1st draf kad & hantaran --> SETTLE




Assalamualaikum






salam isnin. hari ini merupakan minggu terakhir aku kat company lama. Next week dah start job baru. Mula menghadap jem setiap hari. Jem KL wooo. Dugaan. okay, mari cerita progress kahwin. oh, by the way, sudah 2 hari aku tak online sebab internet kat rumah problem. Nasib baik diri tak meronta-ronta sangat sebab nak kena settle banyak benda bila cuti. Takut nanti tak sempat pula. Cuti hujung minggu diisi dengan buat kerja kahwin. dulu hujung minggu aku tidur saja.






Semalam, kebetulan beliau dapat cuti, barulah dapat pergi tengok 1st draf kad. Banyyyyak juga pembetulan. Ubah-ubah 3 4 kali draf. Mata aku ni memang nampak even mistake yang besar kuman. Yup, agak cerewet juga. Demi dapat outcome yang terbaik kan? So ikut perancangan, tengah bulan april kad akan siap. Semalam dah bayar untuk 50% baru boleh proceed printing.






Aku juga ambil soft copy untuk simpanan. Bak kata Kikin Amer, senang if jadi apa-apa next time.





ee, tak sabar nak tengok kad kahwin sendiri. This month boleh la start kumpul alamat kawan-kawan. Bulan 5 dah boleh pos.






nak tengok teaser? malu lah. Kad aku simple sahaja. Siapa nak boleh tinggal jejak kat entri ini.







Then dah settle, kami bergerak ke KL which is Jalan TAR sebab nak cari last hantaran telekung, sejadah, tafsir, tasbih. Sampai-sampai terus terjah Semua House sebab terfikir hari tu ada nampak set tasfir dan tasbih. Tapi fikir-fikir balik, malas nak cari fancy-fancy sangat. Yang penting isi nya. lagipun tak banyak choice.






Proceed ke Plaza City One mencari telekung. Rupa-rupanya tak banyak choice juga. eh, bukan. tak nampak telekung pun. Keluar pergi area tepi jalan jumpa juga telekung dan sejadah yang menarik hati. beliau juga sempat rembat kain pelekat dan kasut. aku juga yang tahan nafsu nak shopping. dugaan.






Pulang ke shah alam juga. Mesti masuk KL kejap terus tergedik-gedik nak balik shah alam. Nak tahu kat mana kitorang rembat Tafsir Al-quran dan tasbih? Kat Tesco Shah alam sahaja. Ada kedai buku dan Egypt Shop. Cari kat kedai buku saja. senang. Dapat Tafsir Al-Quran dan tasbih kayu Koka.






Alhamdulilah. Hantaran semua dah settle. Nak proceed benda penting which is borang kahwin.







Ya Allah, permudahkan dan berkatilah perjalanan urusan kami untuk menempuh alam perkahwinan dan doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. terima kasih.

7 comments:

  1. Nak kad kawen... hahaha
    (xmalu kat situ)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2, meh la tinggal address :)

      Delete
    2. yeay~ t nak dekat2 saya bg eh....
      alamat xtetap lg ni..dlm proses pindah randah

      Delete
    3. boleh, no prob dear. diyana duduk ampang ye? leh la bagi by hand nanti :)

      Delete
    4. Xde lah...duk kat Kerinchi..dekat UM...
      Ampang 2 tmpat adik

      Delete