coretan kerja baru.


Assalamualaikum


Kesinambungan dari entri semalam. Penat aku taip-taip dalam tab ni, sekali tak publish. Hangin betul jiwa raga aku. Itulah, sangat tak familiar with software ni. Sabar jelah. Jadi mari kita cerita semula apa yang aku cerita kat entri sebelum entri tu hilang.


Oh, hari ini merupakan hari ke tiga aku kerja. So far today tak ada apa yang urgent sangat. Cuma lepas lunch aku ada meeting. So bos heret lah aku sekali. Al maklumlah lepas ni kerja aku asyik meeting dan meeting dan meeting. Pada masa entri ini ditaip, aku tak keluar lunch. Malas lah pula. Plus $$ pun dah makin kurang. Sedih. Aku ulang alik shah alam-ampang-shah alam. Minyak mengalir macam air. Before this, sekali isi minyak boleh tahan 2 minggu tau. Kalau nak bawa motor pula, aku tak ada lesen. Jadi naik train senang. Sebab train free. Yahoo. Tapi masalah aku, train kena naik separuh jalan juga. Meaning, half perjalanan naik kereta, then parking kat train, terus pecut ke office. Plannya aku ingat nak naik kat kelana jaya. Tapi travel hours dekat 2 jam. Selalu naik kereta, aku keluar rumah pukul 6.30 pagi. Kalau naik train mau lambat sampai office. Kesimpulannya, aku masih blur dan pening fikir macam mana nak kurangkan travel expenses aku ni.


Mari cerita 1st day aku report duty. Sampai sini pukul 7.30 pagi. Lepak-lepak dalam kereta sampai pukul 8pagi. Masuk office admin yang mati-matian office aku, tunggu orang HR datang dekat pukul 9. Lepas tu dorang briefing kat aku. Dalam pukul 9.30 baru settle. Lepas tu baru dapat tahu office or department aku kat belakaaaaannnnngggggg sana. Nampak tak bertapa jauhnya office aku. Jalan kaki dekat 10 minit. Office dalam bengkel repair lrt ni hah. Sebab office asal dah roboh untuk buat baru. Bila siap? 2 tahun lagi. So dalam masa 2 tahun mau kurus aku. Hehe. Sekarang pun aku dah rasa kurus. Haha. Boleh cam gitu. Oh, 1st day report duty, aku dah pergi mengular dengan officemate sebab office tak boleh buka. Dekat lunch baru masuk balik. Selambar aje. Plus bos tak ada, pi meeting. Petang tak ada buat apa-apa pun, just aku kemas meja saja. Officemate bantai tengok movie.


On 2nd day pula, pagi-pagi dah pergi breakfast kat section lagi satu yang terpecah dari team ni. Time tu baru jumpa bos. Lepak makan-makan sampai pukul 9.30, then tergedik-gedik jalan kaki balik office sendiri. Hurm, masih tak buat apa. Oh, lunch aku pergi times square dengan officemate. Gila seronok. Rehat 2 jam kot! Before this jumaat rehat 1 jam saja. Cadang nak beli kasut kat times square, tapi tak jumpa yang berkenan. Petang baru dapat meet up face to face dengan bos. Balik pukul 6 dari sini. Nak dijadikan cerita, jumaat tu aku sampai rumah pukul 8 wei! Gilef kentang! Selalunya travel 1 jam saja. Tiba hari tu dekat 2 jam. Memang dugaan betul aku rasa. Cubaan!


So, tengoklah hari ni macam mana pula. Jem kat kl ni lain macam sikit.


Oh, dah nak pukul 2. Aircon office sejuk giler! Nak pi solat dulu. Da! Tunggu next entri kita cerita pasal wedding progress pula. Banyak yang boleh cross dah!


Published with Blogger-droid v2.0.4

3 comments:

  1. hari isnin & jumaat,
    jem dekat KL mmg sgt2 menyakitkan....
    klu isnin, paginya...
    klu jumaat, ptgnya...
    huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyooo yeke? patut ler...dugaan betul! right now mencari rumah sewa area ampang or sekitar. susah betul!

      Delete
    2. owh....
      good luck laa yer... (^_^)

      Delete