1 big very good news plus 2 bad news!




Assalamualaikum






taip entri dengan mata mengantok sebab aku baru lepas telan ubat selsema dengan demam. yup, tak sihat lagi. adik aku dah tegur, tiap-tiap bulan tak sihat. dah masuk fasa tu. redha.






pagi-pagi tadi aku dah blur. dah lah hujan plus shah alam jem teruk. kesian adik aku yang 1st day praktikal, lewat 30 minit masuk office. cuma aku sampai ngam-ngam kat office. mood jem tu sampai kena tegur dengan bos. mungkin sebab badan mula tak sedap. lepas tu dapat panggilan telefon yang aku tunggu dah lama. tapi masa tu mungkin anggap ianya bukan rezeki untuk aku.






Alhamdulilah. bulan 1 ada pergi interview kat ampang. so, aku dah dapat job tu. Rezeki nak kahwin kan? Syukur sangat-sangat-sangat. so, hari rabu ni aku nak pergi buat medical checkup. tak pernah buat, macam mana ye?






tata shah alam (T_T) welcome ampang!






bila start job baru? aku pun tak sure. banyak benda kena settle dan wajib bincang dengan bos sekarang. tengoklah macam mana. tapi pihak sana minta awal sedikit. tunggu dan lihat nanti.






bad news.






on the way balik rumah tengahari, aku pergi fetch adik kat menara MRCB. masuk jalan depan MRCB, nak keluar, tergesel skirting bawah kat side pemandu dengan kerb tepi jalan. panjang giler okay garis putih! jelas kelihatan. aduh! pasrah.





lepas tu, lalu kat LKSA, batu terpelanting dari burung kut kena cermin depan kereta aku. mak aii, sumbing dah cermin! lagi tensen aku! terus mama pesan, nanti insure cermin depan. senang kalau ada apa-apa jadi. itulah, disamping dapat good news, dapat 2 bad news. sedih.






lantas, petang tu sebab aku nak kena pergi kepong ambil drawing kat consultant, aku ajak mama sekali. risau kot apa-apa kan.







lepas ni aku kena jadi pemandu KL. bawa kereta ganas. almaklumlah, pemandu shah alam macam aku, bawa kereta sopan santun dan santai. jarang jem dan selit menyelit. haha.

7 comments:

  1. huu dugaan tu epa
    xpe janji epa dapat kerja baru.
    tahniah dear!

    hehe selamat selit menyelit dekat KL. huda pun sampai nak termuntah selit menyelit dekat KL ni. bape kali dah kene gesel dari belakang. adehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq huda! itula, tengok adik yg keje kat kl tu, naik kete dengan dia, kite kat sebelah duk 'brek angin' selit2 mcm bawak kancil. lepas ni jadi ganas la... hahaha

      Delete
  2. sabar k epa. apa pun congrats dpt keje baru kt ampang ye! berjiranla kite nanti hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, sabar kan? every good thing mesti ada susah skit. penting kite sabar. tq bakal jiran! :)

      Delete
  3. Epa!!! be strong..dugaan dan cabaran mmg datang dan pergi..takpe, yg penting Epa selamat..take care always my dear =)

    ReplyDelete
  4. terasa cam ada orang nak belanja makan ler. lapar la pulak perut ni kan!

    ReplyDelete
  5. takpe. sabar-sabar. dugaan semua tu.

    ReplyDelete