1 more week to go. go. go.




Assalamualaikum semua










nampak? yup, tinggal 1 minggu sahaja untuk berkhidmat kat company lama. Kelmarin dah pergi ampang ambil offer letter. Alhamdulilah. Dapat kerja yang more stable. Rezeki nak kahwin ni. Syukur sangat. berkat kesabaran, doa, usaha yang tidak putus-putus. Niat mahu berkhidmat sebaik mungkin dengan company baru. Lepas ni kena kerja kuat sebab after 2 month kena cuti kahwin pula. Nampaknya memang tak dapat cuti lama lah. Honeymoon pun tak nampak bayang dapat pergi ke tak. Nampaknya kenalah berkorban sedikit.







Banyak belajar dari company lama. 2 tahun di sini. dari 0 pasal construction, now dah okay. Autocad daripada tak tahu, now sikit-sikit dah pandai. cuma kena mahirkan. BQ, work program, tender, PQP, claim, progress report semua dah mahir. Insyallah aku akan gunakan segala pengalaman yang dapat ni untuk tingkatkan kemahiran diri lagi.







Aku berkerja di Ampang. hint. GLC. Masuk ke bidang transportation pula. Bye-bye construction. Untuk 2 bulan pertama berulang alik shah alam-ampang-shah alam. Insyallah bulan 6 cari rumah, lepas wedding boleh masuk terus. Siapa ada tahu rumah sewa di ampang??







3 hari duduk rumah berehat puas-puas. sambil rehat-rehat boleh buat program kerja kahwin yang tertangguh. Mungkin nak jahit langsir bilik pengantin pula. Kelmarin baru pergi nagoya rembat 12 meter kain langsir untuk day curtain. Tapi blur pula nak jahit dan cantum langsir. berdoalah langsir tu menjadi. seram. haha.







next week birthday beliau. beliau nak apa ye? belanja makan saja lah. save money for wedding. hehe. mari kita makan puas-puas okay? selasa mahu cuti. sambut birthday beliau as tunangan untuk kali 2. last. lepas ni jadi suami orang.


Wedding progress within 82 days [countdown]




Assalamualaikum





Adoi. 1 hari ni mengantuk giler. so ambil kesempatan sekejap sambil buat kerja nak update wedding progress hujung minggu lepas. eh semalam actually.






hari sabtu kerja separuh hari. buat apa ye? oh diy untuk gadis-gadis pengiring merangkap adik-adik dah berjaya disiapkan. tapi 2 sahaja sebab 2 set bunga warna yang diperlukan dah habis. habislah. nampaknya kena hold dulu 2 set tunggu sampai warna bunga yang diperlukan ada. kalau tak, dekat-dekat majlis terpaksa tukar warna lah. or mix and match. tengoklah nanti. then sabtu petang sedikit kemas-kemas dan susun atur barang kahwin yang dah mulai penuh kat rumah.




hasil diy. Pomander ball





ahad pagi mulakan aktiviti dengan membuang perabut dalam bilik dan rumah. akhirnya bilik dah lapang. boleh start untuk sambung cat bilik yang tertangguh. then petang tu dalam pukul 2, mama ajak pergi nilai 3 shopping barang kahwin. kami pergi bertiga saja. dengan adik perempuan seorang. hujan masa sampai sana. singgah 2 kedai sebab aim mama mahu cari langsir.






siap terbeli carpet lagi.






dapatlah langsir bilik pengantin plus langsir bilik mama dan bilik baru. Tapi yang tak best, beli langsir night curtain. day curtain harus tempah. Nampak gayanya better aku jahit sendiri senang. Nanti ajak mama pergi nagoya rembat kain langsir. ikut ukuran night curtin yang ada. Aku juga berjaya tukar railing curtain jadi 2 railing sebab before this 1 railing saja. siap beli comforter juga. pukul 4.30 dah cabut balik. sekejap sahaja. sebab misi mama, cukup belanja target amount then pulang. next trip baru sambung cari bunga telur dan doorgift vip.






oh, thank you nilai 3 masih tutup sebab terbakar hari tu.





