Monday Blues





Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan.






Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan.






Setiap kesenangan akan ada bayaran.






Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.






[iluvislam.com]

bunga telur dah settle. pergi nilai 3 again.



Assalamualaikum



Right now aku sorang-sorang dalam office. semua tak ada. pergi subang, tak masuk. hilang pi mana entah. Aku 3 4 kali dah mengucap. Macam nak cabut lari saja. haha. bosan! line internet slow lagi. nak online guna tab, tak puas tengok skrin kecil.




Okaylah mari mengisi masa lapang dengan celoteh di blog sendiri. tunggu masa nak rehat then pergi tidur. 




cerita hujung minggu lepas. hari jumaat baru nak cerita. hehe.




hari sabtu aku dengan mama pergi nilai 3 lagi, misi kali ni nak mencari bunga telur untuk diletakkan masa nikah dan kenduri kat dewan. mama dah beli 6 bekas pahar untuk letak bunga telur. mengikut perancangan, 4 pahar untuk majlis kat dewan, 2 pahar untuk majlis nikah di rumah. 1 bekas pahar katanya ada 50 lubang. so total bunga telur 6 pahar x 50 lubang = 300 bunga telur! banyak tu!




normally, bunga telur dijual dalam 1 kotak. ada kotak yang dalamnya 50 piece. ada yang 25 piece. tengok harga juga. selalunya yang mahal-mahal dalamnya ada 25 piece. 1 kotak pun harga dah 100++ (T_T)





kebetulan tu, memang luck la juga, Kedai Thank you tengah buat lelong 50% barang-barang dia. Rasanya 1st day kot. sebab barang masih banyak dan punya banyak choice. Harga rm100 setiap kotak, dapatlah rm50 setiap kotak. kesimpulan, kami berjaya rembat 6 kotak bunga telur berharga rm300 sahaja! Mama target before this bunga telur saja dalam rm600. tapi sebenarnya banyak kedai jual bunga telur 3 kotak rm100. cuma design tak lawa sangat. takut sarung telur kecil. so memang puas hati sebab semua cantik-cantik dan nampak mahal. haha. memang rezeki kitorang datang hari tu. dah jimat banyak. 





tapi yang buat panas hati, seorang staff thank you tu. lelaki yang dipanggil paksu. huh, memang aku ingat sampai bila-bila. kau dahlah kira tunggang terbalik. 3 kali dia duk potong harga. kejap kira murah, kejap mahal, kejap murah balik. mahu aku tak hangin bila dia cakap, kalau mahal tak payah lah amik. hamboi, cantik bahasa kau! aku sound direct. kau kira slow sangat pehal! lepas tu boleh pula dia ngomel-omel cakap belakang! bajet aku tak dengar! SLOW! budus!





then move on. lepas dah settle aku dengan mama pergi pusing-pusing nak cari tempat letak bekas pahar. selalu aku tengok orang letak atas lantai, tapi mama still nak mencari juga sebab nak bagi bunga telur nampak tinggi. hurm, ikutkan saja. hehe. pergi kedai zc kot, jumpa pasu kayu yang boleh dijadikan stand untuk bunga telur nampak tinggi. beli 4 sudah. sebab boleh recycle untuk nikah dan sanding. next mission nak mendeco stand tu. Insyallah lepas event, aku akan sewakan bekas pahar dan stand tu. 




bunga artificial kat nilai 3 mahal! tak jadi nak beli. sebab mama tengah mencari bunga nak deco tangga pula. 





ni lagi satu story hangin. janganlah makan kat kedai chicken rice shop kat giant nilai tu. servis slow juga. plus manager sangat kurang ajar. aku dah setengah jam duduk kat meja, sorang pun tak datang nak clearkan meja. nak kena panggil baru nak datang. lepas tu, kau dah servis customer, please make sure semua food dalam package dah sampai, barulah kau nak menyembang kan. ni kitorang dah habis makan baru kau teringat ada yang tak sampai. mama pergi sound kat manager perempuan tu, boleh kau bentak-bentak laci kat situ kuat-kuat. itu memang minta penampar tu. isk hangin betul. aku duk tahan geram saja. tapi memang aku aim dah manager tu. muke ketat. helo, kalau rasa tak nak servis customer, baik kau berenti saja. bagi orang lain kerja. aku ni pun pernah kerja fast food. tak pernah bentak-bentak depan customer. 





tapi time aku nak bayar tu, manager tu tak berani nak keluar. isk, rugi-rugi. kalau tak memang aku dah sound setepek dah. PANGKAH!





