Wedding progress within 82 days [countdown]




Assalamualaikum





Adoi. 1 hari ni mengantuk giler. so ambil kesempatan sekejap sambil buat kerja nak update wedding progress hujung minggu lepas. eh semalam actually.






hari sabtu kerja separuh hari. buat apa ye? oh diy untuk gadis-gadis pengiring merangkap adik-adik dah berjaya disiapkan. tapi 2 sahaja sebab 2 set bunga warna yang diperlukan dah habis. habislah. nampaknya kena hold dulu 2 set tunggu sampai warna bunga yang diperlukan ada. kalau tak, dekat-dekat majlis terpaksa tukar warna lah. or mix and match. tengoklah nanti. then sabtu petang sedikit kemas-kemas dan susun atur barang kahwin yang dah mulai penuh kat rumah.




hasil diy. Pomander ball





ahad pagi mulakan aktiviti dengan membuang perabut dalam bilik dan rumah. akhirnya bilik dah lapang. boleh start untuk sambung cat bilik yang tertangguh. then petang tu dalam pukul 2, mama ajak pergi nilai 3 shopping barang kahwin. kami pergi bertiga saja. dengan adik perempuan seorang. hujan masa sampai sana. singgah 2 kedai sebab aim mama mahu cari langsir.






siap terbeli carpet lagi.






dapatlah langsir bilik pengantin plus langsir bilik mama dan bilik baru. Tapi yang tak best, beli langsir night curtain. day curtain harus tempah. Nampak gayanya better aku jahit sendiri senang. Nanti ajak mama pergi nagoya rembat kain langsir. ikut ukuran night curtin yang ada. Aku juga berjaya tukar railing curtain jadi 2 railing sebab before this 1 railing saja. siap beli comforter juga. pukul 4.30 dah cabut balik. sekejap sahaja. sebab misi mama, cukup belanja target amount then pulang. next trip baru sambung cari bunga telur dan doorgift vip.






oh, thank you nilai 3 masih tutup sebab terbakar hari tu.





hurm itu jelah wedding progress. Kad masih tak pergi tengok 1st draf.






oh, malam dating dengan beliau. makan steamboat. nanti kita pergi bostan pula ye? hehe.






pukul 4 dah. tunggu masa nak balik. yippie!

1 comment:

  1. waa...efa, sgt gigih, 2hari da siap banyak benda eh.bagus2.selamat prepare!!hahaha

    ReplyDelete