hurm itu jelah wedding progress. Kad masih tak pergi tengok 1st draf.






oh, malam dating dengan beliau. makan steamboat. nanti kita pergi bostan pula ye? hehe.






pukul 4 dah. tunggu masa nak balik. yippie!

couple weeks to go.


cepatnya masa berlalu. eh, ni bukan countdown kahwin. ni countdown dari entri ini. Offer letter tak dapat lagi. next week kot. Aku dah bosan. bosan tak ada kerja. dapat kerja aku settle cepat-cepat. Takut tak sempat pulak nanti. Penganti aku masih tak ada. Maybe bos kat sini nak ambil lepas aku berhenti kot. hurm, nasib lah. Aku ajar jelah mana yang termampu kat staff lama.

Hari ini tak ada wordless wednesday






Assalamualaikum






abaikan entri terdahulu. group masih berdiri teguh. jangan risau. aku slow bukan merajuk. tapi memang kena slow dah. sebab banyakkkkk wedding project masih pending. plus dengan keadaan rumah pun lintang pukang. mama aku masih dalam mood untuk renovate rumah. bilik pengantin pun cat tak habis. giler punya pemalas ni. hehe. aku online cuma pada waktu kerja. Sekarang aku punya masa yang panjang sebab aku hanya siapkan kerja-kerja tertangguh yang cuma tinggal 15% sahaja sebelum aku chow. ada tinggal 2 minggu untuk says tata to this company. lepas ni pasti aku merindui saat-saat online time kerja dengan jayanya. confrim busy lepas ni. 2 bulan kerja dah kena cuti panjang nak kahwin. harap-harap lepas lah. kalau tak terpaksa postponed honeymoon. (T_T)







kerja baru? aku masih menunggu offer letter dari mereka. HR ada cakap makan masa 3 minggu juga. nanti update lain.







mari cerita progress kahwin.







Alhamdulilah. tadi tenghari balik mama aku cakap, dah confrim cater untuk majlis nikah. jemputan hanya 50 orang sahaja. teman rapat & keluarga rapat. yang lain datang masa kenduri ye? vendor cater nikah, kawan mama. vendor yang sama masa majlis pertunangan aku. harga? dapat harga kawan-kawan plus lauk mama yang tetap sendiri.







Khemah untuk majlis nikah hanya 1. cukup di depan rumah. Planning asal mahu 2 khemah. tapi last minit bertukar sebab tak mahu ganggu depan rumah orang lain. tapi centerpiece buat untuk 8 meja. gamaknya kenalah fikir nak guna untuk apa nanti. lagipun jemputan hanya 50 orang. tak muat makan sahaja di dalam rumah. senang. Khemah tu kemungkinan tak akan dicabut awal sebab kalau sedara mara or kawan-kawan datang lewat ke majlis kat dewan, dorang boleh datang terus ke rumah. boleh lepak sampai malam. Vendor juga masih vendor yang sama dengan majlis pertunangan tempoh hari. skema pula ayat hari ni.






oh, khemah scallop. plus kerusi bersarung dan reben. Nasib baik tak ada khemah bogel. hehe.






apa lagi? oh alas dulang juga berjaya di siapkan dengan jahitan manik cukup simple. bukan simple tapi malas. gasaklah. janji guna manik lebihan daripada membazir kan?






bantal hantaran aka polistren. Masih pending. bilalah nak siap ni. kasut yang kononnya nak diy pun masih pending. deco hantaran tolak kat mama. tapi mama busy urus rumah lagi.






oh, banner dan bunting untuk kenduri dah dapat. nantilah bagi teaser.







apa lagi ye? oh, benda wajib. borang nikah. beliau cakap nak settle by this week. kalau dah siap sebelah dia, boleh aku punya part bergerak. tadi dah fotostat untuk spare takut-takut salah tulis. Excited!






door gift pun dah finalize. yup, tema tradisional. bagi apa lagi kan? hehe. oh minggu lepas aku dan mama dah rembat 10 meter kain harga rm2 semeter nak buat deco tangga. yup, mama diy sendiri katanya.






