Review on tailor baju nikah (shah alam area)




Entri untuk Anonymous bernama Zana yang tanya kat mana hantar baju nikah area shah alam. harap dapat membantu anda dan semua orang :)




Ni hanya untuk sesiapa yang mencari tailor. tailor yang boleh buat baju ikut fesyen. designer? tak mampu uolsss (T_T)




Untuk pengetahuan semua, kain untuk buat baju nikah ni berharga rm400. Set pengantin. Beli kat Jakel Shah Alam. Dapat kain untuk perempuan, satin 4 meter bidang 60, chiffon beaded 4 meter. kain untuk lelaki, 4 1/2 meter satin, sampin.






Baju nikah Groom




sebenarnya dah bought kain awal tahun lepas dan dijadikan hantaran masa bertunang. so bought 4 1/2 meter bidang 60 untuk beliau yang ketinggian 180cm++ kot. mula-mula risau tak cukup sebab my brother yang tinggi 170cm pun beli 5 meter. Nasib baik tailor cakap cukup. kami hantar masa awal bulan januari. baju groom sebenarnya hantar lewat sedikit tak apa sebab makan masa 2 weeks. tapi disebabkan wedding kami before puasa, wajib hantar sebelum orang hantar baju raya.





so, sekarang tengah tunggu untuk siap sebab kami nak pergi cari sampin songket. Masa beli kain dapat sampin songket free, tapi beliau cakap tak lawa. Kena tunggu siap then baru nak matching balik dengan sampin pilihan.





oh, kami hantar kat Md Amin Tailor, GF Kompleks PKNS. ini sebab dapat review from Atiqah. Dia hantar baju groom kat sana juga.





Price? baju melayu cekak musang tanpa sulam harga rm140. Kalau nak sulam di leher, tangan dan poket tambah rm100. Beliau buat tanpa sulam sebab planning Insyallah akan recycle baju masa raya puasa nanti.






Baju Nikah Bride





Material chiffon beaded. tapi corak not too heavy. Jenuh juga nak mencari tailor yang boleh buat kena dengan jiwa. Risau kalau-kalau tak jadi. kain mahal, bak kata my tailor. So i have to sacrifice untuk spend more money to have good quality outcome. searching quite alot. one of them, area my house. Tailor ni memang famili kami selalu hantar untuk buat baju raya. Murah. Dulu hantar buat baju tunang. Material chiffon kosong. Price rm160 dengan lining. Lining sendirian berhad. Tanya untuk chiffon beaded. Dalam rm200. Tapi tak galakkan sebab jahitan makin tak best. Kalau setakat nak buat baju kurung pergi office okay. Tailor melayu.






Then pergi ke tailor cina di seksyen 16. Kedai ni dah lama wujud. I pernah hantar buat baju kurung masa darjah 6, kedai still ada lagi sampai sekarang. Sebenarnya, I lebih prefer chinese tailor. Mahal kalau nak hantar. Tapi sedap pakai. Lokasi di depan RHB. Luar nampak kedai handphone. Mama hantar buat baju dia untuk guna time kenduri nanti kat sini. Baju kurung biasa mahal sedikit. rm80. try tanya juga untuk chiffon beaded dengan lining. only charge rm180. tapi tak trust sebab risau. murah sangat. sebab chiffon beaded ni workmanship sebenarnya mahal. Nak kena buka balik jahitan manik tu. leceh. Kena hantar dengan tailor yang biasa dengan material ni.






Teruskan searching pergi Plaza Alam Sentral. Ingat nak pergi cari kat kompleks PKNS. Tapi rasanya, kat sana banyak untuk baju melayu kut. Masuk few kedai. semuanya charge dalam rm250-rm300 untuk material ni. Tapi dah aim this one tailor shop. Betul-betul sebelah kedai pengantin dan kedai tudung. Tingkat 2. Yap Collection. itu pun dapat good review dari kawan mama. hoping baju menjadi seperti dalam bayangan. hehe. Servis pon okay. Bukan macam kedai tailor lain, nak tak nak ukur badan kita. Isk. Baju nikah Insyallah siap dalam bulan 4 nanti. Dorang ada juga ambil tempahan untuk jahit manik. starting dari rm100 ke atas.





