Hari ini tak ada wordless wednesday






Assalamualaikum






abaikan entri terdahulu. group masih berdiri teguh. jangan risau. aku slow bukan merajuk. tapi memang kena slow dah. sebab banyakkkkk wedding project masih pending. plus dengan keadaan rumah pun lintang pukang. mama aku masih dalam mood untuk renovate rumah. bilik pengantin pun cat tak habis. giler punya pemalas ni. hehe. aku online cuma pada waktu kerja. Sekarang aku punya masa yang panjang sebab aku hanya siapkan kerja-kerja tertangguh yang cuma tinggal 15% sahaja sebelum aku chow. ada tinggal 2 minggu untuk says tata to this company. lepas ni pasti aku merindui saat-saat online time kerja dengan jayanya. confrim busy lepas ni. 2 bulan kerja dah kena cuti panjang nak kahwin. harap-harap lepas lah. kalau tak terpaksa postponed honeymoon. (T_T)







kerja baru? aku masih menunggu offer letter dari mereka. HR ada cakap makan masa 3 minggu juga. nanti update lain.







mari cerita progress kahwin.







Alhamdulilah. tadi tenghari balik mama aku cakap, dah confrim cater untuk majlis nikah. jemputan hanya 50 orang sahaja. teman rapat & keluarga rapat. yang lain datang masa kenduri ye? vendor cater nikah, kawan mama. vendor yang sama masa majlis pertunangan aku. harga? dapat harga kawan-kawan plus lauk mama yang tetap sendiri.







Khemah untuk majlis nikah hanya 1. cukup di depan rumah. Planning asal mahu 2 khemah. tapi last minit bertukar sebab tak mahu ganggu depan rumah orang lain. tapi centerpiece buat untuk 8 meja. gamaknya kenalah fikir nak guna untuk apa nanti. lagipun jemputan hanya 50 orang. tak muat makan sahaja di dalam rumah. senang. Khemah tu kemungkinan tak akan dicabut awal sebab kalau sedara mara or kawan-kawan datang lewat ke majlis kat dewan, dorang boleh datang terus ke rumah. boleh lepak sampai malam. Vendor juga masih vendor yang sama dengan majlis pertunangan tempoh hari. skema pula ayat hari ni.






oh, khemah scallop. plus kerusi bersarung dan reben. Nasib baik tak ada khemah bogel. hehe.






apa lagi? oh alas dulang juga berjaya di siapkan dengan jahitan manik cukup simple. bukan simple tapi malas. gasaklah. janji guna manik lebihan daripada membazir kan?






bantal hantaran aka polistren. Masih pending. bilalah nak siap ni. kasut yang kononnya nak diy pun masih pending. deco hantaran tolak kat mama. tapi mama busy urus rumah lagi.






oh, banner dan bunting untuk kenduri dah dapat. nantilah bagi teaser.







apa lagi ye? oh, benda wajib. borang nikah. beliau cakap nak settle by this week. kalau dah siap sebelah dia, boleh aku punya part bergerak. tadi dah fotostat untuk spare takut-takut salah tulis. Excited!






door gift pun dah finalize. yup, tema tradisional. bagi apa lagi kan? hehe. oh minggu lepas aku dan mama dah rembat 10 meter kain harga rm2 semeter nak buat deco tangga. yup, mama diy sendiri katanya.






kad kahwin masih tak pergi tengok 1st draf. busy. beliau pun busy juga. asyik balik pukul 10 malam saja. *tibatibarindu






langsir bilik pengantin pun aku rasa nak jahit sendiri. tapi mama yang risau takut aku letih. ala jahit langsir straight saja. kalau boleh nak mula sekarang. tapi belum cari bahan lagi.






so far progress run smoothly lah. yang tak smooth program diet aku. bila nak diet ni. tension!






sekian

2 comments:

  1. mana nak dietnya kalau memalam tak makan nasik tapi dibelasahnya 2 papan ceklat.. aish

    er, borang proceed bulan dpn, tunggu yang nak menyainnya balik umrah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mane deeeee.... malam2 belasah 2 pinggan nasi la.. haha.

      oh yeke?? okla..proceed next month. :)

      Delete