kad kahwin masih tak pergi tengok 1st draf. busy. beliau pun busy juga. asyik balik pukul 10 malam saja. *tibatibarindu






langsir bilik pengantin pun aku rasa nak jahit sendiri. tapi mama yang risau takut aku letih. ala jahit langsir straight saja. kalau boleh nak mula sekarang. tapi belum cari bahan lagi.






so far progress run smoothly lah. yang tak smooth program diet aku. bila nak diet ni. tension!






sekian

Habiskan saki baki.




b2b lain pun dah buat entri. Kalau nak tahu story, bacalah blog b2b lain. ada dorang cerita.






malas nak komen banyak-banyak. masing-masing dah besar nak jadi isteri orang, ibu. Patut dah boleh fikir. Maaf kalau terkena tempiasnya.







Direct to the point senang. orang faham maksud kita.







group dah tak macam dulu. aku pun dah slow. dan aku tahu lepas tukar kerja aku akan jadi makin slow. sudah masuk 2 bulan before wedding. banyak benda nak kena settle.







hurm, better concentrate to my blog. senang cerita.







b2b yang kita dah pernah meet up. keep in touch. we still friends kan?



Sampin nikah






Million thanks to those yang sudi bagi idea spa yang best kat shah alam. Insyallah semua akan di survey by me and my mom.






Eh, dah pernah cerita ke pasal sampin nikah? aku lupa lah. sebenarnya nak update blog tapi tak tahu nak cerita apa. so mari cerita pasal sampin nikah. boleh bagi info untuk siapa-siapa yang tengah pening nak cari yang affordable.







beli sampin nikah dah lama. masa bulan 1. cuba cari kat area PKNS shah alam. memang cantik-cantik. dan harga pun cantik-cantik. sesuai dengan kualitinya. tapi tak mampu lah yang mahal-mahal sangat.







so pergi ke KL nak cari. Mula pencarian kat sekitar jalan TAR. masih tak jumpa yang berkenan. teringat kat Plaza City One sebelah dengan Semua house ada banyak bridal shop. on 1st floor. Kena masuk dalam-dalam sedikit. dari escalator tu just nampak indian fashion shop saja. Ada 1 kedai tu memang jual sampin longgok-longgok lagi. Katanya sampin tu kebanyakkan untuk buat sampin budak.







Lama juga kitorang mencari sampin untuk matching dengan baju beliau. angkat turun sampin saja. price bermula dari semurah-murahnya starting RM30 ke atas. yang murah tu sampin longgok-longgok tu. RM300-RM400 pun ada.






Dekat-dekat nak balik baru jumpa sampin yang beliau berkenan. kalau tak salah design sampin nikah beliau design Brunei. sampin Brunei. Cantik.






Selamat mencari. Lepas ni misi nak mencari inner, tudung sanding dan tandang. Tunggu next entri kalau misi dah berjaya.


Bridal Package Spa Shah Alam area. Suggestion please.





Alhamdulilah. Mama sudi nak sponsor aku pergi spa! tiba-tiba saja mama bagitahu petang tadi. terus excited.






mama ajak pergi survey area shah alam. katanya lepas pergi spa barulah berseri-seri nanti. by the way, along already berseri mama, cuma mahu tambah lagi serinya. haha.







baru cadang nak buat majlis mandi bunga kat rumah macam lisa surihani tu. Akibat terpengaruh dengan walimatul urus lisa & yusry.








siapa tahu spa yang ada buat package bridal area shah alam yang best? Please leave a comment darl. Thank you.


Tema warna dah bertukar.


Assalamualaikum



remember this post?





Alkisahnya bermula pada malam kelmarin. dah janji dengan akak butik mahu datang nak bincang pasal pelamin dan juga baju untuk kenduri sanding di dewan.






disebabkan mama aku dah berkeras dengan tema tradisional (bukan ala pahlawan zaman melaka) jadi aku pun follow kan sahaja. oklah sebab aku memang suka songket. Problem nya tema warna. sebelum ni warna dark purple dan yellow. Tapi disebabkan warna tersebut tak sesuai, terus kena rombak the whole theme. lari terus dari plan asal. Akak butik pun cakap tak sesuai warna tu dengan tema tradisional.






aku mula-mula mahu warna tu sebab nak match dengan baju famili. Aku dah bincang dengan cater, dah request warna alas meja semua. Last-last kena tukar. Pasrah. Tak apalah mungkin akak butik lagi nampak warna yang sesuai.






nak tengok warna baru?



