Tema warna dah bertukar.


Assalamualaikum



remember this post?





Alkisahnya bermula pada malam kelmarin. dah janji dengan akak butik mahu datang nak bincang pasal pelamin dan juga baju untuk kenduri sanding di dewan.






disebabkan mama aku dah berkeras dengan tema tradisional (bukan ala pahlawan zaman melaka) jadi aku pun follow kan sahaja. oklah sebab aku memang suka songket. Problem nya tema warna. sebelum ni warna dark purple dan yellow. Tapi disebabkan warna tersebut tak sesuai, terus kena rombak the whole theme. lari terus dari plan asal. Akak butik pun cakap tak sesuai warna tu dengan tema tradisional.






aku mula-mula mahu warna tu sebab nak match dengan baju famili. Aku dah bincang dengan cater, dah request warna alas meja semua. Last-last kena tukar. Pasrah. Tak apalah mungkin akak butik lagi nampak warna yang sesuai.






nak tengok warna baru?



Maroon + Red + Off White + Gold





Lain kan? hehe. Aku mula-mula tak mahu warna maroon sebab pelamin tunang dulu dah banyak warna maroon. So akak butik suggest lebihkan warna gold dan off white. So confrim.






Baju persalinan of cos la baju songket. memang tradisional. mula-mula risau sebab takut baju lelaki tak muat sebab beliau tinggi. Plus baju yang sedia ada untuk perempuan tak boleh oter lagi sebab manik terjahit sekali. Takkan nak tetas manik pula kan. Akak butik suggest buat baju baru so extra cost. Kena tambah cost buat kami fikir 3 4 kali. lagi satu aku sebenarnya kurang berkenan warna yang mama aku discuss mula-mula. Aku lebih prefer warna baju yang kami dah pilih sekarang ni. Tapi masa datang butik, tak cuba pun baju tu sebab baju tu ada orang nak guna hujung bulan ni. Macam tak syok pula.






So semalam kitorang cuba baju kut-kut muat supaya tak perlu baju baru. Alhamdulilah. nasib baik sangat baju fit well dengan both of us. Cuma warna bertukar dari cadangan asal masa discuss kelmarin. Pagi tadi tunjuk kat mama dan dia agree. Akak butik cakap pun tak lari banyak warna. still boleh masuk dengan pelamin tu, kira jadilah.





yey, nanti pakai macam ini. Baju songket kami bunga penuh. Terus jatuh cinta dengan songket penuh.





Famili masih still warna yang sama. Sanding dark purple. Nikah gold orange.





Pihak bertandang still ikut tema. Pelamin dan baju bertandang pun dah finalize. oh, bertandang aku pakai lace. Next month kami datang balik untuk fitting baju tu. Syukur sangat semua dah settle. Nanti boleh start buat payment. Bulan duit mengalir macam air telah bermula! hehe.






Now nak fikirkan cari design tudung dan shawl untuk majlis sanding dan tandang. Dah try tudung dorang, macam tak masuk dengan jiwa. Kasut pun dah try, rasa macam sakit kaki pula. Ada juga rembat kasut lagi nanti. Ataupun guna saja kasut hantaran. sebab bila masa lagi nak guna kan?






Azam aku, tak mahu cari or tukar warna dah! Aku ni bukan betul juga kadang-kadang. Sesuka hati tukar warna lagi. dah banyak kali kena tegur dengan mama. huhu.







Pelamin nikah? so far tak ada masalah. still follow tema. warna pastel. oh! Tak sabar nak kahwin.



5 comments:

  1. as pun tak sbar nk kahwin..hahaha ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.... harus! nak enjoy puas2 dat day

      Delete
  2. serius cantik warna terbaru ni..sayang nye tak dapat pergi..uhukksss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawa ye? okla tu. itula...sedeynye xdpt attend wed u gak!

      Delete
  3. Kalau warna tema untuk pengantin yang ubah tak apa, kalau semua famili pengantin ubah plak lagi haru!!hihihihi songket bunga tabur, 50 tahun lagi pun still evergreen..nice choice!:D

    ReplyDelete