hehe. tercampur wedding story dengan geram story. so bunga telur dah leh pangkah. this week tak sure nak buat apa. maybe proceed diy yang belum siap!


tukar kereta



Malam semalam, adik aku yang sorang ni dah tanya, tak mau tukar kereta baru ke? Macam adik aku yang sorang lagi. ye, aku memang banyak adik. ada 5 orang. confius kang? hehe. Jawapannya, belum masa lagi la. walaupun time-time tengah jem tu selalu imagine kalaulah aku bawa kereta auto. tentu kaki kiri tak lenguh sebab duk tekan clutch selalu. Serius, 1 minggu kerja, kaki aku memang dah start sakit. push kaki sangat. Almaklumlah, dah lama tak senaman. beliau pun ada suggest nak bagi pinjam kereta beliau sebab beliau pakai auto. tapi aku tak mahu. kereta dia ada bontot. susah aku nak parking. dah lah kat sini parking tak ada. so aku memang parking kat corner. pedehal. aku orang awal yang balik dan datang. tapi datang awal pun parking dah penuh. 




hurm, entahlah. kadang-kadang rasa nak tukar kereta auto. tapi aku sayang kereta sekarang. jual tak mahu. letak kat rumah, tak ada orang nak bayar. kang tersadai pula macam tak best. kesian pula. tinggal 4 tahun saja lagi nak habis. hey, nak kahwin ke tak nak ni? kahwin nak pakai duit lagi.





besok kemungkinan aku seorang kat office. semua bos tak ada. siapa kat ampang mahu ajak saya lunch??? marilah. mari. hehe.




Mari solat! lepas tu standby nak cabut awal. Nasib baik tak hujan macam semalam. syukur!




eh, aku janji nak update wedding story. aiyo. besok lah. line internet kat office macam siput sedut. slow giler! terbantut story. Network dah ada. tapi facebook tak boleh access. Nasib baik blog tak kena block. 

coretan kerja baru.


Assalamualaikum


Kesinambungan dari entri semalam. Penat aku taip-taip dalam tab ni, sekali tak publish. Hangin betul jiwa raga aku. Itulah, sangat tak familiar with software ni. Sabar jelah. Jadi mari kita cerita semula apa yang aku cerita kat entri sebelum entri tu hilang.


Oh, hari ini merupakan hari ke tiga aku kerja. So far today tak ada apa yang urgent sangat. Cuma lepas lunch aku ada meeting. So bos heret lah aku sekali. Al maklumlah lepas ni kerja aku asyik meeting dan meeting dan meeting. Pada masa entri ini ditaip, aku tak keluar lunch. Malas lah pula. Plus $$ pun dah makin kurang. Sedih. Aku ulang alik shah alam-ampang-shah alam. Minyak mengalir macam air. Before this, sekali isi minyak boleh tahan 2 minggu tau. Kalau nak bawa motor pula, aku tak ada lesen. Jadi naik train senang. Sebab train free. Yahoo. Tapi masalah aku, train kena naik separuh jalan juga. Meaning, half perjalanan naik kereta, then parking kat train, terus pecut ke office. Plannya aku ingat nak naik kat kelana jaya. Tapi travel hours dekat 2 jam. Selalu naik kereta, aku keluar rumah pukul 6.30 pagi. Kalau naik train mau lambat sampai office. Kesimpulannya, aku masih blur dan pening fikir macam mana nak kurangkan travel expenses aku ni.


Mari cerita 1st day aku report duty. Sampai sini pukul 7.30 pagi. Lepak-lepak dalam kereta sampai pukul 8pagi. Masuk office admin yang mati-matian office aku, tunggu orang HR datang dekat pukul 9. Lepas tu dorang briefing kat aku. Dalam pukul 9.30 baru settle. Lepas tu baru dapat tahu office or department aku kat belakaaaaannnnngggggg sana. Nampak tak bertapa jauhnya office aku. Jalan kaki dekat 10 minit. Office dalam bengkel repair lrt ni hah. Sebab office asal dah roboh untuk buat baru. Bila siap? 2 tahun lagi. So dalam masa 2 tahun mau kurus aku. Hehe. Sekarang pun aku dah rasa kurus. Haha. Boleh cam gitu. Oh, 1st day report duty, aku dah pergi mengular dengan officemate sebab office tak boleh buka. Dekat lunch baru masuk balik. Selambar aje. Plus bos tak ada, pi meeting. Petang tak ada buat apa-apa pun, just aku kemas meja saja. Officemate bantai tengok movie.