Maroon + Red + Off White + Gold





Lain kan? hehe. Aku mula-mula tak mahu warna maroon sebab pelamin tunang dulu dah banyak warna maroon. So akak butik suggest lebihkan warna gold dan off white. So confrim.






Baju persalinan of cos la baju songket. memang tradisional. mula-mula risau sebab takut baju lelaki tak muat sebab beliau tinggi. Plus baju yang sedia ada untuk perempuan tak boleh oter lagi sebab manik terjahit sekali. Takkan nak tetas manik pula kan. Akak butik suggest buat baju baru so extra cost. Kena tambah cost buat kami fikir 3 4 kali. lagi satu aku sebenarnya kurang berkenan warna yang mama aku discuss mula-mula. Aku lebih prefer warna baju yang kami dah pilih sekarang ni. Tapi masa datang butik, tak cuba pun baju tu sebab baju tu ada orang nak guna hujung bulan ni. Macam tak syok pula.






So semalam kitorang cuba baju kut-kut muat supaya tak perlu baju baru. Alhamdulilah. nasib baik sangat baju fit well dengan both of us. Cuma warna bertukar dari cadangan asal masa discuss kelmarin. Pagi tadi tunjuk kat mama dan dia agree. Akak butik cakap pun tak lari banyak warna. still boleh masuk dengan pelamin tu, kira jadilah.





yey, nanti pakai macam ini. Baju songket kami bunga penuh. Terus jatuh cinta dengan songket penuh.





Famili masih still warna yang sama. Sanding dark purple. Nikah gold orange.





Pihak bertandang still ikut tema. Pelamin dan baju bertandang pun dah finalize. oh, bertandang aku pakai lace. Next month kami datang balik untuk fitting baju tu. Syukur sangat semua dah settle. Nanti boleh start buat payment. Bulan duit mengalir macam air telah bermula! hehe.






Now nak fikirkan cari design tudung dan shawl untuk majlis sanding dan tandang. Dah try tudung dorang, macam tak masuk dengan jiwa. Kasut pun dah try, rasa macam sakit kaki pula. Ada juga rembat kasut lagi nanti. Ataupun guna saja kasut hantaran. sebab bila masa lagi nak guna kan?






Azam aku, tak mahu cari or tukar warna dah! Aku ni bukan betul juga kadang-kadang. Sesuka hati tukar warna lagi. dah banyak kali kena tegur dengan mama. huhu.







Pelamin nikah? so far tak ada masalah. still follow tema. warna pastel. oh! Tak sabar nak kahwin.



1 tahun sudah.




*schedule entry





Hari ini dalam sejarah (13 Mac 2012)





sudah 1 tahun bergelar tunangan orang. tak sangka. Alhamdulilah. Dugaan bertunang memang ada. cuma perlu kuat semangat. banyakkan berbincang. selesai masalah sama-sama. masih ada 3 bulan lagi. Insyallah. Doa-doakan lah ye?








pewiit.. 1 tahun dah. kejap sahaja rasanya. Amacam? boleh tahan dengan perangai kita? kita macam nak zip saja mulut beliau time beliau membebel. hehe. joking! love you so much! thank you for everything that you have done for me!


Kad dah buat! Yippie!




