Doorgift [Updated]




*schedule post*



Assalamualaikum





Sebenarnya entri sebelum ni sepatutnya dipublish hujung minggu lepas. Malangnya, lupa. itulah bila dah duduk rumah, memang jaranglah online. malas giler nak buka lappy. Online thru phone or new tab. ecececeh.






Tapi disebabkan tak mahu confius. kita publishlah entri tertangguh, then mulakan cerita mengenai aktiviti hujung minggu lepas. Wedding activities on saturday. dating time on sunday. Dating time tak perlu cerita banyak. Kami hanya menghabiskan masa berdua dengan aktiviti TANPA melibatkan kerja kahwin. seronok!






Jumaat hari pertama aku menjadi penganggur sementara. Buat apa ye? lupa dah. Tidur rasanya. hehe.






Sabtu pagi ajak famili pergi nilai 3 untuk survey doorgift yang kami dah plan. sini. Destinasi pertama singgah VR Star rembat jar. harga jatuh RM1.00 setiap botol. Melainkan beli lebih 800 pcs dapatlah 80 sen setiap satu. Rembat sahaja lah. sebab malas nak fikir. Sebelum ni aku jumpa kat semua house. kedai kahwin terletak kat basement semua house, harga 80 sen sebiji. Kan? dah rugi. (T_T)






Then lepas dah settle, terus bergerak ke Kedai Perkahwinan Lia. Kedai dia agak ke belakang sedikit. Memang banyak giler barang. best beli kat sini sebab barang boleh tawar. Rembatlah paper bag 1 peket (10 helai) rm2.50 dari harga asal rm2.90. Ambil 100 peket.






Rembat juga paper bag untuk vip 20 peket. Harga rm2.90 setiap peket.






Kemungkinan doorgift dan makan akan bertambah. tambahan extra 500 lagi. jemputan jadi 1500 orang. Sebab mama aku dah buat calculation. Kad maintain, cuma risau jemputan akan bertambah. sedara mara ramai, dengan mama aku plan nak buat reunion kecil-kecilan lagi. Almaklumlah, kenduri 1st. ramai yang tunggu kenduri aku ni. hehe. Siap dah pesan kat sedara lain, jangan buat kenduri time lain time kenduri aku.






itu belum kawan-kawan adik aku. kawan aku lagi. orang surau.






Jemputan masa nikah masih maintain. 50 tetamu. More private, majlis keluarga terdekat.






Next mission. mencari bunga telur. Bunga telur pun mahal wehh. 25 pcs yang ada kristal-kristal harga rm100++ (T_T) patutlah ramai yang buat DIY kan? memang berkenan design tu. ikut tema. Tapi nak guna dalam 4 pahar. dah berapa pula kan? Kat mana nak cari bunga telur murah-murah?

1 comment:

  1. majlis nikah kita sama lah epa..hanya keluarga terdekat je. :)

    bunga telor memang mahai.. huk huk.. tp as hnye belanja untuk bunga telor bg pihak lelaki jer. as bg bunga telor stokin. :)

    ReplyDelete