On 2nd day pula, pagi-pagi dah pergi breakfast kat section lagi satu yang terpecah dari team ni. Time tu baru jumpa bos. Lepak makan-makan sampai pukul 9.30, then tergedik-gedik jalan kaki balik office sendiri. Hurm, masih tak buat apa. Oh, lunch aku pergi times square dengan officemate. Gila seronok. Rehat 2 jam kot! Before this jumaat rehat 1 jam saja. Cadang nak beli kasut kat times square, tapi tak jumpa yang berkenan. Petang baru dapat meet up face to face dengan bos. Balik pukul 6 dari sini. Nak dijadikan cerita, jumaat tu aku sampai rumah pukul 8 wei! Gilef kentang! Selalunya travel 1 jam saja. Tiba hari tu dekat 2 jam. Memang dugaan betul aku rasa. Cubaan!


So, tengoklah hari ni macam mana pula. Jem kat kl ni lain macam sikit.


Oh, dah nak pukul 2. Aircon office sejuk giler! Nak pi solat dulu. Da! Tunggu next entri kita cerita pasal wedding progress pula. Banyak yang boleh cross dah!


Published with Blogger-droid v2.0.4

hilang??!!

Penat taip panjang-panjang sekali hilang terus!


Stress!


Besoklah kita cerita balik.


Mood: mari tenangkan diri sendiri.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Doorgift [Updated]




*schedule post*



Assalamualaikum





Sebenarnya entri sebelum ni sepatutnya dipublish hujung minggu lepas. Malangnya, lupa. itulah bila dah duduk rumah, memang jaranglah online. malas giler nak buka lappy. Online thru phone or new tab. ecececeh.






Tapi disebabkan tak mahu confius. kita publishlah entri tertangguh, then mulakan cerita mengenai aktiviti hujung minggu lepas. Wedding activities on saturday. dating time on sunday. Dating time tak perlu cerita banyak. Kami hanya menghabiskan masa berdua dengan aktiviti TANPA melibatkan kerja kahwin. seronok!






Jumaat hari pertama aku menjadi penganggur sementara. Buat apa ye? lupa dah. Tidur rasanya. hehe.






Sabtu pagi ajak famili pergi nilai 3 untuk survey doorgift yang kami dah plan. sini. Destinasi pertama singgah VR Star rembat jar. harga jatuh RM1.00 setiap botol. Melainkan beli lebih 800 pcs dapatlah 80 sen setiap satu. Rembat sahaja lah. sebab malas nak fikir. Sebelum ni aku jumpa kat semua house. kedai kahwin terletak kat basement semua house, harga 80 sen sebiji. Kan? dah rugi. (T_T)






Then lepas dah settle, terus bergerak ke Kedai Perkahwinan Lia. Kedai dia agak ke belakang sedikit. Memang banyak giler barang. best beli kat sini sebab barang boleh tawar. Rembatlah paper bag 1 peket (10 helai) rm2.50 dari harga asal rm2.90. Ambil 100 peket.






Rembat juga paper bag untuk vip 20 peket. Harga rm2.90 setiap peket.






Kemungkinan doorgift dan makan akan bertambah. tambahan extra 500 lagi. jemputan jadi 1500 orang. Sebab mama aku dah buat calculation. Kad maintain, cuma risau jemputan akan bertambah. sedara mara ramai, dengan mama aku plan nak buat reunion kecil-kecilan lagi. Almaklumlah, kenduri 1st. ramai yang tunggu kenduri aku ni. hehe. Siap dah pesan kat sedara lain, jangan buat kenduri time lain time kenduri aku.






itu belum kawan-kawan adik aku. kawan aku lagi. orang surau.






Jemputan masa nikah masih maintain. 50 tetamu. More private, majlis keluarga terdekat.






Next mission. mencari bunga telur. Bunga telur pun mahal wehh. 25 pcs yang ada kristal-kristal harga rm100++ (T_T) patutlah ramai yang buat DIY kan? memang berkenan design tu. ikut tema. Tapi nak guna dalam 4 pahar. dah berapa pula kan? Kat mana nak cari bunga telur murah-murah?

Idea: Random Doorgift

Assalamualaikum



Entri lebih kepada memberi idea kepada diri sendiri. doorgift VIP. Plus untuk tetamu. sudah amended dengan tambah idea-idea baru.

