Lupa nak cerita. Kita buat kurung moden saja.





Auntie Yap yang ambil ukuran sangat friendly. Puas hati dengan servis dia. Hoping baju pun akan jadi secantik yang diidamkan.






Mula-mula dorang charge rm300. Mama minta kurang, dapatlah rm250. sebab manik kat baju tak crowded sangat. oklah sebab still within my budget.






Sebenarnya, banyak tempat yang lagi murah. oh, harga jahit untuk chiffon beaded sebenarnya bergantung juga dengan corak manik tau. sebab tu kadang-kadang harga tak sama. Biasalah, kos nak membuang manik tu, special jarum, risau jarum patah. semua kena take into account bagi pihak tailor dan nak menjahit memang makan masa untuk siap juga.






kami sebenarnya lebih prefer untuk mencari area shah alam, senang nak pergi tengok. Dekat. Tapi dengar cerita boleh cari juga tailor kat area Medan Mara, KL.






So, inilah tempat kami hantar baju untuk tempah. Kena tunggu baju siap baru boleh bagi markah. hehe.


16 comments:

  1. hmmm...miza jauh dari area shah alam la dear....tgh mencari2 tailor gak ni..=) dah siap teaser skit ekk..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, yeke? Xpe..mane tau singgah2 sini. dah siap kite teaser ye?

      Delete
  2. epa, nnt da siap tunjuk ye..kte tgh cr tailor ni..

    ReplyDelete
  3. epa, kite nye baju nikah totally sama!! kain chiffon beaded(tak heavy pun beadin), lining satin.plan buat kurung moden gak. lepas tu masih mencari2 tailor mana yang boleh hantar.memang range harga dlm rm300 pun.huhu mahalnya kain nak dijahit ni...

    kat plaza alam sentral eh?ingat nak try la survey sana.tenkiu epa 4 sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup sangat mahal la...range 250-300 tu kire oklah utk material chiffon beaded. pergi la survey. nnt cerita ok!

      Delete
  4. Hish murah nye kain jakel? Asl I pegi selalu mahal je :( 4meter chiffon beaded plak tu. Hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? tapi chiffon beaded memang mahal (T_T) i punye chiffon beaded yang paling murah rasanya. tapi i beli masa promo sales hujung tahun 2010. selalu ada promo untuk kain pengantin. lama dah beli.

      Delete
  5. epa, thanks sebab sudi berkongsi. siap buat satu entry lagi...malunye saye..., btw, thank you so much... banyak sangat dah membantu :D -Zana

    ReplyDelete
  6. Kalau kat Shah Alam,dlu pun i beli kat Jakel..plus ngan chiffon cecah gak RM600.. then, i hantar pegi kat Kas Boutique.. just few doors next to Jakel jer.. I tempah gaun labuh with beaded from chest to waist. Amik design kat dlm majalah pengantin (sbb dah berkenan sgt2).. Alhamdulillah,sangat puas hati dgn hasilnya. Charge? including veil from the same material, almost cecah RM1K laa.. tp,serius sgt puas hati..

    ReplyDelete
  7. salam,,saya tgh cari tailor utk wat baju nikah gak ni..dah siap ke baju epa? blh bg review puas hati or kureng x? kalo ok..nak try gaj kat Yap Collection ek..huhu.. viel dia wat sekali x? tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, cuba google JueLiz tailoring . Mungkin ada yg berkenan..

      Delete
    2. Salam, cuba google JueLiz tailoring . Mungkin ada yg berkenan..

      Delete
  8. Just nak share experience... hantar baju kat Mayor Manik PKNS Shah Alam..
    Jahitan Lawa.. tapi service teruk... Habis french lace semua rosak..
    Highly not recommended ... hantar Plaza MPK Klang ade lagi yg cantik-cantik..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. nk share experience jgk.. hantar baju kat Kas d'Boutique SGT2 TAK PUAS HATI.. masa ukur ngam2 ikut badan.. tapi hasilnye mcm baju XL.. cuma share pengalaman.. peace..

    ReplyDelete