Sampin nikah






Million thanks to those yang sudi bagi idea spa yang best kat shah alam. Insyallah semua akan di survey by me and my mom.






Eh, dah pernah cerita ke pasal sampin nikah? aku lupa lah. sebenarnya nak update blog tapi tak tahu nak cerita apa. so mari cerita pasal sampin nikah. boleh bagi info untuk siapa-siapa yang tengah pening nak cari yang affordable.







beli sampin nikah dah lama. masa bulan 1. cuba cari kat area PKNS shah alam. memang cantik-cantik. dan harga pun cantik-cantik. sesuai dengan kualitinya. tapi tak mampu lah yang mahal-mahal sangat.







so pergi ke KL nak cari. Mula pencarian kat sekitar jalan TAR. masih tak jumpa yang berkenan. teringat kat Plaza City One sebelah dengan Semua house ada banyak bridal shop. on 1st floor. Kena masuk dalam-dalam sedikit. dari escalator tu just nampak indian fashion shop saja. Ada 1 kedai tu memang jual sampin longgok-longgok lagi. Katanya sampin tu kebanyakkan untuk buat sampin budak.







Lama juga kitorang mencari sampin untuk matching dengan baju beliau. angkat turun sampin saja. price bermula dari semurah-murahnya starting RM30 ke atas. yang murah tu sampin longgok-longgok tu. RM300-RM400 pun ada.






Dekat-dekat nak balik baru jumpa sampin yang beliau berkenan. kalau tak salah design sampin nikah beliau design Brunei. sampin Brunei. Cantik.






Selamat mencari. Lepas ni misi nak mencari inner, tudung sanding dan tandang. Tunggu next entri kalau misi dah berjaya.


3 comments:

  1. xpe sampin je kan. better dari pakai sampin raya thn lepas.hehe, btw nak tny epa, kalau kat area shah alam mana nak cari tailor best jahit baju melayu eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sarah. tula kan?? naseb baik xpakai sampin raya tahun lepas. tp sampin tu akan dipakai raya tahun ni. hehe. oh, jahit baju melayu ye? epa hantar kat butik md amin PKNS. price rm140. kalau nak murah skit tp best boleh hantar kat butik asas 1st floor PKNS juga. ayah n adik epa hantar baju melayu dorg kat situ. price rm110.

      Delete