Get a clue? yup, guna jar. dah ramai b2b buat. cuma mahu mencari idea sahaja. tak banyak pun. 200 only.


Doorgift untuk tetamu dah finalize. Kami plan mahu beri makanan instead of memberi barangan. Plan asal hanya memberi telur rebus kepada tetamu dewasa dan gula-gula kepada si kecil. dua-duanya disumbatkan ke dalam kotak telur yang kami dah borang tahun lepas.



Kemudian plan sudah berubah di mana mama dan abah akan pulang ke kampung. membeli jeruk or asam kat padang besar, perlis. Kemudian letak bersama dengan telur rebus. 700 telur rebus + asam, 300 gula-gula. so, next checklist, pergi nilai3, borong paper bag.


untuk vip, benda yang sama. cuma dalam jar. senang. itulah bezanya. bak kata mama, simbol masam manis alam rumahtangga. cewah.



so tengoklah macam mana jadinya. mana tahu plan ni pun berubah lagi. hehe.

Last day



Hari ini last day kat sini. eh, besok sebenarnya, tapi besok habiskan cuti 1 hari lagi.



bye bye



ops, nak pergi site visit dah ni.



chow!

Happy birthday kanda.




Hari ini hari ulangtahun kelahiran beliau dan aku tak dapat cuti. beliau cuti. Jadi beliau berjimba-jimba seorang diri. hehe.




suka gambar ini. sebab beliau nampak pendek. aku nampak tinggi. haha.



happy birthday kanda. tahun ni last sambut as bujangan. next year jadi bapak budak.
Insyallah. hehe.





Love you ketat-ketat





from, dak comel, mrs fiance.

1st draf kad & hantaran --> SETTLE




Assalamualaikum






salam isnin. hari ini merupakan minggu terakhir aku kat company lama. Next week dah start job baru. Mula menghadap jem setiap hari. Jem KL wooo. Dugaan. okay, mari cerita progress kahwin. oh, by the way, sudah 2 hari aku tak online sebab internet kat rumah problem. Nasib baik diri tak meronta-ronta sangat sebab nak kena settle banyak benda bila cuti. Takut nanti tak sempat pula. Cuti hujung minggu diisi dengan buat kerja kahwin. dulu hujung minggu aku tidur saja.






Semalam, kebetulan beliau dapat cuti, barulah dapat pergi tengok 1st draf kad. Banyyyyak juga pembetulan. Ubah-ubah 3 4 kali draf. Mata aku ni memang nampak even mistake yang besar kuman. Yup, agak cerewet juga. Demi dapat outcome yang terbaik kan? So ikut perancangan, tengah bulan april kad akan siap. Semalam dah bayar untuk 50% baru boleh proceed printing.






Aku juga ambil soft copy untuk simpanan. Bak kata Kikin Amer, senang if jadi apa-apa next time.





ee, tak sabar nak tengok kad kahwin sendiri. This month boleh la start kumpul alamat kawan-kawan. Bulan 5 dah boleh pos.






nak tengok teaser? malu lah. Kad aku simple sahaja. Siapa nak boleh tinggal jejak kat entri ini.







Then dah settle, kami bergerak ke KL which is Jalan TAR sebab nak cari last hantaran telekung, sejadah, tafsir, tasbih. Sampai-sampai terus terjah Semua House sebab terfikir hari tu ada nampak set tasfir dan tasbih. Tapi fikir-fikir balik, malas nak cari fancy-fancy sangat. Yang penting isi nya. lagipun tak banyak choice.






Proceed ke Plaza City One mencari telekung. Rupa-rupanya tak banyak choice juga. eh, bukan. tak nampak telekung pun. Keluar pergi area tepi jalan jumpa juga telekung dan sejadah yang menarik hati. beliau juga sempat rembat kain pelekat dan kasut. aku juga yang tahan nafsu nak shopping. dugaan.






Pulang ke shah alam juga. Mesti masuk KL kejap terus tergedik-gedik nak balik shah alam. Nak tahu kat mana kitorang rembat Tafsir Al-quran dan tasbih? Kat Tesco Shah alam sahaja. Ada kedai buku dan Egypt Shop. Cari kat kedai buku saja. senang. Dapat Tafsir Al-Quran dan tasbih kayu Koka.






Alhamdulilah. Hantaran semua dah settle. Nak proceed benda penting which is borang kahwin.







Ya Allah, permudahkan dan berkatilah perjalanan urusan kami untuk menempuh alam perkahwinan dan doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. terima kasih.