Assalamualaikum.






sebenarnya tengah ambil mood nak update blog. eh, genap 1 minggu tak update story. Macam-macam jadi last week. mood kahwin pun lari ke laut. hehe. by the way, semalam aku dan beliau dah pergi buat kad kahwin. macam tak percaya nak tengok kad kahwin sendiri. sebelum ini tengok orang punya sahaja.






seperti biasa hujung minggu adalah time untuk kami berdating. pagi tu aku tolong mama kemas rumah. agak penatlah. then pukul 12 tengahari baru mandi, keluar dating pukul 1. terus plan nak pergi buat kad. cadangnya nak pergi survey kat jalan brunei, KL. tapi malangnya banyak kedai tutup. kitorang sempat singgah 1 sahaja kedai. tapi beliau dan aku tak berkenan sebab tak selesa untuk kami pilih.





time tu tengah hujan. bincang balik. discuss time, tol, minyak, expenses everything. akhirnya kami pulang ke shah alam balik. pergi kat vendor asal. Bulan lepas dah pergi survey.






puncanya, konon-konon aku nak cari kad yang murah sebab badget kad agak lari disitu. vendor asal, kad murah tak menepati ciri-ciri kami. jumpa yang lain, tapi disebabkan kedai kat kajang, terpaksa lah lupakan.






kat shah alam senang. kalau tak puas hati boleh datang sendiri kat kedai dia. berurusan depan mata. sebab kami bakal pengantin biar murah asal nampak mahal. haha.






kitorang sampai dalam pukul 3 petang kat kedai tu. ambil masa dekat 3 jam untuk kami discuss design, price. nak pilih warna pun dah pening. mak ai, ingat senang nak cari kad kahwin. kitorang ada berkenan sangat dengan 1 design tu, tapi overprice bagi kami. fikir punya fikir, sambil tengok design lain, last-last kami pun minta design yang sama tapi yang murah sikit dari tu. nampaknya design tu juga yang ada chemistry dengan kitorang.




banyak criteria yang kitorang cari masa nak pilih design kad. 1st, aku mula-mula nak kad 2 fold rectangle. tapi choice yang ada kecil. takut orang-orang tua tak nampak pula. then move to kad 2 fold square. ala macam kad raya tu. quite big. so proceed. tapi maybe peta kecil sebab our kad ada 2 pihak. so hoping berbekalkan GPS code. korang boleh cari nanti. tengoklah nanti, minta dorang adjust bagi peta nampak besar sedikit.






2nd, tak mahu yang ada extra kertas (interlay) dalam tu. hanya macam kad 1 piece. senang. lipat sahaja nanti.






mula-mula nak design macam kad dulu-dulu. ada emboss. tapi design dah berubah, moden sedikit. tapi masing-masing puas hati, kira okay lah tu.






oh, sampul kitorang simple tak ada nama. kalau nak letak kena extra charge. mahal pulak tu. so, maybe lah buat cop senang. cop nama kitorang. senang kan? jangan salah cop sudah.






kad yang kitorang berkenan tu 4 color. tapi kitorang punya 1 color. ikut package yang disediakan cuma design macam kad 4 color tu. package yang dapat tu, material kad dia agak lembik. so kena added 10 cent for every kad untuk dapatkan yang keras exactly macam kad 4 color tu. so kos bertambah double dari package asal kitorang. beliau agree. sebab katanya nak kad yang cantik sikit baru orang semangat nak datang wedding kami.






Insyallah, next week draf first siap. tunggu dan lihat sahaja outcome. tak tahu la rupa macam mana nanti. kalau kurang berkenan, nasib baik boleh tukar design termasuk tukar warna. tapi aku dapat rasakan mesti kena tukar warna tu. aku nak warna pink! (T_T)






oh, kitorang dapat juga free 2 bunting lagi. bahagi 2 la. 1 side perempuan, 1 side lelaki. wah! mewah bunting majlis aku. tak ada gambar kitorang pun. just letak nama. malu lah letak muka sendiri. haha.







lega sangat kad nak hantar untuk buat draf. cadangnya nak design sendiri kad. tapi nampaknya tak ada bakat. abaikan saja. plus aku dah jadi malas. hehe.






kad akan siap kalau tak ada apa-apa halangan, within 1 month. lama juga. maybe by april kot. Mei kumpul address. Jun kad pun dah dilayangkan. Insyallah.





kad kahwin -----> design *wait for 1st draft

Kena dera! (T_T)

Macam kena dera! Eh! Tak adalah. Hasil medical checkup. Dah 4 hari. Takut tengok. Kenapa? Nanti tunggu next entri ye? HAPPY!

