallah ada hikmah. Dugaan orang nak kahwin ni lain macam kan? Kena kuatkan diri. Amin.


Minggu ni dapat panggilan lagi untuk exam ptd. Kali 2 ambil. Kurang study berbanding last year. Tak sempat nak curi masa kat office. Curi masa time meeting sahaja. Adoi.


Yang bestnya, ada site possession on 12hb pagi-pagi pukul 1.30am. Di station hang tuah. Dorang suruh aku pergi tengok, kalau tak ada exam, boleh saja. Kerja malam wei. Tapi masalahnya, aku tak pergi training lagi. Pasal nama boleh tercicir. Tak pergi training susah sikit nak masuk track. So, tengoklah pada bos aku. Sebab aku kalau nak masuk kena ada supervision dari orang yang dah pergi training.


Nanti kita update lagi ye? Next entri. Rindu semua!


For those yang ambil exam ptd, good luck! Kita di smk seksyen 11. Jumpa tegur-tegur lah nanti.


Published with Blogger-droid v2.0.4