HIV test & Talasemia - DONE!







Assalamualaikum





*entry ditulis dalam keadaan tangan kanan yang berdenyut-denyut






aku dengan beliau baru sahaja selesai menjalani (ayat!) HIV test dan talasemia. Cadangnya nak buat blood test sebab masing-masing tak tahu darah jenis apa, tapi akak klinik tu cakap dorang tak buat. kena buat kat private klinik. so tak dapat lah nak tahu. sedih.








kami buat dekat Klinik kesihatan shah alam seksyen 7 tu. booking masa awal bulan. tapi free on this date (14 feb) Banyak date dah full. so kepada siapa-siapa nak buat hiv test kat klinik di kawasan bandar, better booked awal-awal. Kalau nak cepat, baik pergi klinik kesihatan area kampuung / pedalaman. ada yang kita boleh walk in sahaja. klinik yang mana aku tak sure. sorry.







kami datang dalam pukul 2.15 petang. test untuk hiv hanya start pukul 2.30 petang sampai pukul 3.30 petang. Mula-mula terus naik tingkat 1 untuk isi borang macam borang pengenalan diri. Lepas dah settle, baru dapat borang untuk test hiv. isi-isi then turun balik untuk dapatkan nombor giliran korang. nombor ni share dengan nombor-nombor kes deman batuk, ibu dan anak. so kenalah tunggu.







lepas tu, nombor akan dipanggil untuk pergi ke kaunter pendaftaran. hah, kat sini korang kena mention sekali kalau nak buat talasemia. dah okay, then bayar RM1. lepas tu akak tu akan bagi no bilik untuk hiv dan talasemia.







macam kes aku tadi, kami kena pergi letak borang hiv kat bilik nombor 13. oh, talasemia tak ada borang. Just tunggu nombor korang kena panggil. Masa tunggu tu badan aku dan seram sejuk. kaki sejuk, muka dah cuak. bukan apa, cuak kena ambil darah. risau pengsan wei. aku ni mabuk darah sebab kalau terluka sikit jari pun boleh pengsan. inikan nak ambil darah. selawat dalam hati aje.







aku bernasib baik sebab nombor untuk test talasemia panggil dulu. So jumpa doktor kejap, dia bagi kad, then bawa kad masuk dalam bilik untuk test hiv. kiranya, dorang just cucuk ambil darah 1 tiub untuk test talasemia, then guna sikit untuk test hiv. sebab hiv test dorang just cucuk sikit kat hujung jari. peh, masa ambil tu, mata aku dah start berpinar nak pitam. tarik napas panjang-panjang sambil selawat. lama juga nak recover balik.







beliau kena 2 kali, sebab hiv test panggil dulu, talasemia lama giler kena tunggu. siap tadi MA tu boleh tak jumpa urat nak ambil darah. salah cucuk pula tu. so kena 3 kali cucuk. haha. kesian kat beliau.







complain kat beliau pasal nak pitam, beliau cakap kalau beranak nanti macam mana la dia ni.







dah settle dorang ambil darah, terus bawa tiub tu pergi makmal, tunggu result talasemia. then jumpa doktor terus. Alhamdulilah, darah clear. talasemia tak ada.







then tunggu nama kena panggil untuk hiv test result. Syukur juga, lepas! Yahoo, dah boleh proceed borang kahwin.







so, both of us, dua-dua clear on hiv dan talasemia.







dekat 2 jam lebih kat dalam tu, pukul 4.30 baru settle. terus lepak minum sebab kepala dah start pening balik. lengan aku ni still denyut-denyut sampai sekarang. lenguh pun ada.







untuk nak tengok senarai klinik kesihatan selangor, boleh klik sini.






Ni alamat klinik kesihatan shah alam:



Poliklinik Komuniti Shah Alam
No. 2 Persiaran Kayangn
Seksyen 7, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-55186531







updated: hiv test untuk selangor valid within 6 month dari tarikh nikah







tadi sempat juga nak pergi tengok kad kahwin, tapi tak jadi nak buat lagi sebab dah start pening balik masing-masing. Ingat nak datang sekali lagi bawa peta. baru boleh fikir balik semula design mana. pening juga nak pilih kad kahwin ni.







hiv test & talasemia ----> done!


8 comments:

  1. alhamdulillah setel..giliran ira pulak 16hb ni adoii takutnya..jantung ni berdegup dari semalam lagi...sbb da tau nak amik hiv kot hehhee,kat area pj n shah alam ada talasemia kan..ira amik di kmpg pandan.xtau la ada ke x..uii cuak gak bab tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kot ira, nnt try tanya kat kaunter. rasanya klinik kerajaan semua boleh buat :) good luck ira! relax! :)

      Delete
  2. bestkan bila tau negative hiv.lega sangat2.pasni kite setelkan borang nikah sama2 k hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, lega sangattttttt. macam2 fikir. fikir out the box. hahaha. yeay! jom! tapi zimie kawen awal skit ;)

      Delete
  3. yeeeehaa..
    bestnya dah setel.. boleh setelkan borang nikah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, tapi awal lagi, bulan depan dah boleh start :)

      Delete
  4. epa, valid untuk 6 month ea??? confirm ye.. hehehe
    kalau betul nak tanya klinik booked tmpt sementara ada rest day before start new job. hehehe

    ReplyDelete