Lama tak update blog guna BlackBerry®

Review: Solemanization bunting & bride reception banner



*schedule post*






Sesi review banner & bunting. sebenarnya dah lama proceed dengan banner & bunting. Kalau perasan dekat checklist pun dah cross.






tempah dari CheapCheap. So far, dorang quote price paling murah. Dah nama pun cheap kan? aku berurusan dengan kak faseha. mula-mula slow sedikit. mungkin sebab tengah cuti. Then bila dah start design, laju saja kerja akak ni. Banyak kali guna tukar layout, tapi mereka still layan dan ikut kehendak kita. nice.






oh, design kat bawah ni, semua design yang memang sedia ada. Kalau korang minta untuk design baru pun boleh. no hal punya.







Aku tempah bunting nikah size 2x6 feet dan banner sanding size 3x10 feet untuk digantung masa kat dewan.







tapi kami juga dapat free 2 bunting 2x6feet sebab tempah sekali dengan kad kahwin. perancangannya, beliau ambil 1, aku ambil 1. bunting free ni akan diletakkan dekat pintu masuk sirim nanti.



Price: RM30 + design




Price: RM75 + design





sebarang pertanyaan, boleh pergi ke facebook CheapCheap. Click here.





Atau, korang boleh email sendiri cheapcheapdp [at] gmail [dot] com







dorang bukan setakat buat wedding banner / bunting tau. Macam-macam lagi. semua harga sangat-sangat-sangat berpatutan.







Rasanya bunting & banner ni dah siap, tunggu masa nak ambil sahaja. nanti kalau dah dapat aku bagi 2nd teaser live punya!



1 big very good news plus 2 bad news!




Assalamualaikum






taip entri dengan mata mengantok sebab aku baru lepas telan ubat selsema dengan demam. yup, tak sihat lagi. adik aku dah tegur, tiap-tiap bulan tak sihat. dah masuk fasa tu. redha.






pagi-pagi tadi aku dah blur. dah lah hujan plus shah alam jem teruk. kesian adik aku yang 1st day praktikal, lewat 30 minit masuk office. cuma aku sampai ngam-ngam kat office. mood jem tu sampai kena tegur dengan bos. mungkin sebab badan mula tak sedap. lepas tu dapat panggilan telefon yang aku tunggu dah lama. tapi masa tu mungkin anggap ianya bukan rezeki untuk aku.






Alhamdulilah. bulan 1 ada pergi interview kat ampang. so, aku dah dapat job tu. Rezeki nak kahwin kan? Syukur sangat-sangat-sangat. so, hari rabu ni aku nak pergi buat medical checkup. tak pernah buat, macam mana ye?






tata shah alam (T_T) welcome ampang!






bila start job baru? aku pun tak sure. banyak benda kena settle dan wajib bincang dengan bos sekarang. tengoklah macam mana. tapi pihak sana minta awal sedikit. tunggu dan lihat nanti.






bad news.






on the way balik rumah tengahari, aku pergi fetch adik kat menara MRCB. masuk jalan depan MRCB, nak keluar, tergesel skirting bawah kat side pemandu dengan kerb tepi jalan. panjang giler okay garis putih! jelas kelihatan. aduh! pasrah.





lepas tu, lalu kat LKSA, batu terpelanting dari burung kut kena cermin depan kereta aku. mak aii, sumbing dah cermin! lagi tensen aku! terus mama pesan, nanti insure cermin depan. senang kalau ada apa-apa jadi. itulah, disamping dapat good news, dapat 2 bad news. sedih.






lantas, petang tu sebab aku nak kena pergi kepong ambil drawing kat consultant, aku ajak mama sekali. risau kot apa-apa kan.







lepas ni aku kena jadi pemandu KL. bawa kereta ganas. almaklumlah, pemandu shah alam macam aku, bawa kereta sopan santun dan santai. jarang jem dan selit menyelit. haha.

Baju Nikah dah ambil. HAPPY!



Perfect!






no other word!






5/5






tanpa buat fitting. datang terus try baju. PRAY!





alhamdulilah






jatuh cinta dengan baju sendiri






maintain or kurus sedikit dah okay!






review on my tailor