1 more week to go. go. go.




Assalamualaikum semua










nampak? yup, tinggal 1 minggu sahaja untuk berkhidmat kat company lama. Kelmarin dah pergi ampang ambil offer letter. Alhamdulilah. Dapat kerja yang more stable. Rezeki nak kahwin ni. Syukur sangat. berkat kesabaran, doa, usaha yang tidak putus-putus. Niat mahu berkhidmat sebaik mungkin dengan company baru. Lepas ni kena kerja kuat sebab after 2 month kena cuti kahwin pula. Nampaknya memang tak dapat cuti lama lah. Honeymoon pun tak nampak bayang dapat pergi ke tak. Nampaknya kenalah berkorban sedikit.







Banyak belajar dari company lama. 2 tahun di sini. dari 0 pasal construction, now dah okay. Autocad daripada tak tahu, now sikit-sikit dah pandai. cuma kena mahirkan. BQ, work program, tender, PQP, claim, progress report semua dah mahir. Insyallah aku akan gunakan segala pengalaman yang dapat ni untuk tingkatkan kemahiran diri lagi.







Aku berkerja di Ampang. hint. GLC. Masuk ke bidang transportation pula. Bye-bye construction. Untuk 2 bulan pertama berulang alik shah alam-ampang-shah alam. Insyallah bulan 6 cari rumah, lepas wedding boleh masuk terus. Siapa ada tahu rumah sewa di ampang??







3 hari duduk rumah berehat puas-puas. sambil rehat-rehat boleh buat program kerja kahwin yang tertangguh. Mungkin nak jahit langsir bilik pengantin pula. Kelmarin baru pergi nagoya rembat 12 meter kain langsir untuk day curtain. Tapi blur pula nak jahit dan cantum langsir. berdoalah langsir tu menjadi. seram. haha.







next week birthday beliau. beliau nak apa ye? belanja makan saja lah. save money for wedding. hehe. mari kita makan puas-puas okay? selasa mahu cuti. sambut birthday beliau as tunangan untuk kali 2. last. lepas ni jadi suami orang.


3 comments:

  1. Good Luck kat tmpt kerja baru ^_^

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan.....

    Epa keje lama sebagai apa ek? kerja kat mana?

    ReplyDelete