bunga telur dah settle. pergi nilai 3 again.



Assalamualaikum



Right now aku sorang-sorang dalam office. semua tak ada. pergi subang, tak masuk. hilang pi mana entah. Aku 3 4 kali dah mengucap. Macam nak cabut lari saja. haha. bosan! line internet slow lagi. nak online guna tab, tak puas tengok skrin kecil.




Okaylah mari mengisi masa lapang dengan celoteh di blog sendiri. tunggu masa nak rehat then pergi tidur. 




cerita hujung minggu lepas. hari jumaat baru nak cerita. hehe.




hari sabtu aku dengan mama pergi nilai 3 lagi, misi kali ni nak mencari bunga telur untuk diletakkan masa nikah dan kenduri kat dewan. mama dah beli 6 bekas pahar untuk letak bunga telur. mengikut perancangan, 4 pahar untuk majlis kat dewan, 2 pahar untuk majlis nikah di rumah. 1 bekas pahar katanya ada 50 lubang. so total bunga telur 6 pahar x 50 lubang = 300 bunga telur! banyak tu!




normally, bunga telur dijual dalam 1 kotak. ada kotak yang dalamnya 50 piece. ada yang 25 piece. tengok harga juga. selalunya yang mahal-mahal dalamnya ada 25 piece. 1 kotak pun harga dah 100++ (T_T)





kebetulan tu, memang luck la juga, Kedai Thank you tengah buat lelong 50% barang-barang dia. Rasanya 1st day kot. sebab barang masih banyak dan punya banyak choice. Harga rm100 setiap kotak, dapatlah rm50 setiap kotak. kesimpulan, kami berjaya rembat 6 kotak bunga telur berharga rm300 sahaja! Mama target before this bunga telur saja dalam rm600. tapi sebenarnya banyak kedai jual bunga telur 3 kotak rm100. cuma design tak lawa sangat. takut sarung telur kecil. so memang puas hati sebab semua cantik-cantik dan nampak mahal. haha. memang rezeki kitorang datang hari tu. dah jimat banyak. 





tapi yang buat panas hati, seorang staff thank you tu. lelaki yang dipanggil paksu. huh, memang aku ingat sampai bila-bila. kau dahlah kira tunggang terbalik. 3 kali dia duk potong harga. kejap kira murah, kejap mahal, kejap murah balik. mahu aku tak hangin bila dia cakap, kalau mahal tak payah lah amik. hamboi, cantik bahasa kau! aku sound direct. kau kira slow sangat pehal! lepas tu boleh pula dia ngomel-omel cakap belakang! bajet aku tak dengar! SLOW! budus!





then move on. lepas dah settle aku dengan mama pergi pusing-pusing nak cari tempat letak bekas pahar. selalu aku tengok orang letak atas lantai, tapi mama still nak mencari juga sebab nak bagi bunga telur nampak tinggi. hurm, ikutkan saja. hehe. pergi kedai zc kot, jumpa pasu kayu yang boleh dijadikan stand untuk bunga telur nampak tinggi. beli 4 sudah. sebab boleh recycle untuk nikah dan sanding. next mission nak mendeco stand tu. Insyallah lepas event, aku akan sewakan bekas pahar dan stand tu. 




bunga artificial kat nilai 3 mahal! tak jadi nak beli. sebab mama tengah mencari bunga nak deco tangga pula. 





ni lagi satu story hangin. janganlah makan kat kedai chicken rice shop kat giant nilai tu. servis slow juga. plus manager sangat kurang ajar. aku dah setengah jam duduk kat meja, sorang pun tak datang nak clearkan meja. nak kena panggil baru nak datang. lepas tu, kau dah servis customer, please make sure semua food dalam package dah sampai, barulah kau nak menyembang kan. ni kitorang dah habis makan baru kau teringat ada yang tak sampai. mama pergi sound kat manager perempuan tu, boleh kau bentak-bentak laci kat situ kuat-kuat. itu memang minta penampar tu. isk hangin betul. aku duk tahan geram saja. tapi memang aku aim dah manager tu. muke ketat. helo, kalau rasa tak nak servis customer, baik kau berenti saja. bagi orang lain kerja. aku ni pun pernah kerja fast food. tak pernah bentak-bentak depan customer. 





tapi time aku nak bayar tu, manager tu tak berani nak keluar. isk, rugi-rugi. kalau tak memang aku dah sound setepek dah. PANGKAH!





hehe. tercampur wedding story dengan geram story. so bunga telur dah leh pangkah. this week tak sure nak buat apa. maybe proceed diy yang belum siap!


7 comments:

  1. haha..nape tak makan je kat food court nilai 3 tu babe...ada sup daging kow kow punya hihi...ok i cop stand bunga pahar!!! hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. food court?? ada ke?? area mane? ok, cop dah! hehe

      Delete
  2. epa... servis kat thank Q tu tak ok sangat la... mase sy nak kawin hari tu pun ade pergi sana gak... cari barang gubahan and suruh buatkan sample...kejap kata bole buat, kejap lagi cakap takde org bole buatkan... kejap kata barang ade, kejap takde... hishh...lama2 sy blah.

    nape tak makan kat food court je...lagi best, macam2 ade, peniaga pun ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? itula...dah terkeluar sampai town, susah juga nak cari tempat makan. xpela. lain kali dtg, wajib singgah food court die kan?

      Delete
  3. bunga pahar pun kita tak beli lagi epa. hahah adoi bila entah nak hunting ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, selamat menghunting! slow2 ye dear! nnt takut ada yg tercicir pulak.

      Delete
  4. macam mana stand g epa beli tu? nak tengok.. tinggi dia berapa ea epa?

    ReplyDelete