Kad dah buat! Yippie!




Assalamualaikum.






sebenarnya tengah ambil mood nak update blog. eh, genap 1 minggu tak update story. Macam-macam jadi last week. mood kahwin pun lari ke laut. hehe. by the way, semalam aku dan beliau dah pergi buat kad kahwin. macam tak percaya nak tengok kad kahwin sendiri. sebelum ini tengok orang punya sahaja.






seperti biasa hujung minggu adalah time untuk kami berdating. pagi tu aku tolong mama kemas rumah. agak penatlah. then pukul 12 tengahari baru mandi, keluar dating pukul 1. terus plan nak pergi buat kad. cadangnya nak pergi survey kat jalan brunei, KL. tapi malangnya banyak kedai tutup. kitorang sempat singgah 1 sahaja kedai. tapi beliau dan aku tak berkenan sebab tak selesa untuk kami pilih.





time tu tengah hujan. bincang balik. discuss time, tol, minyak, expenses everything. akhirnya kami pulang ke shah alam balik. pergi kat vendor asal. Bulan lepas dah pergi survey.






puncanya, konon-konon aku nak cari kad yang murah sebab badget kad agak lari disitu. vendor asal, kad murah tak menepati ciri-ciri kami. jumpa yang lain, tapi disebabkan kedai kat kajang, terpaksa lah lupakan.






kat shah alam senang. kalau tak puas hati boleh datang sendiri kat kedai dia. berurusan depan mata. sebab kami bakal pengantin biar murah asal nampak mahal. haha.






kitorang sampai dalam pukul 3 petang kat kedai tu. ambil masa dekat 3 jam untuk kami discuss design, price. nak pilih warna pun dah pening. mak ai, ingat senang nak cari kad kahwin. kitorang ada berkenan sangat dengan 1 design tu, tapi overprice bagi kami. fikir punya fikir, sambil tengok design lain, last-last kami pun minta design yang sama tapi yang murah sikit dari tu. nampaknya design tu juga yang ada chemistry dengan kitorang.




banyak criteria yang kitorang cari masa nak pilih design kad. 1st, aku mula-mula nak kad 2 fold rectangle. tapi choice yang ada kecil. takut orang-orang tua tak nampak pula. then move to kad 2 fold square. ala macam kad raya tu. quite big. so proceed. tapi maybe peta kecil sebab our kad ada 2 pihak. so hoping berbekalkan GPS code. korang boleh cari nanti. tengoklah nanti, minta dorang adjust bagi peta nampak besar sedikit.






2nd, tak mahu yang ada extra kertas (interlay) dalam tu. hanya macam kad 1 piece. senang. lipat sahaja nanti.






mula-mula nak design macam kad dulu-dulu. ada emboss. tapi design dah berubah, moden sedikit. tapi masing-masing puas hati, kira okay lah tu.






oh, sampul kitorang simple tak ada nama. kalau nak letak kena extra charge. mahal pulak tu. so, maybe lah buat cop senang. cop nama kitorang. senang kan? jangan salah cop sudah.






kad yang kitorang berkenan tu 4 color. tapi kitorang punya 1 color. ikut package yang disediakan cuma design macam kad 4 color tu. package yang dapat tu, material kad dia agak lembik. so kena added 10 cent for every kad untuk dapatkan yang keras exactly macam kad 4 color tu. so kos bertambah double dari package asal kitorang. beliau agree. sebab katanya nak kad yang cantik sikit baru orang semangat nak datang wedding kami.






Insyallah, next week draf first siap. tunggu dan lihat sahaja outcome. tak tahu la rupa macam mana nanti. kalau kurang berkenan, nasib baik boleh tukar design termasuk tukar warna. tapi aku dapat rasakan mesti kena tukar warna tu. aku nak warna pink! (T_T)






oh, kitorang dapat juga free 2 bunting lagi. bahagi 2 la. 1 side perempuan, 1 side lelaki. wah! mewah bunting majlis aku. tak ada gambar kitorang pun. just letak nama. malu lah letak muka sendiri. haha.







lega sangat kad nak hantar untuk buat draf. cadangnya nak design sendiri kad. tapi nampaknya tak ada bakat. abaikan saja. plus aku dah jadi malas. hehe.






kad akan siap kalau tak ada apa-apa halangan, within 1 month. lama juga. maybe by april kot. Mei kumpul address. Jun kad pun dah dilayangkan. Insyallah.





kad kahwin -----> design *wait for 1st draft

10 comments:

  1. hehe tak sabar tgk kad epa nnt

    ReplyDelete
  2. salam, hye! sy nabila, B2B from shah alam :) selangor juge..hehee...insyaAllah wedd o 25 and 27th may nnt :) nak tanya, tempah kat s'alam katne ye? sy dah tmpah kat klang, kontena punya tu..murah jugak la... embossed kad pnjang cmni http://kadkahwin-fiz.blogspot.com/search/label/Kad%20Kahwin%20Klasik tp xde hot stamping, maknanya nama sume tu printed biase la..just ada sulam2 timbut tu je...dpt 45sen sekeping, 1300 tempah..dua pihak...esok draft siap, hope dpt g tgk esok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, tempah kat true love sec 7. mule2 bekenan juga yg embossed tu. tp sebab xtau interlay. so pilih design lain. cantik juga. dah siap nnt tunjuk la ye??

      Delete
  3. Salam kenalan,
    Nak jugak tgk kat epa.Sarah pun still lagi x tau nak design yg mcm mana. Tak suke ada inlay. Tapi nak buat kad 2 fold aje.Jimat punya pasal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo, insyallah dapat 1st draf kalau cantik epa tunjuk. hehehe. betul kne jimat gak pasal kad ni. hehee

      Delete
  4. kite pon tgh survey2 tempat kad kahwin... jumpe kat kajang yang harga 19sen tuk 2000...nak usha kedai airnie... http://utusansehari.blogspot.com/

    ReplyDelete